#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Sunday, January 15, 2017

Autumn in Seoul ~ Oct'16


Trip ke Seoul kali ni adalah merupakan trip redah je disebabkan tiket flight kami adalah jenis standby. Thanks to Aris kerana meletakkan aku dan Erol under MAS friends & family listnya. Kira birthday trip aku lah ni sebab kami bertolak pada 30 September 2016. Dan trip ni pun Bai join sekali. Kiranya kali kedua lah dia pergi. First dulu.. masa first trip kami in October 2012. Since then setiap tahun at least sekali aku mesti pi Seoul!

Alhamdulillah, we managed to get our seats malam tu. So, kami bertolak dari KLIA pada jam 11.00 malam dan sampai di Incheon Airport pada awal pagi sekitar 6.30 pagi camtu. 

Muka lega dapat tiket.
Selesai urusan imigresen semua, kami terus ambil bas 6015 dari airport terus ke Myeongdong. Berhenti di Sejong Hotel. Memandangkan kami tak booking hotel langsung, so guesthouse di sekitar Namsan tu kebanyakannya dah fully booked especially Namsan Guesthouse favorite aku. But luckily, Yun Guesthouse yang terletak di belakang NGH5 tu ada kekosongan. So, kami ambil bilik kat situ sepanjang 5 hari 4 malam berada di sini. Alhamdullillah boleh checkin awal. So, first thing yang kami buat ialah tido! Tak puas okay tido atas seat flight.

Mujurlah ada Yun Guesthouse.
Around 1.00 pm camtu, lepas mandi semua, kami keluar untuk pergi lunch di Myeongdong. So, pergilah ke Yoogane Dakgalbi tu. Apa lagi makan kat situ, nasi goreng seafood lah. Si Bai makan macam sikit-sikit je. Biasalah dia ni tekak kampung. Merana lah kau kejap kat sini ya. 

Lokasi wajib... Myeongdong.
Seafood fried rice at Yoogane.
Dia ni la yang nak sangat makan kat sini.
Habis makan, kami merayap di sekitar Myeongdong ni. Tak kemana pun. Pusing-pusing then balik semula ke hotel dan tido lagi. Hahahaha.

Sentiasa ramai orang di Myeongdong ni.
Taiyaki.. dalam dia ada red bean paste.
Malam tu, kami keluar semula mencari kudap-kudapan sebelum dinner. Pusing punya pusing ternampak deep fried squid. Tengah sejuk-sejuk ni makan benda panas-panas memang sedap. Tapi memandangkan ringgit yang makin merudum.. 5000 won sebekas tu bila kau convert dekat RM20 jadilah. Makan sekali je la ya. 

Malam hari merambu kat sini lagi.
Deep fried squid.. panas-panas makan ngan sos dan mustard. Yummehh!!
Then, singgah di Busanjib untuk dinner. Aku seperti biasalah.. wajib pekena galchi jorim iaitu asam pedas favorite aku. Dah kenyang makan, merayap lagi kat area ni sebelum balik bilik.

Kedai makan kegemaran. Mana lagi.. Busanjib lah.
Malaysian bersepah-sepah kat sini.
Teringin nak makan ni tapi dah kenyang sangat. Next time je lah.
Esoknya, kami bangun awal pagi untuk naik ke Namsan Hill. Morning walk katanya. Pagi tu pulak hujan renyai-renyai. Nasib baik ada disediakan payung kat guesthouse ni. So kami slowly naik ke Namsan Hill menuju ke Namsan Tower. Jalan slow-slow je.

Morning walk at Namsan Hill.
Yang dua orang tu dah berjalan ke depan. Aku tak larat nak mengejar. So, aku jalan ikut my own phase. Sambil mengambil gambar dan berehat menikmati udara segar kat sini.

Steady je depan jalan. Tu belum tengok yang tua-tua berlari lagi.
Last time masa winter aku naik kat sini pokok-pokok semuanya tengah togel. La ni sebab tengah peralihan antara summer dengan autumn, so pokok-pokok still ada yang berbunga cantik lagi. Geram tengok bunga-bunga kat sini. Rasa macam nak rembat bawak balik KL.

Kemain cantik lagi bunga-bunga kat sini.
Hat ni yang aku paling geram sekali.
Cantikkan?
Kita closeup sikit.. test Samsung S7 Edge ni punya camera.
Nice lah closeup dia.
Sampai kat atas area Namsan Tower tu ingatkan aku dah lama ketinggalan. Rupanya Erol ngan Bai split masa berjalan naik dan endup aku yang sampai dulu kat atas ni. Hahahaha. Si Bai kemain lagi kepenatan nampaknya. Tak macho langsung. Aku yang banyak lemak ni steady je sampai kat atas (walaupun agak nak putus nyawa jugak lah).

Ikut shortcut jalan tengah ni. Sebab tu la cepat sikit sampai.
Time ni aku sorang je kat area ni. Naya kalau pengsan kat sini.
Bila sampai kat sini hujan dah mula lebat. Ingatkan nak mencari padlock yang letak kat sini dulu. Tak jumpa pun. Bukan main banyak lagi padlock yang baru. Celah mana entah kau terselit ya. 

Seoul dari Namsan Hill.
Jadi, kami lepak kat cafe pekena hot mocha. Habis lepak dan bila hujan dah reda, kami turun semula ke bawah. Rehat dulu kat bilik, then kami lunch lagi di Busanjib sebelum merayap semula.

Berkabus sebab hujan.
Mak Jemah tunggu siapa tu?
Kalau aku duduk tengah tu maybe patah terus kerusi tu.
Kena hati-hati turun. Tergolek kalu naya punya kes... macam si Bai tergolek. Hahaha. Mujur tak patah riuk.
Lunch di Busanjib. Ahjumma tu tokeh dia.
Malam harinya, kami ke Myeongdong pekena streetfood kat sini. Bai dok repeat sotong goreng tu. Then kami jumpa si Jenny, kawan Korean aku yang baru habis kerja. Dia belanja kami dinner di Chungmu Kimbab... kimbab dengan spicy squid and radish kimchi. Sedap gile sotong pedasnya! Selesai dinner kami dok melepak untuk pekena coffee. Ingatkan nak pi Cafe Pascucci kat Myeongdong ni. Sekali tengok dah bertukar ke cafe lain. Bedal je lah.. janji leh lepak. Lepas borak-borak dan si Jenny habis charge iPhonenya, kami pun beransur balik ke bilik.

Sape pi Korea tak pekena banana milk ni tripnya tak cukup syarat! Hahaha.
Grilled seafood.
Chungmu kimbab with spicy squid and radish kimchi (kkakdugi).
Tu si nyonya Jenny tu.
Keesokan harinya, selepas brunch di Busanjib (aku makan tteobokki.. sedap!), kami pergi ke Namsangol Hanouk Village. Aku tak pernah ke sini lagi. So, okay jugaklah kan kalau pergi. Takde lah jauh mana pun dari Myeongdong ni. Boleh tahan ramai juga orang time ni. Ada show bagai. Selesai mengambil gambar dan berehat kat sini, kami balik semula ke Myeongdong.

Tteobokki di Busanjip.
Namsangol Hanouk Village.
Lovebirds!
One of the buildings in Namsangol.
NSeoul Tower dari Namsongol Village.
Park dalam village ni.
Hijau!
The complex.
Lake yang ada kat sini.
Sawan sebab dah beberapa hari tak kena sambal belacan.
Beruk terlepas!
Ice-cream bentuk rose ni tengah trending kat sini.
Tawaf area ni ntah berapa kali. Keluar masuk kedai. Tapi takde apa pun nak dibeli. Hahaha.

Then, malam terakhir tu kami dinner di Busanjib. Bagitau ahjumma tu esok kami nak balik. Sekali dia pi bagi extra menu untuk kami. Baik sungguh ahjumma ni. Dah la peramah orangnya.

Thanks Ahjumma! Jumpa lagi. Saranghae...
So, bila dah kenyang, kami pusing Myeongdong untuk last round sebelum balik ke bilik untuk kemas barang sebabnya esok awal-awal pagi kami kena keluar ambil bas untuk ke airport. Sambil-sambil kemas luggage, sempat juga curi-curi timbang berat badan. Hamikkkk kau! Sekali naik 80 kg lebih! Ya ampun.. ni paling berat aku pernah timbang. Matilah balik kena diet semula. Arghhhhhh!!!!

Mala petaka apakah ini????? Waaaaaaa....
Esok paginya, kami keluar seawal 5.00 pagi menunggu bas di Sejong Hotel. Sejuk bukan main lagi. Sampai airport pun cuak-cuak juga sebab tiket kami ni jenis standby. Sampai di kaunter tengok kemain panjang lagi orang beratur. Hati dah cuak. Ada seat ke tidak ni. So, Bai pergi jumpa kat staff di kaunter ni dah bertanyakan pasal tiket. So, dia kata jam 9.30 am nanti terus pi kaunter. Alhamdulillah, tepat jam 9.30 am, kami jumpa balik dia dan managed to checkin. Lega rasanya. Takut juga kalau takde seat balik.

Selesai urusan imigresen semua, kami terus ke terminal dan lepak di cafe sementara menunggu boarding.

Lepak sini dulu sebelum boarding. Muka dah sebesar talam!!!
Alhamdulillah jam 10 lebih, kami boarding flight untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan balik kami mengikut route yang sedikit jauh kerana mengelakkan typhoon yang berada di kepulauan Taiwan ketika itu. But Alhamdulillah, yang penting kami selamat sampai. Begitulah ceritanya... hahahaha...

Muka lapar nasi lemak.
Thanks MH!
And again.. thanks Aris for the opportunity. And thank you Malaysian Airlines for the hospitality. 
Read More

Saturday, January 14, 2017

JJCM @ Penang


Kejadian ini berlaku semasa Hari Malaysia pada 16 September 2016 yang lepas. Mulanya aku takde plan nak merayap ke mana pun, tapi disebabkan si Bai dok mengajak pi berjalan, maka aku pun ikut je lah.

Yang join trip ni 5 orang. Aku ngan Bai satu kereta. Eric dengan Effa satu kereta. Erol akan turun dari Sungai Petani. So, kami fetch dia di Terminal Feri je nanti.

Bergerak awal pagi seusai solat Subuh sekitar jam 6.45 am. Alhamdulillah, trafik smooth je. Takdelah jam sangat pun. So, kami sampai di Penang sekitar jam 12 tengahari. Selesai menunggu dan ambil Erol di Terminal kami pi lunch dulu Nasi Kandar Line Clear. Selesai lunch, kami checkin tempat penginapan kami di Moontree47 yang terletak di Muntri Street, Georgetown. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ni boleh klik kat sini.

Moontree47 di Muntri Street, Georgetown.
Memandangkan guest yang stay kat bilik kami tu tak keluar lagi, so kami tinggalkan je beg-beg kami di kaunter dan keluar merayap semula. Plannya nak ke Bukit Bendera lah. So sampai kat sana tengok manusia punyalah ramai. Tapi masih gigih lagi la beratur nak membeli tiket dekat sejam. Then, ingatkan okay lah. Sekali kena beratur lagi sekali untuk masuk ke dalam tram dan linenya memang panjang gile. Kalau nak tunggu ni mau makan lagi sejam lebih. Discuss dengan derang semua, last-last kami malas nak menunggu. So, tiket tu kami let go je pada one of the Chinese family yang dok beratur nak beli tiket tu.

Sampai hotel sekitar jam 4 lebih, kami terus masuk bilik dan berehat. Then keluar mencari light snacks di Lebuh Chulia. Pekena kuih-kuih dan mee goreng mamak kat one of the stalls there.

Nasi lemak ada... kuih ada...
Mee goreng mamak pedas satu!
Us at Lebuh Chulia.
Selepas tu, kami drive pergi ke Gurney Drive.. apa lagi pekena pasembur lah. Seperti biasa aku order di stall favorite aku. Dan pakcik yang buat pasembur sambil menari-nari tu nampaknya dah berpindah gerai.. kalau tak silap aku lah.

Ramainya umat. Eh.. ada hamba Allah yang dok selamba ambil seat kami tanpa rasa bersalah. Huh!
Pakcik ni dah pindah gerai ka?
Favorite pasembur!
Muka kekenyangan.
So, lepas kenyang, kami merayap pulak ke Feringgi.. tapi sekejap je lah. Takde apa pun kat sana. Night market situ pun macam dah nak tutup plus takde apa pun barang-barang yang menarik untuk dibeli. Jadi, lepas tu terus balik bilik dan berehat.

The next day, kami breakfast di kawasan yang berdekatan dengan Moontree47 dan pusing-pusing di sini sahaja. Dan untuk lunch, kami pergi ke Teluk Kumbar untuk mencuba Ayu Mee Udang atau Gerai Mee Udang Cantik di sana. Gigih juga lah menempuh trafik nak ke sana.

Mee Udang di Teluk Kumbar
But sebelum tu, kami singgah dulu mencari jeruk Pak Ali yang famous tu untuk dibawa pulang.. selain mata turut mengusha t-shirt dan poskad di kedai yang berhampiran.

Buah tangan wajib dari Penang.
So, sampai di sana gerai masih baru dibuka. So, kami pun orderlah mee udang yang famous katanya tu. Okay boleh tahan sedap. Udangnya fresh, isinya kenyal dan sedap. Cuma kalau dibandingkan.. aku tetap suka Mee Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang di Perak sana.

Mee Udang Ayu.
Selesai makan mee udang, kami dok mencari pula gerai Laksa Tempurung yang terletak di kawasan yang sama iaitu Teluk Kumbar. Dekat je gerainya tapi macam abit confuse nak mencari. Tak hilang lagi kenyang dah nak try makanan lain kan? Hahahaha.. kata JJCM.. camtu la kaedahnya.

Laksa Tempurung Teluk Kumbar.
So, sampai kat gerai ni, aku order Laksa Tempurung dengan cendol. Lainnya di sini, ia dihidangkan di dalam tempurung kelapa. Dari segi rasa bagi aku biasa je lah kot. But farrrrrrr better daripada Laksa Janggus yang kami makan dulu. Harapkan famous je.. rasa takde lah sedap mana pun. Tapi okaylah kat sini, at least boleh makan tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hehehe...

Laksa & Cendol Tempurung.
Makan dan lepak-lepak sambil menikmati angin laut.
Oh, by the way nak mencari gerai Laksa Tempurung ni susah sikit sebab signage nye kecil dan tempat makan ni terletak di bawah menuruni bukit. So, kena alert sikit lah bila nak mencarinya.

Habis makan, balik bilik berehat. Then keluar semula berjalan di sekitar UNESCO World Heritage ni untuk mengambil gambar selain mencari mural yang famous kat area Armenian Street tu. Habis merayap kat area tu, kami singgah di Gudang Cafe for our coffee session.

Somewhere in Armenian Street.
One of the temples there.
Jumpa gak mural ni.. tapi kena beratur ak bergambar. Muka pose tgh malu orang tengok. Haha.
Gudang Cafe.. memang asal gudang lama ni.
Pesta kalori!
Then on the way balik tu kami singgah lagi kat gerai Papa's Coconut Ice Cream, menjual dessert ala-ala Sangkaya tu. Ya Allah, banyaknya makan!

Kalori lagi... huhuhuhu tapi sedap!
After that, kami keluar lagi ke Padang Kota Lama. Kat situ ada pameran Bear apa ntah. Ya ampun.. ramainya umat manusia! Dan kat situ pun ada disediakan gerai-gerai makanan. So, okaylah untuk kudap-kudapan sambil berjalan. Tak lama pun lepak situ sebab hari dan start hujan. So, sebelum hujan kami dah cabut balik. Nasib baik tak lencun. Dan, sebelum balik bilik si Erol mengidam nak makan Nasi Kandar Beratur. So.. layankan je lah. Aku memang dah tak larat nak makan. Habis makan, cabut balik bilik. Esok dah nak balik dah kan...

Meriah dengan manusia.
Colorful naaa...
Gigih beratur nak pekena nasi kandar.
Last day, selepas checkout, kami breakfast di restoran nasi kandar kat sini, sebelum drive balik KL. Sengaja checkout awal sebab takut jem menghala ke KL tu. Memang jem juga lah tapi nasib baik aku tak drive. aku bantai tidur kat seat belakang. Hahahaha...

So, begitulah serba sedikit cerita trip kami ke Penang haritu. Balik KL dengan penuh sesalan sebab balik dengan berat badan yang bertambah! Tabahlah Omaq....  
Read More

Friday, January 13, 2017

Moontree 47@Georgetown, Penang


Wowww!!! Bersawang betul blog aku sebab lama tak update. Nampak sangat busy dan tengah takde mood nak menaip. Anyway, rasanya takdelah terlalu lewat nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca di luar sana. Semoga tahun ini lebih baik, cemerlang daripada tahun sebelumnya. Dan semoga Ringgit kembali kukuh supaya takdelah hazab kalau nak travel nanti. Huhu..

Anyway, untuk post kali ni aku nak review tentang sebuah boutique hotel di Georgetown, Penang. Actually trip ni adalah pada Hari Malaysia pada 16 September 2016 yang lepas.

Facade Moontree47 di Muntri Street.
Moontree 47 ni terletak di Muntri Street, Georgetown di bahagian timur Penang. Berhampiran dengan Padang Kota Lama. Ia merupakan sebuah boutique hotel di dalam bangunan rumah kedai lama. Menariknya di sini, ia terletak berhampiran dengan Chulia Street dan terletak di dalam UNESCO World Heritage Site. Semua tempat-tempat yang menarik terletak within walking distance je.

Apa yang aku suka tentang hotel ni ialah rekabentuk dalamannya yang berkonsepkan vintage dan klasik. Di dalam ni penuh dengan pelbagai barangan lama/antik yang jarang kita jumpa sekarang ni. Ini adalah antara koleksi owner hotel ni sendiri iaitu Kent. So, kiranya kalau korang datang ke sini, seolah-olah korang kembali ke zaman silam.

Airwell di lobi hotel.
Di sini terdapat beberapa pilihan bilik bilik iaitu single, double dan family room. Kami memilih untuk menginap di family room yang terletak di bahagian bawah. Harga bilik yang ditawarkan pula sangat berpatutan RM70 (single) kepada RM260 (family room - 4 pax), bergantung pada low/peak season. Juga ada kemudahan aircond, kipas, air panas dan wifi.

Family room yang boleh memuatkan 3 orang.
Family room dengan 1 queen bed dan 1 single bed.
Melangkah masuk menuju ke bilik kami, mata disajikan dengan pelbagai tumbuhan hijau yang rimbun. Sejuk dan redup sungguh mata memandang. Rasa macam kat kawasan rumah kampung pulak. Aku suka betul suasana macam ni. Dengan daun pintu dan tingkap bilik menggunakan kayuan lama, memang hidup betul suasana vintage kat sini. Nyamuk kat sini? So far takde la pulak kena gigit. I think derang dah pasang insect repellant kat area hotel ni.

Pohon-pohon rimbun di jalan masuk menuju ke bilik kami.
Pokok-pokon kecil pad atempat mencuci tangan.
Tempat melepak dengan deko barangan lama.
Best juga melayan perasaan kat sini.
Hijau lagi nyaman gitu suasananya.
Walaupun keadaan hotel ini seakan lama, tetapi ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan menggunakan access card. So, kalau nak masuk ke kawasan bilik, kita perlu menggunakan card yang diberikan semasa checkin tu.

Nak masuk area bilik kena guna access card.
Selain itu, pengunjung yang bermalam di sini boleh membeli pelbagai koleksi postcard sama ada untuk koleksi sendiri atau untuk dipos kepada teman dan keluarga. Ada disediakan postbox di luar hotel ni dan setem pun boleh dibeli kat sini. Macam aku, aku memang suka beli poskad semasa pi travel, so bila ada kat sini, macam rambang mata lah jadinya.

Banyak koleksi poskad di sini. Pilih je nak yang mana.
Before balik sempat bergambar dengan Kent, owner hotel dan kucing-kucingnya.
So, bagi sesiapa yang nak merasa tinggal dalam suasana seolah-olah berada di zaman-zaman dahulu, cubalah stay kat boutique hotel ni. Selain ownernya yang peramah, kalau korang jenis suka kucing, boleh juga bermain dengan beberapa ekor kucing yang manja-manja kat sini.


So, bagi sesiapa yang berminat untuk cuba bermalam ni di sini semasa berkunjung di Penang, bolehlah hubungi Moontree47 untuk maklumat lanjut. Selamat bercuti!

Address: 47, Muntri Street George Town, Penang 10200 Malaysia
Telephone: +60 42644021
Website: http://www.moontree47.com/
E-mail: moontree47@gmail.com
Read More