#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Wednesday, September 16, 2015

South Korea Winter 2015


Kejadian ini telah berlaku hampir 8 bulan yang lalu! La ni barulah ada masa aku nak menulis kat dalam blog ni.. hahaha.

Anyway, seperti tahun sebelumnya, winter trip ke South Korea boleh dikatakan trip tahunan yang memang aku akan pastikan berlaku setiap tahun (kalau ada rezeki lebih la..). Aku memang sangat sukakan berwinter di South Korea. Why? Aku pun tatau.. tapi yang pasti, ia cukup istimewa.

Trip pada Januari 2015 kali ni turut disertai oleh Eric. Aku, Erol dan Firr memang for sure akan bersama setiap kali winter trip ni. Trip yang dirancang ni adalah selama 9 hari 8 malam. Dan trip kali ni aku memang menyimpan hajat mudah-mudahan berpeluang untuk menikmati fresh snow yang turun di sini. Last year punya trip tak berpeluang langsung. Cuma dapat main salji di Yongpyong tu je. So harap-harap this year ada lah rezeki hendaknya.

Itinerary? Macam biasalah. Most of the time kami lepak di Seoul je. And sehari kami bermain salji di Yongpyong Resort. Nami Island semua tak masuk dalam list sebab dah 3 kali aku ke sana.

Okay aku catatkan serba sedikit aktiviti kami selama 9 hari di sana. Setakat yang aku ingat lah. Dah dekat 8 bulan kot.. hahaha.

Thanks Bayya sebab hantar kami. 
Day 1: Kuala Lumpur - Seoul, Myeongdong

Thanks to Bai yang sudi menghantar kami ke airport. Seperti biasa, kami akan ambil flight pada awal pagi so that kami akan sampai ke Seoul sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan. Selesai semua urusan imigresen dan men-topup T-Money, kami mengambil bas di luar airport menuju ke Myeongdong. Perjalanan lebih kurang sejam dengan bayaran 10,000 won. Sampai di Myeongdong, kami turun di stesen berhampiran dengan Sejong Hotel. Kali ni kami stay di Namsan Guesthouse 5, guesthouse yang terbaru. Sebelum ni kami stay di NGH 2. Jalan kaki je nak ke hotel sebab takde la jauh mana.

Selesai check-in, kami berehat seketika untuk menghilang penat setelah lebih 6 jam duduk dalam flight. Oh! One thing, NGH5 ni memang best untuk stay. Bersih, selesa dan affordable. Bilik air kami mengadap NSeoul Tower. Feeling sangat bila nak mandi atau membuang air! Hahaha. Nak tahu lebih lanjut mengenai Namsan Guesthouse ni, boleh baca previous post di sini.

Bangun pagi, naik rooftop.. tengok view ni. Nak mandi pun, tengok view yang sama.
Sekitar jam 8.00 malam, kami berempat pun keluar ke Myeongdong untuk dinner. Mana lagi kalau tak ke Myeongdong Seafood Restaurant favorite aku tu. Lama sangat rasanya tak makan galchi jorim a.k.a asam pedas Korea yang lazat tu. Dengan nasi panas dan tiga empat macam banchan, makan kat sini memang tak pernah mengecewakan!

Sampai je Seoul, memang galchi jorim la yang aku cari. My all time favorite Korean food!
Bila perut dah berisi, kami berjalan menikmati suasana malam yang dingin di deretan kedai-kedai di Myeongdong ni. Jalan-jalan kat sini memang tak pernah sunyi dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia. Tapi dalam banyak-banyak benda yang dijual tu, strawberry Korea lah yang mencuri tumpuan aku. Mana tak nya... dah la besar, manis, merah menyala, sedap plak tu. Sekotak tu sekejap je licin kalau sampai kat aku.

Dalam kesejukan pekena spiral potato panas-panas pun sodap!
So, tu je la aktiviti di hari pertama. Nothing much pun. Tunggu keesokkan harinya plak. Best tido time winter ni. Dah la sejuk.. berselubung plak dengan comforter yang tebal. Nikmat!

Day 2: Myeongdong & Hongik University (Hondae)

Second day. Bangun awal.. tapi golek punya golek, end up jam 10 lebih baru nak mandi. Menunggu yang lain lagi bersiap.. sudahnya dekat jam 12 lebih baru nak keluar pergi lunch. Kami lunch di Yoogane Dakgalbi Myeongdong, restoran nasi goreng yang kami selalu pergi. In fact, kalau kat Myeongdong ni, Yoogane dengan seafood restaurant yang satu tu je yang kami pergi. Yoogane ni famous dengan nasi goreng ayamnya. Dan memandangkan ayam kat sini jenis ayam pancung, memanglah tak boleh nak makan. Tapi jangan risau, nasi goreng seafoodnya tetap ada. So, ini je la yang kami selalu ulang-ulang makan.

Seafood fried rice, makan dengan kimchi & radish pickle. Banchan tu boleh tambah, makan sampai pengsan!
Selesai lunch, kami ambil subway menuju ke Hongik University, kawasan yang menjadi tumpuan anak muda warga tempatan terutamanya pelajar-pelajar universiti di sini. Kalau dah sampai sini, apa lagi nak diusha.. pakaian lah. Tapi aku tak shopping apa pun sebab nanti memang plan nak datang lagi. Just survey je dulu.  Sekadar membeli sehelai baju sejuk untuk Eric sempena birthdaynya pada esok hari. Cuma Erol je yang sempat menyambar kasut NB warna merah kesukaannya tu.

Hongik Universiti Street ~ "Syurga muda-mudi" (tapi aku tak masuk la dalam kategori ni...)
And the best part bila sampai sini adalah flurries dah mula turun! Macam orang jakun first time tengok snow turun. Kebetulan masa tu kami tengah dok melepak kat Starbucks. Aku time tu tengah dok menikmati hot mocha sambil duduk mengadap tingkap cermin besar. Just like I imagined before! Makin lama makin lebat flurriesnya. Dan bila sampai di Myeongdong pada malam tu, salji memang dah turun lebat. Tak dan nak berjalan sangat sebab jalan agak licin. So, kami duduk melepak di Cafe Pascucci.. again.. aku menikmati hot mocha dan duduk di hadapan cermin besar duduk melihat salji turun. Satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan ketika tu... dengan background music nya.. just perfect!

Best betul duduk melayan perasaan camni.. rasa cam tak nak balik.
Dan kebetulan keesokkan harinya adalah birthday Eric.. on the 19th. So, kami bertiga buatlah mini celebration kat situ. Erol dengan Firr curi-curi pegi beli sliced cake dan surprised si Eric ketika mak hayam tu dok busy ambil gambar salji turun.

Birthday Kakpah Lopez. Kelas time birthday kau salji turun menyembah bumi!
Agak lama juga salji turun. So bila dah reda, kami pun berjalan dengan berhati-hati pulang ke hotel. Takut la tergolek sebab jalan memang licin. And that's the end of our 2nd day in Seoul.

Day 3: Yongpyong Ski Resort

Eric's birthday and we're off to Yongpyong! Masa dalam train kami terlepas Jamsil Station, maka sedikit pembaziran masa di situ dan menyebabkan kami berlari-lari bagai nak gila di Lotte World untuk ke stesen bas menuju Yongpyong. Bayangkan si gemuk ni yang hazab nak bawak perut berlari. Sepanjang berlari tu, aku berharap agar aku tak mati tersembam kat atas jalan tu. Semput wehhhh! But Alhamdulillah, nasib baik sempat dan kebetulan basnya pun baru nak bergerak.

Yongpyong Ski Resort.
Perjalanan ke Yongpyong dari Jamsil Station mengambil masa lebih kurang 2 jam. Derang semua dok bantai tido. Aku memang dah tabiat, kalau dalam bas ke apa memang tak boleh nak tido. So terkebil-kebil je la sepanjang perjalanan sambil menikmati pemandangan di luar tu.

Sampai di Yongpyong, kami terus membeli return ticket dulu sebelum pergi breakfast di Lotteria. Shrimp burger la.. apa lagi. Tengah lapar apa pun sedap.

Lepas makan, kami keluar dari Tower Plaza tu untuk pergi beli ticket cable naik ke puncak Yongpyong tu. Keluar-keluar dari plaza tu... sekali angin bertiup... perghhhhhhhhhh!!! Punyalah sejuk! Habis salji-salji terbang ke muka. Nak sangat membeku kan. Tapi gigih la juga bergambar kat bawah tu. Selesai bergambar, kami terus ambil cable car naik ke atas.

Sejuk gile time ni.. tahan je la.
Berbeza dengan tahun lepas, suhu kali ni lebih sejuk dengan tiupan angin yang agak kuat. Kalau last year, langitnya membiru dan matahari tegak di atas kepala, tapi kalinya kabusnya agak tebal.. suasana semuanya kelabu. Memang berbeza. But after awhile, bila kabus dah reda.. nampak la semula langit yang membiru tu.

My favorite winter wonderland!
Tapi apapun, suhu memang membunuh sampai aku rasa kalau cuping telinga ni ditoreh, mesti takde rasa atau tak keluar darah. Sekejap keluar bergambar.. lepas tu tak sampai 5 minit mencicit-cicit berlari masuk ke dalam building.

Apa je kami buat kat sini. Lepak-lepak minum coffee, bergambar dan main salji sikit-sikit. Sejuk hawau.. takleh nak main lelama. Anyway, lama juga kami spend masa kat sini.. lebih 4 jam. Bila dah almost 5.30 petang kami pun bergerak turun ke Tower Plaza sebab bas kami untuk pulang ke Seoul adalah pada jam 6.00 petang.

Kluar masuk builing je kat sini. Punyalah sejuk.
Bila sampai di Seoul, kami terus ke Myeongdong untuk dinner dan mencari light snacks. Aku membeli whatelse.. strawberry dan yang lain dok makan spiral potato tu. Dah puas berjalan, terus balik bilik untuk merehatkan badan dan kaki yang dah hampir terbarai tu.

Seronok sangat hari ni sebab apa yang diplan semua menjadi. And yang paling best.. aku berpeluang menikmati keindahan Yongpyong untuk kedua kalinya. Semestinya my favorite winter wonderland!

Day 4: Hongik University & Namsan Hill

Hari ni seperti biasa, aku bangun awal. Tapi golek-golek kesejukan punya pasal sampai jam 11.00 pagi baru nak keluar breakfast. Tu pun aku dengan Eric je yang keluar. Lagi 2 orang tu seronok berselubung dalam comforter. So, kami berdua pergi la ke Tous Les Jours kat Myeongdong tu pekena pastry dengan hot mocha. Kalau kat Bangsar ni pun aku suka breakfast kat TLJ.. lagilah kat South Korea ni kan.. tempat asalnya. Tapi aku just ambil bread je la. Tak berani nak ambil set breakfast lain yang ada bacon tu.

Sejuk camni pekena hot mocha memang best!
Selesai breakfast, kami balik semula ke bilik sementara yang lagi dua tu bersiap. Dan selepas tu, kami bergerak menuju ke Hondae untuk shopping sikit-sikit like topi dan jumpers. Pusing punya pusing end up shopping kat H&M. Murah gile few items yang tengah sale tu. Rugi kalau tak beli.

Hasil tangkapan di H&M.
Lepas lunch semua dan letak barang kat bilik, kami menapak naik ke Namsan Hil. Takde la naik sampai ke NSeoul Tower tu pun. Sekadar kat kaki bukit dengan dengan cable car station tu. Lepak, ambil gambar, berangan.. tu je la. That's our travel style kalau kat Seoul ni. Malas nak berkejar-kejar ke sana ke mari. Nak relax katanya kan. Camtu la. :P

Feeelingggg!
Day 5: Gangnam

Pada hari ke-5 ni, kami hanya ke Gangnam. Takde buat apa pun. Duduk di tepi tingkap Twosome+ Coffee tu sambil memerhatikan gelagat penghuni bandaraya ni bekerja dan bersosial. Erol dengan Eric dah selamat merambu ke ceruk mana ntah kat Gangnam tu untuk bergambar. Aku dengan Firr je la yang dok kat cafe tu.

In front of Twosome+ Coffee
Bila dah puas derang bergambar, kami pulang semula ke Myeongdong untuk dinner dan berjalan untuk ke kesian kalinya di Myeongdong tu. But sebelum ke sana, kami singgah di kami Namsan Hill untuk bergambar memandangkan semalam masa kami sampai hari dah beransur gelap. Di Myeongdong, kami singgah di butik MCM untuk membeli wallet yang dipesan oleh member aku. Katanya kat sini lebih murah berbanding dengan kat KL tu. Memang pun. Selesai membeli, kami pergi lagi Cafe Pascucci menikmati hot mocha. Kiranya duit belanja aku kat sini banyak dihabiskan untuk minum-minum di cafe kat sini. But seriously aku suka camni. Hehehe.

Thanks Eric for this pic!
And the saddest part was, hari ni hari last day Firr bersama kami. Dia terpaksa balik awal disebabkan dah nak start kerja. So, malam tu kami balik awal. Sekitar jam 4.30 pagi kami teman dia ke stesen bas di Sejong Hotel tu ambil bas ke airport. After that, balik bilik dan sambung tidooooo...zzz...

Last night with chingu.. lepak Pascucci sampai lewat malam.
Day 6: Insadong, Namdaemun

Tinggallah kami bertiga! So, hari ni plan ke Namdaemun market untuk mencari souvenir. Aku dah pergi Seoul few times.. so memang takde la aku nak beli kan. Cuma Erol dan Eric nak beli untuk kawan-kawan dia. Selalunya kalau aku kat sini, aku akan beli di kedai ahjumma yang kat corner tu. Banyak souvenir kat situ. But this time, Erol ajak masuk dalam building market tu. Ikutkan aku malas nak bersesak-sesak. But surprisingly banyak kedai-kedai kat dalam tu jual pelbagai jenis souvenirs dan harganya pulak lebih rendah! Contohnya, kalau fridge magnet kat kedai luar tu ahjumma tu jual 2,000 won.. kat kedai dalam bangunan tu korang boleh dapat dalam 1,000 won only! Contoh la.. but memang murah. So kalau korang nak cari souvenirs, boleh usha kedai-kedai dalam bangunan tu. And this one ahjumma sangat peramah dan banyak bagi kami diskaun dengan mineral water skali.

Dan hari ni pun kami ke Insadong, pusing-pusing di sini tanpa arah tujuan. Hahaha. Ingat nak beli ice-cream bengkok tu.. tapi cam takde hati plak. So, sudahnya duduk melepak kat sini melihat manusia.

Day 7: NSeoul Tower

Bangun awal dan terkebil-kebil. Yang lain masih lena diulit mimpi. So aku decided untuk naik ke NSeoul Tower tu sorang-sorang untuk menikmati suasana pagi yang segar itu. Selesai mandi dan bersiap semua, aku terus pi sorang. Slow and steady.. walaupun sebenarnya agak semput juga nak mendaki anak-anak tangga kat situ.

Slow-slow sampai juga kat atas, Nasib baik ada ahjeossi baik hati tolong snap gambar.
Penat tak terasa kerana selain daripada cuaca yang dingin, kicauan burung di pohon-pohon sekitar ni cukup mengasyikkan. Sampai kat atas tu, aku pergi ke cafe pekena hot mocha (again!) dan duduk menikmati pemandangan bandaraya Seoul dari puncak Namsan Hill ni. Beautiful!

NSeoul Tower.
Selepas hampir 2 jam berseorangan di atas ni, aku pun turun ke bawah dengan harapan makhluk 2 orang tu dah siap untuk pergi lunch. Nasib baik dah siap. So, as usual, lunch di Myeongdong.. lepak-lepak.. chill... chill..  Around 5.00 petang, kami bertiga naik lagi ke NSeoul Tower. Tabahlah Eric.. terpaksa melayan kerenah Erol untuk bergambar. Hahaha.. aku awal-awal dah blah.

Untongla ada yang nak melayan. Hahaha..
Anyway, view petang tu memang cantik.  Lama kami lepak kat atas tu menikmati sunset sampai ke malam. Sempat jugalah membeli lock untuk gantung kat atas tu. Hahaha..

Beautiful sunset on that evening.
Around 8.00 malam kami turun dan terus menghala ke Myeongdong for dinner. Malam ni malas nak makan galchi jorim. So, kami pergi ke Lotteria pekena shrimp burger. Masa tengah makan tu, ada these 2 Korean siblings dok usha-usha kami. So aku pun tegur la derang.. the brother is 8 years old and his sister is one year younger. Very friendly.. memula cam malu-malu gak. In fact mak dia tersenyum-senyum masa kami dok berbual. Sebelum mereka beredar, sempat la aku ajak derang bergambar bersama. Hehehe.

The Korean siblings.
Day 8: Gyeongbokgung, Gwanghuamun & Chonggyecheon

2nd last day di Seoul. Hati dah mula gundah gulana. Haizzz... Hari ni kami ke area di sekitar Gwanghuamun. Memula pergi ke Gyeongbokgung. Last year pergi, kompleks istana ni tutup. So Erol tak berpeluang nak visit. So, this time masa sampai, derang tengah buat guard exchange ceremony. So just nice la. Tak masuk pun dalam kompleks istana yang besar tu. Dah pergi dulu.. cukup la kan. Or maybe next time pergi time salji tebal atas jalan. Barulah lain sikit experience dia.

Di dalam Gyeongbokgung courtyard
Selepas berada di Gyeongbokgung, kami berjalan di hadapan Gwanghuamun Square, bergambar di statue King Sejong, Maharaja Korea yang famous tu.  Kemudian singgah berehat di Angel-In-Us Coffee, pekena mocha dan dessert. Ahhh.. sedap gile okay!

Dessert yang super awesome!
Bila dah hilang sikit kelenguhan kaki tu, kami sambung berjalan lagi ke Cheonggyecheon, kawasan rekreasi yang terkenal di Seoul ni. Sejarah dia aku dah cerita banyak kali dah... so aku skip that part. Lepak kat sini seketika sambil mengambil gambar. Lepas tu kami terus ambil subway pulang ke Myeongdong.

Cheonggyecheon.
Sebelum balik hotel, aku dinner siap-siap untuk kali terakhir di kedai ahjeossi ikan bakar tu. Aku.. semestinyalah membedal galchi jorim puas-puas. Siap bagitau ahjeossi tu esok dah nak balik Malaysia. So sad! Lepas tu, shopping last minit apa yang patut sebelum pulang untuk pack barang-barang. Memang sendat luggage aku macam nak meletop. Tu pun aku terpaksa abaikan permintaan kawan aku untuk beli this and that.. takde tempat dah nak sumbat.

Day 9: Seoul - Kuala Lumpur

Argghhhhhhh.. hate this! Bila dah last day kat Seoul aku mesti meroyan dan hati memberontak tak nak balik. Tapi apakan daya... sobss.. sobss..  Awal pagi lagi kami dah bergerak ambil bas di Sejong Hotel tu untuk ke airport. Sampai di airport selesai urusan check-in semua, aku terus pergi ke VATS counter untuk dapatkan tax refund. Baki duit yang ada tu boleh la buat beli barang kat airport tu. Hahaha..

So, that's about it serba sedikit coretan aku untuk winter trip kali ni. Takde apa pun yang menarik, but that's how I spent my time here setiap kali aku di Seoul. Maybe next time aku akan plan keluar dari Seoul ni kot.. tu pun kalau aku rajin la... Hahaha..

Bye-bye Seoul!
Ahhh.. rindu Seoul. See you in December this year.. INSYALLAH!
Till then.. thanks for reading. Muackkkkss!
Read More

Sunday, August 30, 2015

JJCM @Muar


Kejadian yang berlaku pada minggu lepas dan aku baru nak update dalam blog ni. Punyalah busy kan. So, last week kami beramai-ramai menyerbu rumah baru Ajie di Muar. Just buat mini gathering, or some sort of house warming party la kononnya. Ada BBQ bagai semua. Tapi agenda utamanya ke sana adalah memang untuk MAKAN!

Ajie dan Lyss dah gerak pada Jumaat malam tu. Amz dan Maksu pun bertolak pada malam yang sama. But aku, Erol dengan Bai bergerak keesokkan harinya (pagi Sabtu) memandangkan Jumaat tu kami masih bekerja. Kami bergerak sekitar jam 7.45 pagi dan sampai di Muar lebih kurang jam 9.30 pagi. Tahu-tahu je la Bai kalau bawa kereta. Macam pelesit! Sampai di Muar kami terus ke gerai di Jalan Joned sebab Ajie and the geng tunggu di sana untuk breakfast. Masa sampai tu hujan turun renyai-renyai. Perut pun memang tengah lapar, so just nice lah. Kami pekena roti jala dengan kari ayam dan mee rebus. Roti jala dengan kari ayam tu just nice but mee rebus tu aku prefer mee rebus Wahid kat JB tu lagi.. sebab yang ni kuahnya manis sikit.

Breakfast di gerai Jalan Joned ~ Roti Jala Kari Ayam & Mee Rebus.
Anyway, selesai makan, kami bergerak asing. Ajie, Lyss dan Kak Na pergi ke pasar nak membeli bahan-bahan untuk BBQ malam tu, manakala aku, Erol, Bai, Amz dan Maksu plan nak pusing-pusing area Bandar Muar ni kejap. So, destinasi pertama kami adalah Tanjung Emas. Ingatkan memula nak naik bot but memikirkan masing-masing baru lepas breakfast, takut ada yang termuntah pula nanti. So, kami just lepak situ untuk seketika berselfie dan aktiviti yang sewaktu dengannya.

Ronda-ronda di Tanjung Emas.
Selesai bergambar, kami menuju ke Sai Kee Kopi 434 yang terkenal tu. Terletak di Jalan Maharani, berhadapan dengan Stesen Bas Muar, Kopi 434 ni memang trademark kat Muar ni. In fact kopi 434 ni memang cukup famous di Johor. Dari kecil lagi aku dah minum kopi ni. Alhamdulillah, dapat parking pun senang.

434 Kopitiam, Jalan Maharani, Muar.
Coffee time
Kat sini aku try Kopi Ais Kaw dengan roti bakar kaya + butter. Kopinya memang terbaik. Kat sini pun korang boleh beli serbuk kopinya yang pelbagai untuk dibawa pulang atau diberi sebagai souvenirs kepada keluarga atau teman-teman.

Kopi ais kaw.. 
Roti bakar dengan kaya & butter.
Macam-macam kopi ada.. boleh beli bawa balik.
Selesai pekena kopi, kami bergerak pula menuju ke Air Terjun Gunung Ledang di Sagil, Perjalanan lebih kurang 45 minit. Memang malas nak balik dulu sebabnya cuma ada hari ni dan esok je kat Muar ni sebelum balik KL. Anyway, kami sampai di kawasan air terjun ni sekitar jam 2.00 petang. Tak naik pun ke atas sebab tak larat. Just di kawasan bawah je.. but bukanlah dekat dengan entrance tu.

Air Terjun Gunung Ledang.
Lepak bawah je.. tak larat nak naik ke atas.
Aku memula plan nak mandi tapi bila tengok kawasan air terjunnya yang tak berapa menyelerakan tu, terus tak jadi. Cuma lepak kat atas batu, ambil gambar sambil duduk rehat menikmati udara segar. Ajie kata kalau nak port yang cantik kena daki atas lagi. Baru ada air terjun yang best. Tapi memandangkan masing-masing semua malas nak naik, makanya lepak kat situ je la.

Dayang-dayang Gunung Ledang bermain air.
Cam comel je aku tengok binatang ni.
Selepas sejam lebih kat kawasan air terjun ni, kami pun beransur pulang ke rumah Ajie. Tapi sebelum tu kami singgah untuk makan tengahari di Restoran Asam Pedas, somewhere near Sekolah Menengah Sains Muar. Bedal je la apa yang ada sebab almost 4.00 pm.. lauk apa je yang ada kan.

Sampai di rumah Ajie, aku tersadai depan TV. Amz, Erol and the geng sibuk menghidupkan bara api untuk membuat BBQ dan yang lain pun sibuk kat dapur memasak mee goreng dan lain-lain. Lepas Isyak, bila semua ready, kita pun belasahlah apa yang ada. Ayam bakar, mee goreng, ikan bakar, sotong bakar dan tak lupa pencuci mulut serta buah longan yang manis itu.

Tukang bakar.. style kena ada.
Tunggu masa untuk dibedal.
Lepas makan melayan pula si Bai record video lagu Nay Nay apa kejadah ntah tu. Layankan aje.. Dan malam sebelum tidur tu, tuan rumah buat kopi-O kaw. Memang powerlah.. tapi nasib baik la aku boleh tido!

Keesokan harinya, kami bersarapan pagi pula di Restoran Haba, bersebelahan dengan Satay Warisan tu, pekena satay dan lontong kuah kacang. Breakfast Muar style katanya. Memang sedap satay kat sini. Selain satay ada juga dijual mee rebus but aku tak order sebab takut kuahnya manis macam hari tu.
Breakfast di Restoran Haba.
Satay for breakfast!
Lontong kuah kacang.
Selesai breakfast, terus balik ke rumah Ajie sebab Amz dan Maksu nak balik KL lepas tu. Tengahari tu Ajie plan nak masak but then aku cakap tak payah susah-susah. Kita makan kat luar je sebab ada few lagi tempat yang kita tak try lagi. So lepas kemas barang-barang, sekitar jam 3.00 petang kami bergerak pulang ke KL. Tapi sebelum tu singgah makan asam pedas di Asam Pedas JJ, di Jalan Joned. Macam-macam ikan ada kat sini but aku pilih kepala ikan mayong. Sedap woo.. tambah pula dengan telur-telur ikan tu. Memula tak nak ambil nasi.. tapi akhirnya tertewas juga. Hahahaha.. Asam pedas kepala ikan, ulam pucuk tenggek burung dengan sambal belacan. That's it.. TERBAIK!!!

Asam pedas kepala ikan mayong.
Saki-baki telur ikan yang dikaut oleh aku ngan Ajie.
But asam pedas sini lain sikit dengan asam pedas yang umi aku selalu masak. Kuah kat sini sedikit pekat (mungkin sebab dah diperangat beberapa kali, dan inilah yang menyebabkan kuah tu bertambah sedap).. Versi umi aku sedikit cair dengan lebih banyak dimasukkan daun kesum. Aku lagi suka kuah jenis ni sebab aku suka hirup. Selalunya kalau umi aku tengah masak, time kuah tu menggelegak, semangkuk aku ceduk siap-siap untuk dihirup. Sedap!

Anyway, selesai makan kat sini, maka kami pun bergeraklah balik ke KL. Nasib baik la jalan tak berapa nak jem. Sebelum sampai rumah, singgah pula pekena coffee kat Pulp by Pappa Palhetta di Bangsar ni. 

Coffee time di Pulp, Bangsar.
Pendek kata, sepanjang 2 hari tu, entah berapa ribu kalori la dah masuk dalam badan ni. Apa pun, cukup puas hati dan kami plan nak repeat lagi. Banyak lagi tak sempat cuba.. Mee bandung la.. murtabak la.. So, Muar.. tunggu kedatangan kami lagi! 
Read More

Nawal El Zoghbi 2015 "Mesh Mesamha"


Finally!!! Album terbaru Nawal El Zoghbi, one of my favorite Lebanese singers, telah dilancarkan semalam, 29 Ogos 2015 yang berjudul "Mesh Mesamha". Album terakhirnya adalah pada tahun 2011. Dalam album terbaru ni terdapat 11 buah lagu. Antara yang dimuatkan adalah singlenya pada tahun 2013 iaitu Gharibi Hal Denyi, lagu asal penyanyi Turki, Ebru Gundes, selain beberapa single pada tahun lepas dan tahun ini. My favorite will be Ya Gadaa (video yang aku post ni), dan of coz Gharibi Hal Denyi serta lagu ballad Mesh Mesamha. Aku jarang menggemari lagu ballad Nawal, but this one sedap didengar. Oh! Dan tak lupa juga lagu El Nas Beyesalouni, yang sangat aku suka sebab aku sentuhan Arabic Classical. Overall, aku sangat suka album ni! Mabrouk Nawal!!!

Berikut adalah lirik lagu Ya Gadaa, yang dipetik daripada album terbaru ni. Enjoy!

مين جوّه قلبي .. غيرك ياقلبي .. هوّه انت زيّك بقى في
ده انت اللّي زيّك في الدنيا ديّة 
مِش سهل أبداً تلاقيه ..
ده انت فاهمني .. أقرب لي مني .. وحبيب قلبي اللّي بموت فيه

ياجدع .. ياجدع .. ياجدع
أنا حبّيتك ياجدع ..
على حسّك أنا إتدلّعت دلع 

إنت اللّي فيهم .. بالعند فيهم .. إخترتك إنت وعايزاك 
صُورتك في عيني .. ولا يِملى عيني .. غيرك وعايشة على هواك
ولا قبلك إنت .. ولا بعدك إنت .. من إمتى وانا باستنّاك 

Read More

Sunday, August 16, 2015

Peace Road Malaysia 2015

The PEACE ROAD 2015 with the theme "One Nation One Heart" is a call for the spirit of togetherness and mutual understanding among all Malaysians.

Hai semua.. apa kabar? How's your weekend? Minggu ni aktiviti aku adalah sedikit menyihatkan. Pada hari ni (Ahad 16 Ogos 2015), walaupun serabut dengan kerja-kerja office, aku masih berkesempatan meluangkan sedikit untuk menyertai acara walk yang diadakan di Petaling Jaya. Tu pun Bai yang ajak join. Kalau tak, memang aku tak tahu pun.

Majlis bermula di Carpark Dewan Sivik MBPJ
Acara ini diadakan untuk meraikan kepelbagaian kaum dan mengeratkan jalinan muhibbah sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Ia merupakan projek global untuk mewujudkan dunia yang lebih aman yang bermula pada tahun 2013 sebagai penghormatan kepada legasi Dr. dan Mrs. Sun Myung Moon dari South Korea yang mencetuskan idea keamanan sejagat. 

Bayaran yang dikenakan adalah RM10.00 dan aku register pun last minit sebelum registration ditutup. Nak collect baju pun tak sempat.. so aku collect masa pagi sebelum event start. Tu pun ingat dah tak sempat dah nak collect.. tapi nasib baik event start lambat sedikit. 

Selfie sebelum acara itu penting!
Terdapat 3 kategori untuk acara ni; Amateur Cyclist, Healthy Runners dan Happy Walkers. Bai dengan Joy ambil cycling, manakala aku dengan Erol just ambil Happy Walkers je. Tak larat la dah tua-tua ni nak cycling atau berlari. Hahaha..

Peserta-peserta larian yang pelbagai bangsa.
Anyway, flag off bermula sekitar jam 7.30 pagi di Carpark Dewan Sivik MBPJ. Route untuk runners dan walkers lebih kurang 4km. So, aku ngan Erol just berjalan santai-santai je. Tapi, masa tengah berjalan tu ada this Chinese auntie warga emas terjatuh sebelah aku. Maybe dia hampir-hampir nak pitam kot. Masa dia mula-mula terjatuh tu aku sedikit tergamam. Tapi cepat-cepat aku tolong husband dia angkat wifenya tu. Kesian betul. Dagu, siku, tapak tangan luka. Yelah.. dah jatuh atas permukaan jalan kan. Lepas dah tolong tu, aku suruh dia duduk, and this one Chinese lady passkan kat aku handyplast. Lepas cuci luka dia sikit dengan air mineral aku, aku tampal luka kat tapak tangan dan siku dia. That's the least I can do la kan. Pastu dah make sure dia okay, kami pun beredar meneruskan walk. Hopefully dia okay la kan?

Aku dan Erol menghabiskan walk kami sekitar jam 8.30 pagi. Selepas mengambil goodiebag, kami lepak jap kat situ sebab ada cabutan nombor bertuah. tapi nan hadooo.. satu pun tak kena. Hahaha.. By the way, di tapak tu juga ada dipamerkan koleksi kereta-kereta vintage.

Dan sebelum pulang, kami berempat singgah di kedai mamak Al Berkat Curry House kat PJ tu, pekena roti banjir dengan telur setengah masak. Sia-sia je membakar kalori yang seciput tu! Hahaha...

Roti banjir dengan telur goyang. Yummeh!!
Apapun, we had great time kat situ. Insyallah kalau ada kesempatan aku nak join event camni lagi.

Till then.. HAPPY WEEKEND guys! 
Read More

Wednesday, July 22, 2015

Raya Trip @Tioman Island

Tioman.. here we come!
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera!
Rasanya tak terlalu lambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan Muslim di luar sana. Hari ini Rabu dan aku sudah mula bekerja. Alhamdulillah semalam pulang jalan clear. Tak jem pun. Tapi aku sempat tido 2 jam di R&R Ayer Keroh sebab mengantuk gile! Apapun, marilah kita start kerja walaupun kat kepala masih lagi mabuk ketupat dan rendang!

Nice view!
Anyway, aku just nak kongsi pengalaman aku pada cuti Raya kali ni. Sedikit special berbanding dengan sambutan pada tahun-tahun yang lalu. Sebabnya, tahun ni kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi bercuti bersama ke Pulau Tioman. Actually, aku dah plan lama benda ni cumanya tak tahu nak ke mana. Dalam kepala cuma ada Desaru atau Tanjung Leman. Tak terlintas langsung nak bercuti di pulau. So bila adik ipar aku suggest ke Pulau Tioman sebab ada resort di sana milik ibu saudaranya, aku terus setuju!

Idaman Beach Holiday, Pulau Tioman.
Mulanya, aku agak pelik bila tengok orang bercuti semasa Hari Raya. Takde saudara-mara ke mereka ni? Tapi bila difikirkan balik, bagi aku, time ni je la yang ada bila kami adik-beradik dapat berkumpul semuanya. Adik aku sekeluarga yang di Terengganu tahun ni beraya di Johor dan adik aku yang sorang lagi belajar di Indonesia pun pulang beraya.. so inilah masa yang terbaik. Lagipun agak lama kami tak bercuti sekeluarga. Dan dulu, masa arwah nenek aku ada, agak susah nak berjalan kerana Allahyarhamah tidak berapa sihat. Tambahan pula, Umi aku asyik bekerja non-stop di rumah dari subuh sampai ke malam. Masa untuk dia berehat pula lah.

Tenang dan nyaman...
Kami ke Pulau Tioman pada Hari Raya ketiga. Pada Raya pertama dan kedua, kami menziarahi keluarga terdekat di Johor Bahru dan menerima kunjungan saudara-mara yang lain. Anyway, kami sekeluarga merangkumi 8 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan seorang bayi. Bertolak dari rumah sekitar jam 6.30 pagi dan kami sampai di Jeti Mersing pada jam 8.30 pagi. Feri sepatunya pada jam 9.00 pagi, tapi delay sampai jam 10.30 pagi. Kematu juga lah menunggu. Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Tiket return dengan menaiki Bluewater Express Boat berharga RM60.00 return (harga asal RM70.. diskaun keluarga katanya). Kami sampai di jeti Kampong Genting, Pulau Tioman sekitar jam 11.45 pagi dan terus ke Idaman Beach Holiday, tempat kami tinggal. Dari jeti ke resort ni lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Idaman Beach Holiday, Pulai Tioman.
Idaman Beach Holiday ini adalah resort yang diusahakan oleh keluarga Melayu. Harga chalet di sini adalah berpatutan. Terdapat beberapa jenis bilik di sini dari single, double bed dan lain-lain; berhawa dingin ataupun kipas. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah surau, kedai makan, mini market dan tempat menyewa life vest dan gogle. Pakej untuk snorkeling juga ada. 

Dinner di Idaman Beach Holiday.
Resort ini masih di dalam proses upgrading, so bahan-bahan binaan terdapat di sana-sini. Tapi yang penting, ia menghadap laut. makanya view memang terbaik. Bagusnya di Idaman Beach ni, ia tak berapa crowded sebab di sini memang tak disediakan bar serta minuman keras. So, memang sangat sesuai untuk yang membawa family serta anak kecil. Bagi yang muda-remaja tu, mungkin bagi mereka agak boring sebab tempat ni tak "happening". But, frankly bagi aku, tempat dia sangat relaks, sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda.

2 budak booolat.
Anyway, pada hari pertama, kami tak pergi ke mana-mana pun. Free and easy katanya. Lepas lunch (disediakan oleh resort), kami sekeluarga duduk berehat dan berborak sambil makan kuaci di bawah pokok. 

Memang relaks kat sini. Tambah pulak membedal kuaci.. Ralit!
Lepas tu, melayan anak saudara aku yang 2 orang tu pi mandi laut. And then sambung makan lagi. Pendek kata, memang totally rehat je lah.

Melayan 2 orang Abdul ni!
Anak bapak terlena.. nikmatnya angin laut kat sini.
Pada hari kedua pula, kami sekeluarga menyewa bot untuk pergi snorkeling. Destinasi pertama kami adalah ke Kampung Tekek. Singgah sekejap je kat sini sebab bapa aku nak pi ATM keluarkan duit. And then beli serba sedikit barang-barang di kedai kat sini. Aku tak membeli apa pun. Nothing interesting. Cumanya yang unik kat sini, on the way dari jeti Kampung Tekek, kita akan melalui pokok-pokok yang dipenuhi dengan keluang (adik beradik kelawar tapi besar sikit). Memang banyak gila ya pada setiap pokok tu. Dan mereka mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring dan bising. Anak saudara aku memang jakun la tengok benda ni.

Keluang yang banyak gile di Kampuong Tekek
Tapi yang kelakarnya masa naik bot ni ialah adik aku yang OKU sorang ni.. Salim. Dari awal lagi dia dah cakap taknak mandi laut. Padahal sebenarnya dia takut gila nak naik bot. So, bila bot dah bergerak tu, dia punya takut sambil menangis-nangis, terbaring-baring nak muntah. Walaupun kasihan tapi kami tergelak sebab dia peluk kemain adik ipar aku sambil menangis sebab takut bot tenggelam. Macam-macam hal! But bila dah nak balik dari Kampung Tekek ni takde plak buat hal sebabnya kami cakap buat malu je dengan anak saudara dia yang 2 dan 5 tahun tu. Diorang langsung tak menangis tapi dia yang dah tua tu menangis beriya. Hahaha. Lepas pada tu baru la sikit berani. Pastu bila bot bergerak, terus pose ala-ala macho tapi keras kejung menahan angin. Hahaha... Salim.. Salim.. mengalahkan budak kecik!

Selesai bersnorkeling. Thanks awek Korea tolong ambil gambar,
Anyway, selepas singgah di Kampung Tekek ni, kami terus ke Marine Park Tioman Island untuk aktiviti snorkeling. Puas hati dapat ke sini sebab airnya jernih dan banyak ikan-ikan. Parents dan adik-beradik aku yang lain ambil port di sudut tepi pantai tu untuk bermain air. Yang snorkeling cuma aku, adik lelaki aku dan adik ipar aku. Dan inilah pertama aku aku tengok umi aku main laut. Gila bertahuunnnnnnnnnnnnn dia tak kisah mandi laut. Selalu pergi just lepak-lepak tepi pantai je. Seronok ajak umi dan adik perempuan aku floating kat itu. Ajak snorkeling mereka tak nak. Cumanya di area Marine Park ni terumbunya kurang sedikit. Selepas sejam lebih beraktiviti di sini, aku ke next destination iaitu di kawasan terumbu karang yang tak jauh dari Marine Park ni.

Di Marine Park, Pulau Tioman.
Sampai di sini, aku apa lagi, terus lah terjun dari bot. Masya-Allah! Terumbu karang kat sini memang cantik. Sayang aku takde underwater camera. Kalau tak boleh ambil gambar. Macam-macam spesis terumbu karang yang terdapat di sini. Walid mulanya terjun gak tapi bila dah tertelan air masin.. terus naik balik. Dah la terjun dengan kain pelikat. Orang suruh bawa tracksuit tak bawak. Nasib baik kain tak tertanggal! Hahaha.. Anyway, kami di sini pun lebih kurang sejam. Lepas habis snorkeling kat sini, terus pulang ke resort untuk lunch.

2 ekor dugong spotted!
Selesai lunch, kami merehatkan diri sebentar. Since aku tak boleh nak lelapkan mata, dan kebetulan anak saudara aku, Ali dok mundar-mandir tak tido, so.. aku ajak dia mandi laut kat depan resort tu. Pakaikan dia jacket dan bawa dia floating kat laut tu. Suka benar! Lama gak la melayan dia.. lepas berenang.. main pasir.. berlari ke sana ke sini. Penat aku melayan! Hahaha..

Lari sana.. lari sini.. aktif sungguh!
Biarpun dia komplen gatal.. aku paksa dia tahan gak! Hahaha..
Petang tu, kami duduk berborak adik-beradik dan kebetulan terdapat anak-beranak dari Vienna yang stay kat sini. Sempatlah berborak sikit-sikit dengan Azram dan anaknya lelakinya, Bernard. Azram asalnya dari Bosnia-Hervegovina. Bapanya Kristian dan ibunya Muslim. Selepas berkahwin dia menetap di Vienna kerana suaminya bekerja di sana. Mereka berdua datang ke sini kerana anak lelaki sedang bercuti selama 2 bulan. Puas dia berjalan di Malaysia ni, dari Kuala Lumpur, ke Melaka, kemudian ke Tioman, and then ke Singapore dan Penang sebelum pulang ke Vienna.

Ini budak memang tak makan saman!
Okay enough about Azram dan anaknya. Pada malam terakhir sebelum pulang ni, kami dinner barbeque yang disediakan oleh resort. Sedap makanannya especially ayam BBQ tu. Dan lepas tu balik bilik kemas apa yang patut sebab esok pagi dah nak bergerak balik. Pada awal subuh tu hujan turun sangat lebat. Best gile tido time hujan-hujan ni. Dan Alhamdulillah pada keesokan harinya cuaca sangat baik.

Sedapnya ayam BBQ itu! Nyesal amik 3 ketul je...
Pada hari ketiga, selesai breakfast, kami bergerak ke jeti sekitar jam 8.30 pagi sebab feri kami pada jam 9.00 pagi. Kali ni feri on time.. in fact tak sampai jam 9.00 pagi dia dah gerak. Nasib baik kami tunggu awal. Sebelum pulang ke Mersing tu, feri ni singgah di Kampung Paya dan Tekek untuk menurun dan mengambil penumpang. Selepas sejam lebih kami sampai ke jeti Mersing dan seterusnya pulang ke Johor Bahru.

Awal pagi di Kampong Genting, Pulau Tioman.
On the way balik tu pula, kat Kota Tinggi, tayar kereta kami pecah sebab terlanggar batu. Mujurlah takde apa yang berlaku. Ni kiranya penutup percutian kami lah ni. Hahahaha. Macam-macam hal!

So, kesimpulannya, aku sangat seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai pada family trip kali ni. Sayang.. arwah Baba takde. Kalau tak mesti lagi seronok. Dan in future, aku dah plan untuk repeat trip macam ni next Raya plak. Seronok sebab jarang kami dapat bersama, so time cuti macam ni je la peluang yang ada. Keduanya, nak bagi Umi aku berehat sebab kasihan dia asyik buat kerja rumah je. Sesekali tengok dia have fun dengan adik-beradik dan cucunya, memang PRICELESS!!!

Priceless moment with my loved ones.
Insyallah, harap-harap in future kami dapat repeat this Raya trip untuk ke destinasi lain pula. Amin...

Tabahlah hati nak.. dah nak balik...
Dan kepada sesiapa yang berminat untuk tinggal di Idaman Beach Holiday ni, bolehlah hubungi info di bawah berikut:

Idaman Beach Holiday
Kg. Genting, Pulau Tioman, 26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-799 1803 (Office), 09-419 7048 (Resort)
Fax: 07-799 5838
Email: idaman.holiday@hotmail.com
Read More