#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, April 2, 2015

Wishlist



My top 20 travel wishlist:

  1. Makkah/Madinah - Insyallah one fine day I'll be here. Ameen..
  2. South KoreaDONE! Alhamdulillah to date aku dah pergi sebanyak 5 kali since 2012. Setahun at least sekali. South Korea terlalu istimewa katanya especially Yong Pyong. 
  3. JapanDONE! Alhamdulillah.. dapat jugak sampai ke Yamagata melihat Snow Monsters! terutamanya Yamagata yang terkenal dengan Snow Monsters di Zao Onsen itu. Insyallah kalau jadi in winter January 2016.
  4. ItalyDONE! especially Florence, Verona & Sienna. Bahana tengok filem Letters to Juliet! Insyallah kalau jadi in October 2015. Alhamdulillah tercapai!
  5. Turkey - sungguh tidak terjebak dengan mana2 pengaruh drama/filem Melayu. But Cappadocia dengan Pamukkale tu sungguh memukau.
  6. Iceland - terkesima tengok Blue Lagoonnya.
  7. Kashmir - terutamanya Sonamarg dan Gulmarg. Bila dengar lagu Hindi mesti dalam kepala terbayang-bayang pemandangan kaki gunung di kawasan ni.
  8. Sontorini, Greece - those white building with blue dome.. mengadap laut. Wow!!!
  9. Europe - London & Paris especially.
  10. Netherlands - I bet masa spring mesti best dengan tulipnya yang sedang kembang itu.
  11. Maldives - white sandy beaches and crystal clear water.
  12. Nepal - especially Pokhara yang mengadap banjaran Himalaya.
  13. Lebanon - antara negara Arab yang aku teringin nak pergi. Beirut, Baalbeck dan Pigeon's Rock antara tempat-tempat yang dah masuk dalam list aku kalau ke sini.
  14. Lombok, Indonesia - The Gili Islands.. DONE! In May 2016. Kena repeat lagi sebab Lombok banyak tempat yang cantik.
  15. Beijing, China - Great Wall of China
  16. Agra, India - Taj Mahal and its surroundings.
  17. New Zealand - DONE! Roadtrip with my sis in March 2014.
  18. Bali, IndonesiaDONE! Erol's birthday in July 2014.
  19. Sapporo, Japan - Katanya the best place during winter.
  20. Hitachi Seaside Park, Japan - spring di sini! With all those colorful flowers.

Yang ni tak masuk pun dalam wishlist, tapi pergi gaks:

  1. Chennai, India - DONE! Pergi atas urusan kerja.
  2. Abu Dhabi, Dubai & Sharjah, UAE - DONE! Juga pergi atas urusan kerja in 2006 & transit during my Italy trip October 2015.
  3. SingaporeDONE! Seberang tambak jerrr..
  4. Shenzhen & Guangzhou, ChinaDONE! In 2009.
  5. Bangkok, Thailand - DONE! In 2009.
  6. Hong KongDONE! Last year 2014 in September.
  7. Chiangmai, Thailand - DONE! Company Family Day in 2007.
  8. Phuket, ThailandDONE! Celebrate Firr's birthday in 2013.
  9. Krabi, ThailandDONE! Rubie's Family Day in May 2013.
  10. Ho Chi Minh, VietnamDONE! Celebrate Jihan's birthday in April 2013.
  11. Bandung, IndonesiaDONE! Twice in 2009 & 2011.
  12. Yogjakarta, IndonesiaDONE! Twice; Jihan's birthday in 2011 & with the Aspura in 2013.
  13. SwitzerlandDONE! Walaupun sekadar melepasi border pergi ke Foxtown Outlet tu masa Italy trip October 2015 haritu, aku tetap nak propa dah jejak bumi Swiss ni. Insyallah one day boleh visit yang betul-betul punya. 
  14. Iran - DONE! Tak sangka boleh termasuk dalam list ni. I think I had the best winter experience here in Dizin berbanding dengan Japan dan South Korea sebelum ni.
So, ada sesiapa yang baik hati nak belanja aku??? Hahaha... Anyway, meh kita layan gambar-gambar dalam wishlist aku ni untuk berangan..

Sonamarg, Kashmir (India)
Zao Onsen, Yamagata (Japan)
Florence, Italy
Santorini, Greece
Image sources:
Image 1: http://static.thousandwonders.net/Sonamarg.original.11720.jpg
Image 2: https://templejapan.files.wordpress.com/2012/02/2-2-11.jpg
Image 3: http://www.mechanictomillionaire.com/wp-content/uploads/2013/11/florence.jpg
Image 4: http://www.blamethemonkey.com/
Read More

Saturday, March 28, 2015

Cekik darah!


Aku lazimnya tak ambik kisah sangat pasal GST ni. Tapi satni aku pusing-pusing area rumah aku ni nak mencari makanan untuk minuman petang, ternampak satu gerai jual jagung bakar/rebus dengan kacang rebus. Bila tengok harga:

Jagung bakar/rebus sebatang = RM 3.00
Kacang rebus sebungkus = RM 5.00

I was like.. WTF????!!! Bapak mahal!!! Selalu jagung bakar kalau kat pasar malam Kajang tu dalam RM 1.60 je kot. Kalau naik dalam RM 2.00 ke aku okay lagi. Ni sampai RM 3.00??? Gile ke apa?? Pastu kacang rebus yang lima hengget tu harapkan bungkus suratkhabar je besar.

Puiiiiiii!!!! Mudah-mudahan cepat la ko naik haji dik jual mahal nak mampus cam tu...
Read More

Tuesday, February 3, 2015

#wishlist ~ Zao Onsen, Yamagata

Zao Onsen is rightfully well-known for it's spectacular "Ice Monsters". One of the natural wonders of Zao Onsen, these can be found at the top of the mountain during the coldest months, usually from late December to the middle of March.


Salam semua. Hari ni aku belum rajin lagi nak update pasal winter trip kat Seoul pada Januari lepas. Cuma aku nak share pasal travel wish list aku yang terbaru iaitu Yamagata!


Last week masa berborak dengan my friends, berceritalah serba sedikit pasal trip aku ke South Korea haritu. Aku cakap kat dia yang aku memang suka time winter. So dia suggest kat aku suruh pergi tempat dia belajar dulu di Yamagata, Japan. Dia kata tempat tu terkenal dengan "snow monsters". But then masa tu tak berapa masuk la sangat kepala aku pasal Japan sebab aku memang seumur hidup aku suka Yong Pyong di South Korea di sinun. But, nama Yamagata itu memang aku ingat lah. Few days lepas tu, aku pun try Google Yamagata Snow Monster. Sekali amik kau! Mata terus terpukau dengan keindahan scuplture semulajadi di sini. Maka, secara automatiknya Zao Onsen, Yamagata termasuk dalam travel wish list aku untuk tahun depan.


For your info, "snow monsters" atau "juhyo" ni adalah terdiri daripada pokok-pokok konifer yang dilitupi dengan salji tebal. Fenomena juhyo ni sangat unik dan jarang didapati di mana-mana. 

So, plannya Insyallah next year in January 2016 aku akan skip Yong Pyong semata-mata untuk ke sini. Memandangkan orang kata nak travel ke Japan ni mahal, so that's why lah aku kena plan dari sekarang. Maybe aku plan nak spend few days sahaja di Tokyo dan selebihnya kat Yamagata ni. Dunno lah.. initial plan je. La ni pun dok study abit about Japan dan luckily I have one IG friend yang sudi kongsi pengalaman dia ke sini. Dia dah pergi Zao Onsen ni last year. Katanya suhu -10°C and windchillnya -25°C!!! Humang aiiii... tahan ke aku. Sedangkan hari tu kat Yong Pyong pun bila time angin dia kuat tunggang langgang aku berlari masuk dalam building. Tu pun rasanya tak lebih -10°C pun... camne la agaknya nanti kan?


Anyway, harap-harap wish list kali ni dapat direalisasikan. Excited plak bila tengok keindahan "snow monsters" kat sini. Nak main ski memang tak lah. Aku just nak menyaksikan dan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.. gitu.. Hehe. So Yamagata.. see you next year.. Insyallah.

And more for info about Zao Onsen, korang boleh refer this link.

Image souces:
Image 1: https://templejapan.files.wordpress.com/2012/02/2-2-11.jpg
Image 2: http://commondatastorage.googleapis.com/static.panoramio.com/photos/original/642494.jpg
Image 3: https://chrispolleysfollies.files.wordpress.com/2011/02/zao-onsen-0353.jpg
Image 4: https://02varvara.files.wordpress.com/2011/02/01c-05-01-11-how-cold-is-it-zao-onsen-jp.jpg
Read More

Sunday, February 1, 2015

Tell Me It's Real


Bersawang!!! Hahaha.. lama gile tak update. Nanti lah aku update ya pasal  winter trip aku kat Seoul mid January hari tu ya.

Anyway.. aku pernah post hari tu kan pasal wish aku nak berexperience snow masa di Seoul ni kan? Alhamdulillah cita-cita tersebut tercapai. Happy gile aku! Video yang aku upload tu kebetulan masa tengah lepak kat Pascucci Cafe, Myeongdong... duduk layan hot mocha tepi tingkap. Masa ni snow turun agak lebat dan tercapture scene 2 payung bertembung ni. Tepat plak dengan lirik lagu yang tengah dimainkan. Lagu K-Ci & Jojo ~ Tell Me It's Real.

Tell me it's real
This feeling that we feel
Tell me that it's real
Don't let love come just to pass us by...

PERFECT!!!
Read More

Sunday, December 7, 2014

Fiq's Gastronomy

“Exquisite food doesn't have to be ridiculously expensive and isn’t reserved just for black ties and fancy dresses” - Chef Syafiq


Semalam selepas teman Bai hantar anak bulu dia pergi vet dan makan tengahari yang lazat di Warung Leko Sg. Buloh, kami merayap mencari something sweet untuk minum petang. Selepas Joy memberitahu this one restaurant dekat SS19 Subang Jaya, kami pun gigih la pergi ke sana. 

Restoran yang dimaksudkan adalah Fiq's Gastronomy. Restoran ni baru dibuka pada Februari tahun ni. Dua tiga kali kami berpusing tempat yang sama berpandukan Google Map kerana lokasinya tidaklah strategik mana. Signage di luar restoran juga menggunakan nama lain. So bila kali ketiga sampai tu kami turun juga dan ternyata that is the place!

Berpusing-pusing cari nama restoran. rupanya ni la tempatnya.
Interior restoran ni berkonsepkan open kitchen, so korang dapatlah melihat staff mereka menyediakan masakan yang dipesan sampai menikmati aroma masakan yang sungguh menyelerakan especially bau roti bakar! Hahaha.

Open kitchen concept.
Tempat duduk yang selesa. Aku suka kalau ada cushion-cushion ni. Boleh cover perut boroi!
Menu yang disediakan di sini boleh tahan banyak termasuklah menu sarapan pagi yang hanya disediakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.  Berikut adalah di antara menu-menu yang terdapat di sini.

Menu makanan. Tak dan nak try sebab dah kenyang.
Menu dessert dan minuman.
Dan oleh kerana kami agak kenyang selepas membedal makanan Indonesia tengahari tadi, so kami hanya memilih untuk menikmati dessert sahaja. Aku memilih Chef Fiq's Baked Alaska dan Bai memilih Brownies.

Chef Fiq's Baked Alaska terdiri daripada mango gelato, fizzy, torched meringue, toasted bread dan passion fruit coulis yang berharga RM15.00. Presentationnya sangat menarik selain daripada rasanya yang masam-masam manis. Kalau order ni boleh makan 2 orang. Aku sendiri tak larat nak habiskan sorang (kalau aku yang kuat makan ni cakap cenggini.. percayalah. haha).

Chef Fiq's Baked Alaska.
Brownies pilihan Bai pun aku rasa terbaik selepas brownies di KulCats Barrio TTDI. Brownies ni dihidangkan bersama vanilla ice cream, butterscotch sauce, crushed hazelnut, vanilla tuile dan berharga RM14.00. Teksturnya sangat lembut dan yang paling penting, tak berapa manis. Just nice. Kena pula dengan butterscotch  saucenya yang manis-manis masin. Memang sedap!

Brownies.
Untuk minuman pula aku memilih strawberry mocktail (strawberry, lady grey tea, elder flower dan soda) yang berharga RM14.00. Sangat menyegarkan! Disebabkan aku haus gile, sekali sedut je dah habis. Haha. Bai pulak seperti biasa dengan mocha dia (RM10.00). Dia kata sedap.. so kalau penggemar mocha yang cerewet ni cakap sedap.. kira sedap la tu. 

Strawberry cooler yang menyegarkan!
So, bagi sesiapa yang berminat nak try makanan yang lazat-lazat di sini, bolehlah datang ke Fiq's Gastronomy ni.



Lokasi
No. 34 Jalan SS19/1D,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi
Tuesday to Sunday: 12.00 pm to 10.30 pm
Friday: 3.00 pm to 10.30 pm
Saturday & Sunday (Breakfast): 10.00 am to 3.00 pm
Closed on Monday

Contact
Tel: +603 - 5613 0473
Email: info@fiqsgastronomy.com
Website: www.fiqsgastronomy.com
Read More