Sebenarnya ini adalah post yang dah lama terperap yang aku lupa nak update. Hahaha.. Walhal, ni adalah antara restoran kegemaran aku. Okay, malas merapu sangat.. mari aku ceritakan pasal restoran ni.
Rumah Makan Cibiuk yang dibuka pada Oktober 2012 ni merupakan satu-satuya cawangan Cibiuk di Malaysia yang menawarkan masakan Indonesia/Sunda. Kalau di Bandung dan daerah lain di Indonesia memang banyak cawangan. Ia terletak di Taman Putra Kajang, Bangi. Bersebelahan dengan Tol Silk Sg. Ramal. Dulu, masa aku duduk kat Kajang, pergi balik kerja memang nampak restoran ni tepi highway. Nama pun unik.. CIBIUK.. so aku rasa mesti ada something yang unik kat situ. Sebab aku memang suka makanan Indonesia especially Sundanese food sebab pedas. Dan bila nak makan, mesti pergi Ayam Penyet AP ataupun Wong Solo kat town Kajang tu. Then, bila satu hari berkesempatan singgah kat situ.. terus jatuh cinta! Sebab apa? Sebab aku memang hantu makanan pedas dan di sini memang sangat menepati citarasa aku! And since then, jadilah aku pengunjung setia Cibiuk, dari aku dok Kajang sampailah dah berpindah ke Bangsar ni. Dan dari Yasmin (isteri owner) baru beranak satu dan la ni nak masuk dua dah. Alhamdulillah rezeki namanya tu.
Nak makan kat dining table atau di lesehan? Sukati lah..
Ruang makan di Cibiuk ni besar dan selesa. Pengunjung boleh memilih untuk menikmati makanan di dining table ataupun duduk di lesehan dan makan bersila. And kalau jenis duduk makan bersila ni.. memang confirmlah kalau lepas kenyang makan, korang akan berat punggung nak bangun dan berkemungkinan tersadai di situ untuk beberapa seketika. Hahaha. And dulu, aku dengan Rubie selalu lepak kat sini dari balik kerja
sampailah staff-staff kat sini dah angkat kerusi naikkan atas meja.
Hahaha.. punyalah leka melepak sambil minum teh tarik. Dan sampai si
Hassan, one of the waiters kat tu dah kenal dah muka ni dan tahu apa aku
nak order. Hehe. Aku pun selalu introduce restoran ni kat member-member
aku dan Alhamdulillah mereka semua suka dan kadang-kadang repeat datang
ke sini untuk menikmati hidangan di Cibiuk ni.
Sayur celur dan pilihan sambel-sambel yang lazat dan pedas!
Okay, seperti sedia maklum, Cibiuk menghidangkan makanan Sunda yang sangat lazat. Bagi penggemar masakan pedas, bestnya di sini ialah di dalam restoran ni terdapat sebuah "booth" di panggil Rumah Sambel. Di Rumah Sambel ni, pengunjung boleh mengambil pelbagai jenis sambal yang sudah tentunya yang maha pedas dengan aneka rasa.
Ohhh.. ini feveret aku! Sambel dengan campuran tempe dan cekur.
And my favorite will always be sambal yang dicampurkan dengan tempe dan cekur tu. Unik dan lazat rasanya. Selain tu, kita boleh ambil pelbagai sayuran yang dicelur untuk dimakan bersama sambel antaranya peria, kacang panjang dan carrot. Sambal dan sayur celur kat sini adalah PERCUMA dan sukati koranglah nak ambil atau repeat banyak mana. Tapi janganlah sampai membazir pulak ya.
Set Nasi Liwet Kastrol. Hati-hati dengan cili tu. Yang tak kuat pedas, kalau tergigit tu.. boleh putus nyawa. Hehe.
Dari segi menu makanan pula, aku paling suka Nasi Liwet (bukan liwat ya!). Nasi ni didatangkan sama ada secara ala carte dalam bungkusan daun pisang ataupun sekali dengan set. Rasanya sedap walaupun makan camtu je sebab ia dimasak dengan ramuan herba, bawang goreng serta diletakkan beberapa batang cili padi. So.. hati-hati makan ya! Bimbang yang tak kuat pedas tu, kot la tergigit nanti menggelupur kepedasan.
Nasi Liwet ala carte dengan hidangan lain.
Set Nasi Liwet Kastrol Ayam Bakar untuk 2 orang.
Selain nasi liwet, menu yang aku selalu repeat order adalah Sambal Udang Petai (kadang-kadang kalau takde petai, derang gantikan dengan jering.. dua-dua sedap!), Cumi atau Sotong Goreng Crispy, Sup Iga (Sup Tulang), Talapia Goreng Cobek/Pedas dan Ayam Bakar. Kesemuanya sedap!
Talapia Goreng Cobek/Pedas.
Sambal Udang Petai yang lazat. Kalau makan ni dengan kuah-kuah licin aku kerjakan.
Dan menu lain yang aku pernah order juga antaranya Set Sate, Kepala Ikan Gurame Goreng Cobek Kicap (special sikit sebab masa order tu ikan jenis ni yang ada untuk menggantikan Talapia.. bapak besar ikan dia.. kami siap tapau bawak balik sebab takdan nak menghabiskan), sayuran goreng dan lain-lain lagi. Banyak pilihan kat sini but yang aku selalu repeat order tu la.. lima yang pertama aku sebut tadi.
Sup Iga/Tulang dengan daging yang sangat lembut dan ditabur dengan keropok belinjau.
Cumi/Sotong Goreng Crispy. Memang rangup pun.
Di samping tu, korang juga boleh order set tahu dan tempe goreng yang boleh dimakan bersama sambel-sambel itu.. dan yang paling ngam sudah tentulah kalau makan dengan sambal kicap.
Dari segi minuman, memang banyak pilihan. Yang paling aku suka sudah tentu teh tariknya, air jeruk (jus limau yang diletakkan jeruk limau kasturi.. very refreshing!), jus alpukat dan trademark kalau minum kat Indonesia.. Teh Botol Sosro!
Teh tarik feveret. Dulu dalam gelas. La ni dah ada cawan besar ni.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, aku paling suka Banana Cheese. Pisang yang disalut dengan tepung/breadcrumb yang digoreng garing, kemudian diletakkkan parutan keju yang banyak dan sos strawberi dan chocolate. Memang terbaik! And pavlovanya pun not bad. Tak berapa manis.
Banana Cheese - multiple orgasm!
Selain set makanan ni, di Cibiuk ni juga terdapat stall yang menjual Bakso.. aku baca review katanya sedap. Tapi aku tataulah.. tak try lagi. Tapi aku yakin memang sedap. Kat sini apa je yang tak sedap. Cukup segala rasa. Masam, manis, masin.. semua seimbang. And pedas tu sudah semestinya.
Waroeng Baso.. ada jual bakso, mee bakso, batagor dan macam-macam lagi.
Dari segi kemudahan, Rumah Makan Cibiuk juga menyediakan surau untuk para pengunjung menunaikan solat serta wifi percuma.
Dan dari segi harga pula, aku rasa sangat berpatutan. Senang cakap, aku cukup puas hati dengan apa yang aku bayar untuk menikmati makanan di sini.
So, bagi yang ingin mencuba, di bawah ni aku sertakan lokasinya. Serious once korang dah try, korang memang aku berpuas hati.
Selamat menjamu selera!
p/s: Yasmin, mohon kurniakan saya membership seumur hidup dengan potongan diskaun setiap kali makan. Hahaha. :P
Pulp is Papa Palheta's flagship store in Malaysia. This store resides within the premises of Art Printing Works, a historical printing plant which still functions since 1965 in Bangsar, Kuala Lumpur. Pulp supplies coffee equipment and roasted beans both at retail and commercial level. It is equipped with a cupping room, a service workshop and a cafe which serves coffee and pastries.
Semalam selepas aku, Erol dan Bai had our breakfast kat Restoran Puteri TTDI, kami merayap untuk mencari tempat untuk coffee session. All these while, sejak kat Bangsar ni, memang takde tempat lain lah.. balik-balik Chawan, Starbucks atau Tous les Jours. So, kekadang naik bosan gak. So, aku suggest kat Bai this one place called Pulp Cafe yang aku terbaca review somewhere on the internet yang bagitau this is one of the best cafes yang menghidangkan coffee terbaik in town. Aku cuma tau dia terletak di Jalan Riong, Bangsar. But exact location tak pasti. Jadi.. apalagi... Google Map lah!
Tak susah pun nak jumpa. Terletak dalam kawasan NSTP, bangunan cafe ni
pada asalnya adalah sebuah kilang mencetak dan storehouse yang lama.
Tapi, mula-mula tu macam tak sure juga sebab dari segi exteriornya, kalau sekali imbas macam part of the industrial area je. Tambahan pula, masa kami datang tu, orang tak ramai. Katanya, tempat ni baru beroperasi beberapa bulan. So, ramai yang tak tahu lagi kot.
Untuk pengetahuan korang, Pulp Cafe ini adalah antara rangkaian coffee boutiques Papa Palheta dari Singapura. Dan dari segi interiornya pula, konsep industrialnya itu memang menyerlah. Tengok je la mesin printing or cutting lama kat bawah yang besar tu. Sengaja dibiarkan di situ sebagai part of the interior design.
Pulp menawarkan minuman berasaskan kopi antaranya espresso, brewed coffee, hand-brewed coffee dan lain-lain. Kalau nak yang fancy-fancy like caramel macchiato tu takde lah. Selain daripada coffee, ada juga disediakan teh, hot choccolate, fresh juices dan sebagainya. Kalau nak beli kopi yang dah disiap pack pun ada.
Selain daripada minuman, terdapat juga pelbagai pilihan pastries antaranya carrot cake, walnut brownies, chocolate truffle cake, brit bonkers. chicken pie dan lain-lain. Dan tak lupa juga ada dijual cenderahati seperti shirts dan tote bags kat sini. Kalau berminat, boleh lah beli.
Apa yang aku suka kat sini adalah suasananya. Sangat cosy dan sesuai untuk melepak dengan kawan-kawan sambil minum kopi. Tapi, waktu operasi tempat ni agak limited. So, kalau nak melepak sampai larut malam memang tak dapat la. Weekdays pun until 7pm dan weekend sampai pukul 10pm je.
Anyway, selepas ni aku dah ada satu lagi option kalau nak melepak dengan gadis-gadis aku tu. Takde lah derang bosan, balik-balik tempat yang sama. Hehehe.
Jadi, bagi sesiapa yang nak pergi, itu map dan lokasinya.
Time tengah melangut camni lah kepala otak aku melayang berangan pergi travel ke sana ke mari, Ni antara lokasi yang aku teringin nak pergi... Florence dan Tuscany di Italy. Berangan nak pergi Tuscany ni pun selepas tengok filem Letters to Juliet dulu yang banyak shoot di Siena, Tuscany. Bagi aku tempatnya sangat romantik.
Aku dah usha tour package ke sana. Range antara RM5,000 ke RM9,000... depends pada duration and destination. Aku kalau pergi jauh-jauh ke Europe nun, memang malas nak study sangat. Biarlah orang arrangekan. Kalau setakat negara-negara Asia ni okay la kot.
Vineyards in Tuscany, Italy
So, kalau dah nak sangat pergi tu, nampak gayanya kena start memenuhkan dana travel aku la. Kena skip few trips untuk merealisasikan trip ke sini. Ye lah.. aku bukannya kaya pun. Kalau asyik ke Seoul je.. bila zaman nak ke tempat lain. Kan? Tapi Seoul tu macam wajib je pergi tiap-tiap tahun.. Kampung katanya.. hahaha
La ni kecoh pasal isu "I Want To Touch A Dog" tu. Aku malas nak komen panjang sangat. Cuma pada aku kalau pun kau nak buat event yang sudah pasti akan mencetuskan kontroversi, tak payah lah nak buat kat public. Nak sentuh anjing ke.. babi ke.. tenuk ke.. kalau benda tu di luar budaya atau adab kita, buat je la secara tertutup. Tak payah nak tunjuk satu dunia kau tu lain dari kebiasaan and at the same time rasa diri orang lain akan terima keterbukaan ko tu. Nama pun hidup bermasyarakat.. tambah pula di kelilingi dengan orang Melayu Islam yang cukup sensitif bab-bab macam ni. So, kena lah peka sikit.
Dan hormatilah pendapat alim ulamak juga. Kalau takde mereka, memang hanyutlah masyarakat kita. Entahlah.. personally, aku tak nampak apa kebaikan event tu. Kalau setakat nak hilangkan rasa takut orang Islam terhadap anjing.. takde la sangat. Aku nampak anjing lalu sebelah okay je. Bukanlah takut.. cuma risau entah basah ke kering dan jika terkena najis dan satu kerja nak sertu bagai. Tu je la. Dan kalau rasa nak jadikan binatang tu sebagai pet.. memang tak lah. Banyak lagi bintang lain kan.. Diri sendiri la ni dah bergelumang dengan dosa.. tak sanggup dah nak tambah lagi rasanya.
Entah la.. aku tak faham dengan pemikiran orang sekarang. Cakap banyak pun tak boleh. Sebab kita ni bukan baik manapun. Huhuhu.. So, pendapat aku, kalau dah majority alim ulamak dah keluarkan pendapat tu.. hormatilah. Kalau bukan golongan ni nak membimbing kita yang jahil ni.. nak harapkan siapa lagi.