#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Tuesday, November 27, 2012

Trip to South Korea Part 1/5

Ini juga adalah post untuk kejadian yang telah sebulan lebih berlaku. Hehehe.. Kesibukan plus kesihatan yang terganggu menjadikan semangat untuk update blog terkulai di tengah jalan.
Apapun, trip ke South Korea ini adalah merupakan trip yang telah dirancang since last year 2011. Memula aku berangan nak pergi sorang. Pastu ajak Bie, Nisha, Bai dan Azz. Pastu Bie ngan Nisha tak jadi. So yang confirm Bai ngan Azz je. Makanya bertigalah pergi rasanya. Tapi pastu Eric join diikuti oleh Kerul dan last skali Ajie yang telah melengkapkan group yang dinamakan "Kpop Tuiii" ini. Trip yang dirancang ni adalah selama 9 hari 8 malam iaitu pada 12-20 Oktober 2012. Gigih aku mentelaah Korean Tourism punya website bagi membuat itinerary selain daripada mengusha blog-blog kat internet pasal South Korea. Trip kami cover Seoul kebanyakannya dan Busan (southern coastal city) selama sehari.

Day 1: LCCT - Incheon - Jong-ro

Okay, cukuplah intro tu. So, pada hari bertolak, filte kami delayed selama 40 minit. Dari 8.50 pagi membawa ke 9.30 pagi. Tapi Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki di Incheon Airport pada jam 5.15 petang waktu tempatan.
At Incheon International Airport
Bila selesai berurusan dengan kastam dan ambik luggage, kami terus pergi beli "T-Money" kat kedai serbaneka untuk digunakan masa menaiki subway nanti. So lepas top-up T-Money, kami ambil AREX train dari Incheon ke Hyungik University, then tukar ke subway Line 2 ke Euljiro 3-ga. Pastu transfer lagi ke Line 3 untuk ke Anguk Station. Beewon Guesthouse yang aku book ni terletak kat area Anguk Station ni. Memang macam nak tercabut kaki berjalan turun naik tangga kat subway ni. Sampai guesthouse pun dah pukul 9.00 malam. Totally exhausted sampai terpaksa cancel Hangang River Cruise yang dirancang pada first day ni. Pihak Beewon bagi kami satu bilik besar di roof top yang sememangnya terbaik untuk monyet2 yang tak pernah diam cam kami ni.. hahaha. So aktiviti pada malam pertama ni hanya keluar mencari membeli nasi di mart dan merehatkan kaki sepanjang malam.
Pagi hari ke-2 di rooftop Beewon Guesthouse
Day 2: Gyeongbokgung - Insadong - Cheonggyecheon Stream - Dongdaemun - Namdaemun

Pada hari kedua ni, kami bangun awal sebab ikut itinerary-nya memang banyak tempat hendak dituju. First destination kami adalah Gyeongbokgung Palace, yang sebenarnya terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace ini terletak di bahagian utara Seoul, awalnya dibina pada tahun 1395, kemudiannya dibakar dan terbiar selama hampir 300 tahun, sebelum dibina semula pada1867. Kompleks istana ni sangat besar sehinggakan hampir 3 jam berada di dalam ni. Sudahnya, cancel lawatan untuk 2 palaces yang berikutnya iaitu Deoksugung dan Changdeokgung.

Tiket masuk ke istana ni berharga 3000 won (lebih kurang RM8.50). Dan kebetulan masa kami keluar dari subway station Gyeongbokgung, ada sekumpulan student tengah buat voluntary job sebagai English-speaking tour guide untuk lawatan di istana ni. Free je servicenya sebab ini sebahagian daripada ko-kurikulum mereka. So, our guide ni nama dia Lee - a 14 years old student. Gigih dia bercerita pasal sejarah istana ni dan bawa kami pusing ke segenap pelusuknya. Punya la besar. Daripada rumah Maharaja ke rumah Permaisuri, nenek Maharaja dan lain-lain.
Monumen di hadapan Geunjeongmun (Gate) and Yeongjegyo (Bridge)
Guenjeongjeon, the main throne hall of Gyeongbokgung
Gangnyeongjeon (King's Quarters)
With Lee, our tour guide
Ikutkan hati nak je aku petik buah persimmons kat sini.. Lebat!!!
Hwangwonjeong Pavilion yang dibina di atas pulau buatan yg dinamakan Hyangwonji
Eric selalu termiss dlm gambar..
Ini adalah tempat simpanan kimchi.. tatau ada isi ke tidak
Rendang sungguh pohon ini...
Selepas puas berpusing dalam istana ni, kami berehat sekejap di cafe yang terletak berdekatan dengan Royal Banquet Hall. Lee pun dah selesai menjalankan tugas. Maka diserahkan borang untuk menilai prestasinya. Harus la aku bagi semuanya 5 star kan!!! Hahaha.. Well, he did a good job pun. Sangat gigih explain semua benda. Sempat juga usha souvenir kat gift shop kat sini. Tak beli apa pun sebab takde yang berkenan di hati.
Abang-abang pengawal istana :P
Guard exchange ceremony
On the way nak balik tu, kami sempat singgah di Gwanghwamun gate (main dan south gate). Kononnya nak bergambar dengan abang-abang guard di situ. Kebetulan selepas snap beberapa pics, ada upacara pertukaran guard macam di Buckingham Palace tu. So, kami tunggu la kejap tengok selain daripada merakam upacara berkenaan. Habis je upacara tu, kami terus ke Insadong untuk mencari makan. Kelaparan!!!!!

Insa-dong
Sebenar-benarnya Insadong ni terletak within walking distance je dari guesthouse kami. Ia merupakan kawasan komersil menjual art & craft yang terkenal. Tapi kat sini slightly mahal berbanding dengan di Namdaemun. So kalau nak beli souvenirs, cari di Namdaemun saja. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Pemuzik jalanan, demo membuat "kkultarae" (Korean honey candy) dan lain-lain. Masa kat sini pun kebetulan ada konsert free. Tapi sebab bukan artis Kpop yang famous, malas aku nak layan. hahaha.
Ahjeossi ni buat concert tengah-tengah jalan! Gile kuat muzik dia pasang
On the way to Insadong. Beg bersepah-sepah dijual
Free concert. Tak layan pun. Kalau BTOB ke, Shinee ke, SNSD ke.. sure tercongok kat situ :P
Ini adalah kon aiskrim ya...
Demo membuat "kkultarae" - honey candy. Sedap kuih ni. Inti kacang
Umat manusia di Insadong
Last-last lupa nak beli stokin ni... =(
Anyway, kami ke sini sebenarnya nak cari makanan. Tapi so far masa jalan-jalan takde pun jumpa kedai-kedai yang meyakinkan. Sehingga mata terpandang satu signboard "Little India Cafe". So kami lunch di sini. Cafe ni menyediakan makanan halal walaupun beer/liquor dijual bagai. Tapi as long as dia serve halal lamb/beef/chicken, tu pun dah cukup baik untuk kami. Interior dalamannya memang menarik dengan segala hiasan bermotifkan India dan Middle-East. Tapi dari segi harga pulak, di sini memang mahal. Aku order lemonade + set nasi putih with mutton curry berharga 21500 won (lebih kurang RM60!!!.. bapak mahal!). Rasanya pulak, memang ala2. Yelah kalau kat Malaysia kita dah biasa makan mamak kan? Curry kat sini mild je rasanya. Jadi, ini adalah kali pertama dan terlast kami makan sini. Hahaha. Tengah-tengah makan tu, terdengar bunyi dentuman gendang bagai di luar jalan. So kami jenguk ke luar tingkap, rupanya tengah ada cultural parade dekat sini. Layankan aje. Unik dan menarik.
Interior Little India Cafe, Insadong
Ciput ni 60 hengget!!!!
Cultural parade di Insa-gil, jalan utama di Insadong
Cheonggyecheon Stream
Selepas makan di Insa-dong, kami singgah di Cheonggyecheon Stream sebelum menuju ke Dongdaemun. Cheonggyecheon Stream ni adalah kawasan rekreasi yang terletak di downtown Seoul. Dulunya, sungai ni sangat tercemar tapi setelah dibangunkan, ia menjadi tarikan pelancongan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Dalam erti kata lain, tempat lepak warga kota selepas habis kerja selain tempat bercengkerama pasangan-pasangan muda serta port untuk makcik-makcik tua berkumpul dan bergossip. Masa lalu tu, siap ada this group of elderly people sedang buat small concert nyanyi sesama mereka. Kau hado???? Anyway, memang tenang berada kat sini. Dah la airnya bersih dan jernih (boleh nampak ikan semua), banyak pokok-pokok pula tu. Saujana mata memandang! Dan aku cuba bayangkan kalau Sungai Klang/Gombak or Sungai Segget kat JB tu jadi macam ni.. bukan ke bagus! 
Ramai umat di sini sebenarnya
Sungai Segget jadi camni, aku cium tapak kaki Pak Ghani! :P
Lepak bawah jambatan pun boleyyyy...
Ini goreng pun sodap!!!!
Kat sini kami menyusuri sungai ni sepanjang beberapa kilometer (tak ingat berapa km tapi apa yang pasti, kaki memang na tercabut!!) untuk sampai ke Dongdaemun, tempat membeli-belah pakaian yang terkenal di Seoul.

Dongdaemun
Dongdaemun adalah district yang terkenal untuk shopping pakaian, fabrik, leather, kasut, aksesori dan macam-macam lagi lah. Selain daripada market, kat sini pun banyak mall yang menawarkan barang-barang berkenaan. Tapi masa kami pergi kat Pyonghwa Clothing Market tu, macam dah nak tutup. Pastu barangan yang dijual semuanya dalam bulk/borong. Dari segi design pulak, aku tak berapa suka sebab ni lebih kepada fesyen pakcik-pakcik!! I kan masih remaja Kpop lagik! Hahaha. So memang aku tak beli apa pun kat sini. Maybe sebab dah petang dan dah nak tutup, so tak dapat nak usha apa benda sangat pun. Tapi kata orang kat sini kalau nak shopping brooch, comforter set, fabric memang terbaik lah! Masa last day sebelum balik tu, Ajie ada beli comforter kat sini. Memang lembut fabricnya. Kat Malaysia takde kot. Harganya 60,000 won (lebih kurang RM168.00). Puas hati sebab memang berkualiti. So, kepada makcik-makcik yang kaki shopping kain, langsir dan keronsang bagai.. ini adalah syurga anda!

Namdaemun Market
Namdaemun Market adalah traditional market yang terbesar di Seoul. Macam-macam ada kat sini. Like Petaling Street kat KL. Makanan, pakaian, kasut, beg, souvernirs.. dan macam-macam lagi. Memang sesak kat sini. First thing yang kami buat kat sini adalah membeli dan membaham honey dew... Omaigaddddd!!! Buah honey dew nya sangat manissssss dan very der juicy!!! 34 tahun dok Malaysia memang tak pernah jumpa honey dew selazat itu. Aku tak ingat baper aku bedal masa first time datang tu.. Sebelum balik Malaysia pun singgah lagi sini semata-mata dan jamu buah ni sampai kenyang! Hahaha.
Itu honeydew sangat lazat!!!
Street food - mampu pandang je la..
Barang kat sini boleh tahan harganya dan boleh tawar-menawar. Aku just beli kasut dengan "Uncle Gangnam Style" tu (setelah disaiko oleh bebudak ni suruh beli sebab designnya menarik), selain dari sweater dan t-shirt. Tak lupa juga dried seaweed serta souvenirs untuk kengkawan di Malaysia. Like I said, souvenirs kat sini memang lebih murah berbanding di Insadong. So, kalau nak borong souvenirs, carilah kat Namdaemun Market ni. 
Bersesakkan di Namdaemun Market ni
Uncle Gangnam ni memula nampak ganas. Tapi pak lawak sebenarnya!
Si penjual kkultarae - "Satu, dua, tiga... bla bla bla... Aku cinta kamu!" Pandai la kau!
Shopping souvenirs kat kedai auntie ni.. dpt free gift lagi
 
Read More

Avon Walk 2012

Ini adalah post yang super ketinggalan setelah 2 bulan! Namun disebabkan ada permintaan daripada Pizli dulu.. aku gigihkan diri untuk tulis gaks.. Hahahaha..

Anyway, ini adalah 2nd charity walk yang dianjurkan oleh Avon sempena Kempen Memerangi Kanser Payudara yang aku join untuk memberi sokongan kepada client aku ni. Event ni berlangsung pada 23 September 2012 bertempat di Dataran Putrajaya. Kalau walk yang sebelum ni aku just join sebagai participant je, but kali ni aku diminta oleh Wani, one of the commitee untuk menjadi volunteer memakai superhero costume. Maka secara tidak langsung aku telah menjadi "Venom" pada hari itu.. Frankly speaking, costume ni punya la panas yang mana aku rasa seolah-olah berada di sauna!

Kumpulan sorak katanya..
Tu diahh... semangat nak mulakan walk.
Me & my besties!
Comel Nisya dengan clown2nya.
Berlenggang Mak Limah ke garisan penamat.
Apapun yang penting pada haritu aku sangat enjoy sebab selain dapat memberi sokongan pada Avon, aku juga dapat bersosialan dengan teman-teman rapat aku yang tersayang. Time kasih korang sebab support beli tiket dan join walk ini. Saya sayang anda semua!!! Ahakssss...
Eh.. eh.. Masuk Kosmo plak! Thank abe Mezah.. :P
  P/S: All photos credited to Usezz.
Read More

Tuesday, October 23, 2012

Thursday, September 20, 2012

2 hari lagi...

Tinggal 2 hari je lagi sebelum bermula AVON Walk di Putrajaya pada hari Ahad ni. Aku sangat teruja sebab selain dapat membantu menyokong aktiviti client aku ni, yang paling penting dapat bersama-sama dengan teman-teman rapat beriadah pada hujung minggu. Dah lama juga rumah aku tak jadi port lepak dan masak-masak sejak masing-masing busy dengan kerjaya dan aktiviti peribadi. So kesimpulannya, aku sangat teruja!

Oh! By the way, my middle name now is VENOM! :-P

Read More

Wednesday, September 12, 2012

Bersama Kawan-Kawan Yang Kita Suka!

Minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic dari segi kerja dan juga social life. Berulang-alik ke PJ, Kajang dan Ampang dengan selambanya. Selain dari menghilangkan kebosanan hidup keseorangan di rumah.

Awal minggu dimulakan dengan launching event produk syarikat untuk wanita itu yang diadakan di DoubleTree Hilton, Ampang. Yang mana malam sebelumnya aku tumpang bermalam di rumah Encik Vampire demi mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke lokasi tersebut. Faham-faham je la KL kan.. dah la kena ada kat sana pagi to make sure video aku tu okay. Setiap kali event, aku mesti nervous, takut je kalau tetiba av buat hal. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku berada di majlis pelancaran tu dari pagi tolong setup apa yang patut hinggalah ke petang sampai habis majlis dari kemas dewan sampai la menangkap ikan-ikan "props" di dalam balang.  Seronok tolong mereka yang terlibat tu buat kerja. Sebagai client utama aku, memang aku takkan miss apa-apa acara/majlis yang diorang anjurkan. Selain memberi sokongan, aku dah rasa diorang part of my life pun.
Neelofa dengan lipstick terbaru Avon, UCR Brilliance
Habis event dalam jam 6 lebih tu terus pergi ke rumah Rubie, last minit call kata nak buat makan-makan. Memang ngam la timing sebab aku tersangkut 2 jam dalam traffic jam gara-gara pulang time peak hour plus hari pula hujan lebat. Lepak rumah Rubie, makan-makan sampai mata lebam then terus balik rumah.
Saya bz mengupload pic event tu selain meregisterkan account twitter utk yayang saya yg ketinggalan zaman itu
Esoknya lepas habis kerja, aku fetch Scabbers dinner kat Q-Thai yang dekat dengan rumah Mezah. Selain tujuan utama nak suruh dia ajarkan jalan macamana nak ke rumah dia. Seriously aku memang tak ingat! So bila dah tunjukkan tu.. dekat giler rupanya ngan rumah Mezah. Sorry la nak.. pakcik baru tahu... :P Oh! By the way, makan bbq kat Q-Thai ni 2 hari berturut-turut ya.. Sebab aku rasa sedap kuah tomyamnya selain dari harganya yang murah (RM27 per person, makan sampai pengsan!). Lepas dinner tu melepak kat Dene ngan Mezah and the gang. Tengah lepak-lepak, tup-tup dapat berita si artis tu kakinya terpeleot masa 1st show teaternya. Kasehan. So, malam tu jugak mencari tukang urut untuk buat apa yang patut nak memulihkan kakinya. Ada 4 malam lagi tu shownya. Malam tu Mezah jadi nenek merbok, tumbuk halia ngan bawang putih untuk balut kakinya yang cedera tu. Tak kurang pun sebenarnya dengan mengurut tu. The next day dapat tahu dia pergi klinik dan Alhamdulillah, bertambah elok. Muscle or ligamen koyak kot. Macam aku kena dulu masa tergelincir tangga kat Gua Tempurung. Sakit wooo.. Apapun, aku memang respect kat retis ni.. Kuat semangat dan gigih. Kalau aku dengan sakit camtu, tak tahu la macamana nak fokus.
Main amik je.. apa pun tatau! Hahaha
Kasehan! Cedera di hari pertama show...
Anyway, the next day plak, date ngan mat saleh celup si Aike yang tahun ni balik beraya di Malaysia. Last aku jumpa dia 4 tahun yang lepas. Dia ni ex-coursemate aku masa study architecture kat UTM dulu. Now dah bermastautin di Texas, US. Dah lama tak jumpa, macam-macam cerita keluar. Nak makan pun, dalam banyak-banyak benda, nasi lemak ngan cendol yang dicarinya. Tapi bukanlah yang terbaik pun sebab kat One Utama je kot. Kalau ada extra time tu leh gak bawak makan kat luar. Lepas makan, sempat layan karok 2 jam kat Neway. Aku dah masuk 4 bulan tak berkaraoke. Tapi seriously sakit hati pergi kat Neway ni. Lagu aku nak semua takde! Sikit gila lagu Melayu. Memang tak la kan aku nak pergi sini lagi.
 
Nasi lemak juga menjadi pilihan!
Hari esoknya, di Ampang lagi. Q-Thai untuk kali kedua. This time Mezah join skali. Pastu melepak kat Dene lagi sampai kul 3 pagi. Then Mezah angkut aku, Lokman ngan Shafek pergi kedai magazine kat Bukit Bintang yang bukak 24 jam tu. Sempat sambar beberapa buah buku yang murah harganya. Then pusing-pusing KL sampai dinihari. Balik rumah Mezah terus blackout! Sedar at 7 a.m, mandi dan terus siap, tengok si Vampire terbungkang lagi. So aku pun sambung tido. At 10 am kejut gak mamat ni sebab dah janji nak breakfast sama pagi tu. Kesian okay tengok pontianak kena bangun pagi! Hahaha... Azab!!!!
Q-Thai lagii.. Dan orang itu pakai baju terbalik ya... :P
Hari Sabtu tu plak, Scabs ajak pergi rumah Dahlia. So aku pun join la. Luckily Amir, ex-IMU colleague kami yang drive. Both of us memang tak tahu macamana nak pergi rumah Dahlia kat Sungai Buloh tu.

Sunday nite plak, kami pergi ke teater "Kawan-Kawan Yang Kita Suka" kat DBP. Aku ajak Scabbers skali. Aike pun aku ajak juga but last minute cancel sebab dia kena pergi somewhere memandangkan the next day tu dia dah nak balik US. And since Shafek berlakon skali, so why not support kawan-kawan kan... Rasanya berapa kali je aku tengok teater. Tapi seriously this teater jalan ceritanya memang menarik. Endingnya ada scene yang membuatkan aku sebak.. tapi control la kan.. Mezah bagitau front row kami, yang pompuan2 menangis okayyy! Yess lah.. sangat berjaya! Anyway, congrats to Shafek dan semua team KKYKS. Dan yang penting, thanks to Mezah sebab ajak aku tengok teater ni. Tak sia-sia pergi.
 
 
Kenapa aku bantut???!
Demikian coretan aktiviti aku sepanjang minggu lepas. Penat tapi I had lots of fun! Terima kasih kengkawan!

p/s: This week pun bz gaks.. ada janji dicapati dengan makhluk yg dah nak ke UK tu. Mau pegi ke Pustaka P. Ramlee katanya...
Read More