#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, February 20, 2016

Japan Winter 2016 Part III


Di bawah ni aku kongsikan itinerary dengan rough budget aku untuk trip ke Japan ni selama 8 hari 7 malam di tiga lokasi iaitu Tokyo, Yamagata, Kyoto dan Odawara.

1.  Return Flight
      • KL-HND: Date: 23/01/2016 2.40 pm - 10.30 pm
      • HND-KL: Date: 30/01/2016 11.45 pm - 6.30 am (31/01/2016)
RM 570.00

2.  Baggage (20kg x 2) & Insurance
RM 278.00

3.  Accomodations **for 2 pax
     a. Tokyo (2 nights)
          Flexstay Inn Shirogane
          5-10-15, Shirogane, Minato-ku Tokyo Tokyo-to 108-0072
RM 651.59
     b. Yamagata (2 nights)
          APA Hotel Yamagata-Ekimaeodori
          4-1-8 Toka-machi Yamagata Yamagata-ken 990-0031
RM 370.85
     c. Kyoto (2 nights)
          Ibis Styles Kyoto Station
          47 Higashikujo Kamitonoda-cho Minami-ku Kyoto Kyoto-fu 601-8002
RM 578.57
     d. Tokyo - Haneda (1 night)
          Hotel MyStays Haneda
RM 355.57

4.  Transportation
     • JR Rail Pass 7 days : USD 233 per person (including delivery + map purchase)
RM 1,003.00

5.  Meal
     • Estimated RM100.00 per day x 8 days
RM 800.00

Day 1 (Saturday) : Kuala Lumpur - Tokyo

2.40 pm – 10.30 pm (7 hours)
     • Kuala Lumpur  – Haneda Airport

12.00 am
     • Check-in Flexstay Inn, Shirogane
     • Rest

Day 2 (Sunday) : Tokyo

9.00 am – 6.00 pm
     • Breakfast at the hotel (own meal)
     • Exchanging JR Rail Pass @Shibuya Station
     • Shibuya :  Shibuya crossing, Hachiko statue, mall, shopping
     • Harajuku : Takeshita Street, shopping, crepe stall, Cosplayers on Sunday, lunch
     • Meiji Shrine : Shinto Shrine, Yoyogi Park

6.00 pm -  9.30 pm
     • Shinjuku : Shinjuku Gyeon (Park), Shopping, coffee shop
     • Roppongi: Tokyo Tower, Hard Rock Café, Tokyo Metropolitan Government building, dinner

10.30 pm
     • Back to hotel and rest

Day 3 (Monday) : Tokyo - Yamagata

9.30 am
     • Check-out hotel Flexstay Inn Shirogane

2.00 pm – 5.00 pm
     • Tokyo Station – Yamagata Station (2 hours 45 minutes)
     • Lunch on train

5.00 pm – 10.00 pm
     • Check-in APA Hotel Yamagata
     • Free and easy: dinner & night walk around Yamagata city e.g Kajo Park
     • Back to hotel and rest

Day 4 (Tuesday) : Yamagata

7.00 am
     • Breakfast at hotel (included)

7.40 am – 8.30 am
     • Bus ride from Yamagata Station – Zao Onsen Bus Terminal
     • 40 minutes journey
     • Return ticket including Zao Ropeway
¥3100 (RM 116.25)
9.00 am – 2.00 pm
     • Zao Ropeway & snow monsters, lunch

2.00 pm – 4.00 pm
     • Skiing (half day equipment rental)
¥3100 (RM 116.25)
5.00 pm – 6.00 pm
     • Zao Onsen Bus Terminal – Yamagata Station

7.00 pm – 10.00 pm
     • Dinner
     • Back to hotel and rest

Day 5 (Wednesday) : Yamagata - Kyoto

7.00 am
     • Breakfast & check-out APA Hotel Yamagata

9.00 am – 2.45 pm
     • Yamagata St. – Tokyo St. - Kyoto St.

3.00 pm – 10.00 pm
     • Check-in Ibis Style Kyoto Station
     • Free and easy: dinner, shopping at nearby shopping mall
     • Back to hotel and rest

Day 6 (Thursday) : Kyoto

8.00 am
     • Breakfast at hotel

9.00 am – 8.00 pm
     • Arashiyama Bamboo Forest
     • Nijo Castle
Entrance fee: ¥600 (RM 22.50)
     • Gion district: Geisha, Shirakawa Minami Dori

8.30 pm – 10.00 pm
     • Dinner, shopping
     • Back to hotel & rest

Other places of intererest:
     • Tenryu-ji : Temple of the Sky Dragon, Unesco World Heritage Site
     • Adashino Nenbustu-ji: 8000 Buddha statue with different faces
     • Fushimi-inari Shrine: Thousand gates shrine
     • Kiyomizu-dera : 8th Century Temple

If you have more time you could add Ginkaku-ji (Silver Pavillion + Garden) and Kinkakuji (Golden Pavillion) on your itinerary. In Kyoto, it is more convenient to travel via bus rather than train because. Even though it took longer travel time but they have bus stop in every corner of the city (most of them very near with the tourism spots) and you can hop on to the bus unlimited time with the daily pass that cost only 500 yen.

Day 7 (Friday) : Kyoto – Odawara - Tokyo

9.00 am 
     • Breakfast at hotel & check-out Ibis Style Kyoto Station

10.30 am – 12.30 pm
     • Kyoto Station – Odawara Station
     • Luggage drop at station locker / mall info counter
¥500 (RM 18.75)
     • Hakone Pass purchase (limited)
¥1,750 (RM 65.00)
2.15 pm – 3.15 pm
     • Odawara Station - Hakonemachii

3.30 pm – 4.30 pm
     • Lake Ashi (Mount Fuji) sightseeing cruise
¥1,840 (RM 79.00)
5.00 pm – 8.00 pm
     • Hakonemachii – Odawara Station
     • Dinner

8.30 pm – 9.30 pm
     • Check-in Mystays Hotel, Haneda & rest

You need at least one or two days to explore Hakone. If you have limited time, just purchase limited pass only. No need purchase 2-days or 3-days pass. 

Other places of intererest:
     • Odawara Castle, Gotemba Premium Outlets

Day 8 (Saturday) : Tokyo - Kuala Lumpur

8.00 am
     • Check-out Mystays Hotel Haneda
     • Leave luggage at reception

10.00 am – 7.00 pm
     • Asakusa: breakfast, Sensoji Temple, Nakamise Shopping Street, Tokyo Sky Tree, sightseeing of old Tokyo, lunch
     • Akihabara : Electronic District, Manga Shop, Maid Cafe, Gundam café, Yodobashi

8.00 pm – 11.00 pm
     • Pick-up luggage at hotel
     • Haneda Airport, check-in & dinner

11.30 pm – 6.30 pm
     • Haneda Airport - KLIA2

Other places of interest:
     • Ueno Park : One of the largest park in Tokyo, beautiful lake, baseball field
     • Tokyo Imperial Palace: Park, Palace
     • Odaiba : Real Size Gundam, Shopping Mall

ESTIMATED COST 
Flight ticket, baggage, insurance, accommodations & JR Rail Pass
RM 3,807.58
Meal, Zao Onsen Bus, Hakone Pass, Lake Ashi cruise, entrance fee, ski rental
RM 1,217.75
(Budget : RM 3,000.00) - (RM 1,217.75) - (Balance in KL : RM 500.00)
     • Other expenses e.g non-JR Line & shopping
RM 1,282.25

RM 6,307.58
per person

Note:
  1. Yang di atas tu adalah budget aku secara kasar.
  2. Exchange rate time aku pergi Yen ke RM adalah 0.0375.
  3. Those yang aku list dalam "Other places of interest" tu sebenarnya ada dalam itinerary, tapi aku tak sempat nak cover atas kesuntukan masa, kekangan cuaca atau malas sebab kepenatan.
Read More

Sunday, February 14, 2016

Snow Monsters @Yamagata

Pemandangan dari cafe di Jizo Sancho Station
Hi semua! Selamat berhujung minggu. Baru minggu ni la dapat bernafas sedikit sebab for the past few weeks sibuk kemain lagi-lagi lepas balik dari Japan hujung bulan January yang lepas. Nak update blog pun tak sempat! Anyway, walaupun sebenarnya ada kerja yang sedang menanti ni, tapi aku nak curi sedikit masa update blog pasal trip Japan hari tu. Bukan pasal keseluruhan trip tu, tapi berkenaan dengan Zao Onsen, Yamagata yang kami pergi tu. Kiranya, satu wishlist aku dah checked untuk tahun ni.

Okay.. kalau korang ada baca post aku yang lepas-lepas, aku ada brief sedikit pasal Zao Onsen. Boleh refer link ni:


So, selepas discover berkenaan dengan snow monsters tu, aku decided untuk masukkannya dalam itinerary trip Japan aku. Mula-mula risau juga, boleh ke tak nak sampai ni. Memandangkan aku memang totally zero knowledge pasal Japan, lagi-lagi la public transportation mereka. Kalau Seoul tu memang celah gigi je. Hahaha. Dan, apabila sampai masa berada di sana, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Takde la susah sangat pun. Cuma train systemnya memang ya ampun berselirat macam penampilan Dato. Vida! Hahaha.. Okay.. mari aku ceritakan sedikit pasal Zao Onsen ni.


APA ITU ZAO ONSEN? 
Zao Onsen ialah salah sebuah ski resort terkenal yang terletak di kawasan pergunungan Zao, di dalam wilayah Yamagata, Japan. Ia terkenal di kalangan pelancong tempatan dan pemain ski/snowboarding. Kalau rakyat marhaen macam kita ni lebih tahu tentang Hokkaido, Sapporo, Gala Yuzawa dan lain-lain tempat yang lebih commercial. In fact, masa aku datang, muka-muka orang luar boleh dikira. Lain semua penuh dengan warga tempatan.

Bandar Zao
APA YANG ADA ZAO ONSEN?
Seperti namanya "onsen" yang bermaksud hotsprings, di Zao Onsen terdapat beberapa buah kolam air panas untuk pengunjung yang datang ke sini. Selain boleh melakukan aktiviti ski dan snowboarding, di sini terdapat satu fenomena semulajadi yang dikenali sebagai "juhyo" atau snow monsters. Snow mosters ni merupakan pokok-pokok yang diselaputi salji tebal disebabkan oleh angin basah dan sejuk yang ekstrim dari Siberia. Formation juhyo ni bermula pada December, dan mencapai kemuncak bentuknya yang besar pada February dan kembali mengecil menjelang Mac. Juhyo hanya ditemui di pergunungan Zao dan beberapa tempat lain di Jepun. Ia tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia ini.

"Juhyo" atau snow monsters di Zao Onsen
Aliran air panas semulajadi di sekitar bandar Zao ni.
BAGAIMANA KE ZAO ONSEN?
In my case, aku ke Yamagata dengan menaiki JR Line Shinkansen dari Tokyo Station ke Yamagata Station. JP Pass aku dah beli siap-siap melalui online semasa di Malaysia. Harga JR Pass sangat mahal (USD230 atau sekitar RM1000 lebih untuk 7 days pass). Berbaloi beli ni kalau hendak travel jauh-jauh di Japan sebab harga tiket shinkansen kalau beli secara asing adalah sangat mahal! Otherwise, korang boleh juga beli JR East pass untuk travel di kawasan East Japan menggunakan JR Line. Harga untuk 5-days pass adalah sekitar RM800 lebih. **Note: Menjelang 1 April 2016, JR East akan dibahagikan kepada 2: Tohoku area & Nagano-Niigata area. So, if nak ke Yamagata, beli Tohoku area. 

Aku beli JR Pass di sini. Sangat mudah dan pantas deliverynya:
(Note: Korang takleh terus guna pass ni. Kena tukar dulu di JR kaunter untuk activatekan. Hari pertama dikira starting dari tarikh korang tukar pass ni. Bila dah dapat pass, korang boleh book siap-siap seat Shinkansen pada tarikh korang nak pergi ke mana-mana destinasi). Nantilah aku ceritakan lebih detail dalam post akan datang.

Okay, tu baru cerita bagaimana nak ke Yamagata. Jadi, untuk ke Zao Onsen pula, kita ada pilihan untuk drive menggunakan kereta sewa atau hanya menaiki shuttle bas. Menaiki bas adalah yang paling senang. Bus station terletak di bahagian luar Yamagata Station (YS). Keluar daripada entrance YS, it is on your left. Bas kalau tak silap di Platform 1. Harga tiket bas ke Zao Onsen dari YS ialah 1000 yen, sehala.

Nak lagi mudah, beli je siap-siap package yang dioffer kat situ, in case takde orang offer semasa korang menunggu bas tu. Kedainya terletak berhampiran dengan platform 1 tu. Harga pakej termasuk tiket bas dan tiket cable-car Zao Ropeway (4 section) secara return ialah 3100 yen (lebih kurang RM116.25, rate 0.0375 as per January 2016).

Company yang sediakan pakej ke Zao Onsen terletak kat dalam kedai tu.
Jadual shuttle bus Yamagata-Zao Onsen-Yamagata
Bila dah beli tiket tu, nanti tunjukkan saja pada driver bas semasa turun dan naik. Tiket cable-car perlu ditukar di kaunter cable-car sebelum naik. 

Perjalanan dari YS ke Zao Onsen Bus Terminal mengambil masa kira-kira 40 minit. Apabila sampai di Zao Onsen Bus Terminal, korang kena berjalan kaki sekitar 10 minit untuk ke Zao Ropeway station. Di sini terdapat 2 lagi cable-car iaitu Zao Chuo Rope dan Zao Sky Cable, but di Zao Ropeway inilah korang boleh melihat juhyo atau snow monsters. Nak tahu mana satu Zao Ropeway boleh besarkan map di bawah ni:

Yang aku bulatkan tu ialah Zao Onsen Bus Terminal dan Zao Ropeway. Besarkan untuk lebih jelas.
So, once korang dah tukar tiket cable-car yang sebenar kat kaunter tu, maka bolehlah terus beratur untuk menaiki Zao Ropeway tersebut. Dari station bawah ni, korang mungkin akan bersesak-sesak dengan mereka yang hendak bermain ski/snowboard. Sumbat selagi boleh. But most of them akan turun di Juhyo Kogen Station. Dan station berikutnya, Jizo Sancho Station ni lah korang boleh saksikan juhyo.

CABLE-CAR INFORMATION

Apa yang aku buat hari tu ialah berhenti di Juhyo Kogen seketika untuk bergambar dan melihat pemandangan. Memang superb pemandangan kat sini. Kena datang sendiri untuk saksikan!

Pemandangan di luar Juhyo Kogen Station
Sesudah tu, kami naik ke station paling atas iaitu Jizo Sancho Station. Kali ni cable-car nya kecil sedikit dan lebih selesa. So senanglah nak menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan ni. Speechless dengan viewnya. Dengan setiap inci tanah dan pokok-pokok yang dilitupi salji tebal, semuanya putih bersih, terasa macam dalam mimpi pulak.

Putih bersih suci.. cantiknya!
Jizo Sancho adalah station terakhir bagi Zao Ropeway ni. Di sini terdapat sebuah cafe dengan tingkap yang besar. So, korang boleh menikmati pemandangan snow monsters dari dalam ni sambil menikmati coffee panas (in case tak tahan sejuk kat luar tu). Suhu di sini memang sejuk gilerrrrrrrrrr. Memang takdan nak berjimba sangat kat luar tu. But if korang pakai thermal wear, boleh la tahan gak. Kiranya lebih lama daripada aku berjimba kat Yongpyong tu tanpa memakai pakaian jenis ni.

Aku pergi di penghujung January, so snow monstersnya tak besar sangat. Kalau in February, formationnya memang pada tahap maksimum... so memang besarlah korang boleh saksikan.

Snow monsters yang dilihat dari dalam cafe.
Juhyo yang belum mencapai bentuk yang maksimum.
Di luar Jizo Sancho Station
Masa berjalan di luar kawasan juhyo ni kena berhati-hati juga sebab ada kawasan yang agak dalam yang diliputi dengan salji yang tebal. Tebal sampai ke pangkal peha! Tapi apapun memang best! Something new untuk orang-orang dari kawasan panas macam aku ni. Hehehe.

Winter vacation with them adalah acara tahunan yang wajib!
Suhu sejuk di sini memang agak ekstrim. My friend told me that once dia pergi sana, windchillnya adalah serendah -25°C!!! But masa aku pergi hari tu still boleh tahan lagi. Kalau tak, memang takdenya lah aku nak update blog ni kan? Hehehe.

Bila kabus tebal melanda. Sejuk dia.. toksah cakap lah!
Sepanjang aku berada di kawasan juhyo ni, most of the time suasananya putih kelam disebabkan kabus yang tebal. Sesekali, bila kabus tu hilang dan menampakkan langit yang biru, tunggang-langganglah kami keluar dari cafe untuk mengambil gambar di luar. Tapi kebiruan langitnya bertahan few seconds je. Pastu kelam semula. Ikut nasib koranglah kalau datang sini cuacanya memang baik.

Bila langit cerah untuk seketika.
Bila dah puas hati berjimba di kawasan snow monsters ni, kami menaiki cable-car turun ke Juhyo Kogen Station, station yang di tengah-tengah Zao Ropeway.

On the way turun ke Juhyo Kogen Station.
Pemandangan like I mentioned earlier... memang superb!!! Rasa macam tak nak balik je. Salji dia punyalah tebal.. memang kesukaan aku sangat.

Can you build a snow man? Lalalalala...
Berjaya!
Habibat sebenar aku..
Ada few spots yang menarik sekitar kawasan ni, cuma aku malas nak explore. Mata dan jiwa dah terpana dek pemandangan yang memukau di sekeliling ni.

Loveeeeeeee this place!!!
Can't get enough of this beauty!
Ropeway untuk yang main ski/snowboarding.
Dah puas kat atas ni, kami turun ke bawah, untuk try bermain ski. Peralatan ski di sini disewa dengan kadar 3100 yen seorang untuk separuh hari. Beginner katanya. Main pun kat area-area ni je. Pakcik kedai tu tak bagi naik ke atas memandangkan kami ni semua tak reti apa pun. Hahahaha.. Punah harapan nak naik ropeway untuk ski/snowboarding tu.

Nak pakai kasut pun hazab apatah lagi nak bermain ski.
Br.. br.. bring the boys out!
Gaya mesti ada walaupun skill hauk.
Tapi memang hazab la nak main ski ni. Tobat aku tak nak try dah. Seksa!!! Dah la kasutnya berat. Kalau dah jatuh memang hazab nak bangun lagi-lagi spesis yang tebal macam aku ni. Merana kejap. Akulah yang paling cepat pulangkan peralatan tu. Tak larat nak pakai lama-lama! Hahaha.

Cafe sesuai untuk melepak menghilangkan lelah dan kesejukan.
Derang sibuk berski.. aku pekena hot choc. Nikmat!!!
Sebelum pulang, kami singgah di kedai membeli souvernir di Zao ni. Hampir lima jam kami di sini. Dari matahari tegak sampailah matahari terbenam. Actually korang juga boleh ski pada waktu malam atau melihat illuminated juhyo. Illuminated juhyo boleh disaksikan pada tahun baru, setiap weekend pada bulan January dan setiap malam sepanjang February. Tapi korang kena check what time last cable-car dan bas semua tu dulu ya.

Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di Zao Onsen ni. Cumanya aku tak sempat nak explore sangat. Next time kalau datang, aku plan nak bermalam di sini, try onsen/kolam air panasnya. Kena cari yang private la sebab kalau public onsen kena berbogel. Matilanakkkk!!! Hahahaha. And then nak try pusing-pusing bandar Zao yang comel ni. Lake semua aku tak dan nak visit.

Zao Onsen with them. Unforgetable experience!
Apapun, aku cukup berpuas hati dapat menjejakkan kaki di Zao Onsen ni. New place new experience kata orang. Memang cantik tempat ni dan Insyallah ada rezeki aku akan ke sini.. dan stay lama sikit.

Walaupun baru first time pergi, aku just nak share sedikit tips iaitu bertolak awal. If korang dari Yamagata City, better bergerak awal/ambil bas awal. Sebabnya cuaca di Jepun ni gelap cepat. Kalau korang bergerak lambat or tengahari baru nak gerak, memang sekejap je la dapat enjoy kat atas tu.

So... Zao Onsen, see you next year, Insyallah!
Read More

Sunday, January 10, 2016

Winter in Seoul ~ Dec'15


Hi semua! Hari ni lepas kemas rumah, buat laundry semua.. aku curi sedikit masa untuk update trip ke Seoul aku hujung bulan lalu, December 2015. Memandangkan pada 24 dan 25 December tu ada public holiday (Maulidur Rasul dan Christmas), plus dengan weekend Sabtu dan Ahad, so ada 4 hari cuti di situ. Maka, aku pun decide untuk ke Seoul setelah hampir 11 bulan tak ke sana. Rindu Seoul okayyy! 

Memula trip ni aku plan pergi sorang je sebab Erol pun tengah bersilat dengan exam dan Firr macam sure tak sure nak pergi. But then dia join aku gak beberapa malam sebab dia ada cuti. Dia mana boleh tak pergi Seoul. Gile mamat tu. Hahaha.

Apalah maknanya ke Seoul tanpa chingu aku sorang ni.
Aku pergi pada hari Rabu, 23 December 2015 dengan flight pada jam 1.00 pagi. Thanks to Eric sebab sudi hantarkan aku ke airport. Solo trip je. Melangut la aku beberapa jam kat airport sementara menunggu boarding.

Flight aku berlepas tepat pada jam 1.00 pagi. Tapi tahu je la kan... aku kalau dalam flight bukan boleh tidur pun. Terkebil-kebil je la biji mata. Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang perjalanan dan aku selamat tiba di Incheon pada jam 8.45 pagi waktu tempatan.

Sunrise.. Masyallah cantiknya!
Selesai urusan imigresen, aku topup T-Money siap-siap sebanyak 30,000 won dan terus ambil bas menuju ke Myeongdong. Selepas hampir sejam perjalanan, berhenti di hadapan Sejong Hotel, aku pun heret la beg mendaki bukit pergi ke Namsan Guesthouse. Memula aku pi NGH2 sebab confident ingat book kat situ. Sekali rupanya aku pi book NGH1. Kena la heret bag naik ke atas lagi. Takde la jauh pun jaraknya. seciput je. Tapi sebab kau dah tua dan bag berat pula tu... macam nak hilang nyawa dibuatnya. 

Aku terpaksa book 2 hotel; Namsan Guesthouse dengan Seoul Myeongdong Guesthouse sebab dua-dua guesthouse ni takde slot yang free untuk tarikh sepanjang aku di sini. So, first night di NGH1 dan hari berikutnya di SMGH. Jarak kedua-kedua guesthouse ni dekat je. Aku suka stay area Namsan ni sebab senang nak merayap ke Myeongdong dan naik ke NSeoul Tower.

More info:
Namsan Guesthouse - http://www.namsanguesthouse.com/ 
Seoul Myeongdong House - http://www.omaralattas.com/2016/01/guesthouse-in-seoul.html

Kali ni kat NSeoul Tower ada seekor kingkong yang sedang memanjat.
So, untuk ambil kunci NGH1, aku kena pi ke NGH5 (sebelah menyebelah je) sebab kaunternya di situ. NGH1 ni actually the first Namsan Guesthouse. So abit "tua" la sikit. Tapi biliknya masih selesa. NGH5 ni yang terbaru, the one yang aku stay masa trip aku pada January 2015 hari tu. So, selesai checkin dan ambil kunci semua, aktiviti pertama.. TIDO!!! Hahaha.. Ngantuk gile ya memandangkan aku takleh tido langsung kat atas flight tu. Lagipun sementara nak menunggu Firr sampai sebab dia ambil flight jam 8.00 pagi.. so most probably dia akan sampai di Myeongdong sekitar jam 5.00-6.00 petang camtu.

Lepas bangun, sekitar jam 4.00 lebih, aku merayap ke Myeongdong mencari makanan. Lapaq plak perut. Takmo makan heavy sebab nanti nak dinner ngan Firr. So, aku singgah ke Caffe Pascucci pekena kek dan hot choc. Then, mundar-mandir la di Myeongdong dalam kesejukan.

Melayan jiwa seorang diri.. hahaha.
Penat berjalan, aku melepak di kerusi kat depan Migliore. Tengah-tengah lepak, aku perasan ada satu family Melayu kat situ. Bila dah sorang-sorang ni, tak sangka aku jadi peramah plak menegur. Hahaha. This family dari Bandar Baru Uda JB. Orang kampung den! Terus rancak berborak. Tanya kerja mana, buat apa. bla bla bla. Wife dia cakap ingatkan aku Korean. Wah makcik! Carut aku ke apa.. Mesti dia nak kata aku macam Bangla yang kerja kat sini kan?? Hahaha. So, lama la juga berborak sementara derang nak menunggu tour guidenya sampai. Lepas derang beredar, ada pula this one family Melayu dari Singapore. Pun berborak juga tapi tak lama la sebabnya si Firr dah whatsapp aku yang dia dah sampai di hadapan Namsan Guesthouse.

Lepak di sini sementara menunggu Firr.
So, lepas dah rest sekejap, lebih kurang jam 7.00 petang tu, kami merayap ke Myeongdong untuk dinner. Hajatnya nak pergi ke kedai ahjumma yang jual galchi jorim tu. Lama dah tak pekena. Rindu! Tapi bila sampai kat kedai dia, tengok-tengok kedainya dah takde. Waaaaaa... sedihnya! Beribu batu datang nak pekena asam pedas dia. Firr kata masa last dia pergi hari tu kedainya masih ada lagi. Urmmm.. mesti pindah kot. Takkanlah dah bungkus. Ramai kot yang datang. Anyway, di deret kedai ahjumma tu ada satu kedai yang jual galchi jorim juga. Siap tampal lagi perkataan "ASAM PEDAS, IKAN BAKAR, HALAL". So, okaylah. At least ada juga kedai nak pekena galchi jorim ni. Bila usha-usha pun tengok kedai ni jual seafood je. Takde la nak risau sangat.

Info untuk kedai ni korang boleh refer link di bawah ni:
http://www.omaralattas.com/2016/01/asam-pedas-korea.html

Lepas makan, kami pusing sekitar Myeongdong ni, usha tengok sale mana yang menarik. Umat manusia toksah ceritalah. Ramai nak mati! Dan benda yang wajib aku beli kalau datang time winter ni, tak lain dan tak bukan adalah buah strawberi. Ya ampun... sedapnya! Dah la besar, merah.. manis pulak tu.

Sejenis kemestian bila ke Seoul.
Keesokkan harinya pula, kami ke Hongdae/Hongik University. Mencuci mata melihat baju-baju. But sebelum tu, kami breakfast di Yoogane Dakgalbi, pekena nasi goreng seafood. Pastu barulah menjelajah kawasan ni. Tershopping jugalah kasut dengan baju kat sini. H&M sini kalau time sale memang murah gile. Mana nak dapat jumper/sweatshirt yang harganya sekitar RM30 lebih kat H&M Malaysia tu. kasut New Balance pun camtu. Bila deduct dengan tax refund... murah kot banding ngan kat Malaysia.

Jom ke Hongdae!
Lepas penat berjalan, rehat sebentar di Angel-in-us Cafe, sambil-sambil minum coffee, sempat jugalah aku buat sketching dengan bakat yang nan hado tu. Hahaha. Seronok plak rasa. Sambil cuci mata.


Gigih melukis tapi...
Hasil yang tak seberapa... hahahaha.
Anyway, lepas puas merambu di Hongdae, kami balik ke Myeongdong untuk berjumpa dengan kawan Firr, Jenny, awek Korean-Chinese. She's very friendly. Since dia tak lunch lagi, dia bawa kami makan chungmu kimbap di area ni. Chungmu kimbap ni adalah plain rice kimbap (macam sushi) dimakan bersama sotong cili dan kimchi lobak putih. Sedap, murah dan mengenyangkan. Then, singgah di MCM sat, cari bag. Selesai membeli, kami pun balik berehat di bilik sebelum keluar semula pada malam harinya untuk dinnner.

Firr, me and Jenny
Chungmu kimbap
After that, kami ke Lotte Mart mencari makanan/snacks yang boleh dibawa balik nanti. Bagi as souvenirs pun boleh gak. Melilau biji mata sebab banyak sangat Korean product yang best-best; dari tea, coffee, seaweed.. rambang biji mata. Manusia jangan cakaplah. Ramai kemain.. yelah Christmas Eve kan. Masing-masing semua busy membeli-belah.

Macam-macam benda...
Dah puas bershopping, kami balik dulu ke bilik hantar barang then merayap ke Myeongdong. Mana lagi best nak pi... hahaha. Duduklah kat Caffe Pascucci sampai lebam mencuci mata sambil pekena hot mocha. Sayang. this time masa datang salji tak turun macam tahun lepas. Kalau tak, mesti lagi best.

Kalau ada snow mesti feeling ni.. 
Keesokannya hari Christmas... so hari tu crowd di Myeongdong tak sesesak semalam. Lepas brunch di Yoogane, aku hantar Firr ke Sejong Hotel sebab dia balik KL hari ni. Lepas dia dah selamat naik bas, aku balik semula ke bilik dan sambung tido! Hahaha.. kali ni most of the time aku tido je. Sejuk kot kat luar tu. Beli snack siap-siap then letak tepi katil. Best gile berselubung dalam comforter sejuk-sejuk camni. Aku keluar pi Myeongdong pun bila betul-betul lapar je untuk cari proper meal. The rest kat dalam guesthouse. Setiap kali aku nak ke toilet, macam aku dok sorang-sorang je kat guesthouse ni sebab siangnya semua keluar berjalan. Aku sorang je kot mereput dalam bilik.

Hajat di hati nak buat photoshoot kat palace la.. Hanouk Village la.. semua ke laut. Nak ke Yongpyeong lagi la aku malas. Tido lagi best!

Jom ikut oppa naik! Haha
A day sebelum aku balik on 26th tu, pagi-pagi lagi aku dah bangun mendaki Namsan naik ke NSeoul Tower. Punyalah lama aku ambil masa. Slow-slow je aku jalan. Best kot.. berjalan dalam sejuk-sejuk sambil menikmati bunyi kicauan burung. Salji pun turun malam tadi tapi seciput je.

Salji yang seciput.
On the way naik ke atas tu, terserempak dengan sekumpulan ahjumma bekas pesara guru. Endup half way ke atas aku berborak dengan derang pasal South Korea dan Malaysia. One of them ada anak yang bekerja di KL. Macam-macam benda dia tanya.

Layankan je.. hahaha.
Anyway, sampai kat atas tu, aku pi balik mangga yang aku letak last year. Jumpa pun dalam ribuan mangga yang bergantung kat situ. Padahal awal January hari tu.. kosong kot. After that, aku lepak kat cafe di NSeoul Tower tu. spot favorite aku mengadap bandaraya Seoul, sambil minum hot mocha. Layan sungguh!

Cercari mana kita punya? Hahaha...
Selesai melayan perasaan di NSeoul Tower, aku balik ke bilik sambung tido (lagikkk!) sebelum keluar ke Myeongdong selepas tu untuk last minute shopping. Then, balik bilik, kemas semua khazanah sebab esok pagi-pagi lagi jam 4.00 pagi aku dah kena cabut amik bas untuk ke airport.

So, dalam 4.15 am tu aku dah bergerak ke Sejong Hotel menunggu bas. Ya Rabbi.. punya lah sejuk. Setengah jam aku rasa dah macam nak beku dah. Hahaha.. tu la nak sejuk sangatkan!

Apapun, syukur dapat berpeluang menjejakkan kaki di bumi kimchi ni. Dunno la.. Seoul memang sentiasa dekat di hati. Travel la ke mana pun.. aku tak pernah jemu dengan tempat ni. Hanya chingu aku je yang faham perasaan ni. Hahahaha.

Bye bye South Korea. See you soon!
Okay, till then. Thanks sudi baca karangan aku yang cam bangang ni. Selamat berhujung minggu semua!

Read More

Guesthouse in Seoul

Hi there. Kali ni aku just nak share satu lagi guesthouse di Seoul. Kalau sebelum ni aku suka stay di Namsan Guesthouse (NGH)  di area Namsan/Myeongdong, kali ni masih di kawasan yang sama, cumanya guesthouse yang lain.

Aku book guesthouse ni pun setelah NGH semuanya fully booked masa aku nak datang last December hari tu. And luckily aku terjumpa this guesthouse yang terletak tak jauh dari NGH.

Guesthouse yang dimaksudkan adalah Seoul Myeongdong House (SMH).

Kat depan tu dia tulis Seoul Myeongdong Stay.. sama je.
SMH ni terletak di kawasan belakang NGH. Dekat je. Setiap kali aku bercuti di Seoul, aku akan pilih untuk stay di area Namsan/Myeongdong ni.

Sebabnya:
  1. Dekat nak ke Myeongdong, kawasan membeli-belah yang happening di Seoul.
  2. Dekat dengan Myeongdong Station; so nak naik subway ke mana-mana pun senang.
  3. Dekat dengan bus stop di Sejong Hotel; shuttle bus nak ke Incheon Airport.
  4. Dekat dengan Namsan Mountain; senang nak mendaki bukit naik ke NSeoul Tower. Kalau tak larat, cable-car station pun dekat je.
Di groundfloor berdekatan info kaunter
Tangga naik ke tingkat atas.
So, far aku berpuas hati stay di guesthouse ni. Ini kerana:
  1. Harga bilik yang berpatutan; aku book untuk single room dengan shared bathroom berharga 35,000 won semalam (sekitar RM120 termasuk 10% tax.. aku book kat Agoda,com).
  2. Biliknya selesa, kemas dan bersih.
  3. Persekitaran yang senyap, sangat privacy dan bersih.
  4. Stafnya yang sangat friendly especially Freddie. Sangat membantu.
Bilik yang aku book ni adalah single room dengan shared bathroom. Ada juga bilik-bilik lain yang dengan attached bathroom. 

Living area di tingkat atas
Balcony; boleh lepak-lepak minum coffee kat sini.
Pemandangan di luar balkoni.
Kemudahan lain juga disediakan seperti laundry, internet dan lain-lain. Standard la tu. Gambar bilik dengan bathroom semua aku lupa nak snap. Hahaha. Tapi korang boleh refer pada websitenya atau Agoda.

So, kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Seoul tu, boleh jadikan guesthouse ni sebagai salah-satu pilihan anda. 
Pantry ~ nak buat ayaq.. roti bakar ada disediakan kat sini.
Pantry di bahagian basement.
Pantry.
Untuk maklumat lanjut mengenai guesthouse ni, boleh layari laman webnya di sini.

Alamat: 47,Namsan-dong 2-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea (ini alamat di Agoda, jangan confuse macam aku. just follow je Google Map tu)


Read More