#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, October 22, 2015

Italy Autumn 2015 Part I

Colosseum, Rome.
Alhamdulillah! Finally selepas berbulan-bulan menunggu since my last trip to Seoul awal Januari hari tu, hajat aku nak ke Italy akhirnya terlaksana. Trip ni aku dah rancang dari awal tahun, walaupun hakikatnya hajat nak ke Italy memang telah disimpan sekian lama, lebih-lebih lagi selepas menonton filem "Letters to Juliet" 3 tahun yang lalu. Bila tengok that movie, hati terus jatuh cinta especially melihat Verona dan Tuscany. Anyway, trip ini juga adalah hadiah harijadi untuk diri sendiri setelah penat lelah berkerja. Sekali-sekala nak juga la rehat kan?

Masa aku pergi ni currency rate €1 bersamaan lebih kurang RM5.00 ya. Oh, by the way, aku buat dalam 2 bahagian lah, sebab kalau semua sumbat dalam satu post berjela pula jadinya. So, marilah aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku di bumi Italy ni. Trip ini bermula pada 10 hingga 19 Oktober 2015 selama 9 hari termasuk 2 hari pergi dan balik.

Day 1: Kuala Lumpur - Abu Dhabi

First of all, terima kasih kepada kengkawan baik aku iaitu Bai, Eric dan Fadz kerana sudi menghantar aku dan Erol sampai ke airport. Terharu kita! Cuma Ajie dengan Lyss je yang tak berkesempatan untuk datang sebab ada hal lain. Flight kami adalah pada jam 8.15 malam. So, kami bertolak dari rumah seawal jam 3.00 petang untuk check-in awal. Sampai di KLIA sekitar jam 4.00 petang, terus siap-siap checkin dan menunggu sehingga jam 7.00 petang untuk boarding.

Rasa dah macam nak pi haji plak bila hantar ramai-ramai camni.
Perjalanan ke Abu Dhabi adalah selama lebih kurang 6 jam 45 minit. Punyalah lama dalam flight. Nasib baiklah naik Etihad dan ada onboard entertainment dalam bahasa Arab. Kebetulan ada rancangan khas untuk Warda, penyanyi Arab favorite aku, so takdelah bosan sangat. Koleksi lagu-lagu Arab pun banyak. Memang layan sungguh!

Asal ada lagu Arab, lama camne pun aku okay je.
So, kami sampai di Abu Dhabi sekitar jam 11.00 malam waktu tempatan. Alhamdulillah perjalanan smooth je. Dan transit di situ selama lebih kurang 3 jam 45 minit untuk menunggu flight seterusnya ke Rome.

Day 2: Abu Dhabi - Rome, Italy

Setelah hampir 3 hampir lebih transit di Abu Dhabi, kami bertolak ke Rome, Italy pada jam 2.45 pagi dan sampai di Fiumicino Leonardo da Vinci Airport, Rome sekitar jam 7.30 pagi waktu tempatan. Perjalanan lebih kurang 5 jam 45 minit. Apabila di kira-kira, hampir 16 jam 15 minit untuk kami sampai ke Rome dari Kuala Lumpur nih!

Mereput 3 jam lebih transit kat Abu Dhabi.
Selesai urusan imigresen semua, kami terus menaiki bas untuk itinerary kami pada pagi ini iaitu Rome City Tour selama lebih kurang 4 jam. Dengan muka serabai tak mandi, setakat sembur perfume banyak-banyak pun jadilah! Cuaca? Alhamdulillah sangat baik dengan langit yang biru dan udara yang nyaman. Terbaiklah!

Vatican City, Colosseum, Trevi Fountain & Spanish Steps

Selama lebih kurang 20 minit dari airport, kami sampai di destinasi pertama kami iaitu Vatican City, sebuah negara paling kecil di dunia yang dikelilingi Rome. Ia adalah pusat agama Christian Catholic. Fakta berkenaan dengan Vatican City ni silalah Google sendiri. Aku malas nak menaip.. hahaha. Anyway, masa kami sampai, punyalah sesak dengan umat manusia kat sini. Yang beratur untuk masuk ke St. Peter's Basilica, Sistine Chapel dan Vatican Museums tu jangan cakaplah. Kami tak masuk pun. Just meronda di sekitar St. Peter's Square dan Obelisk untuk snap few pictures. Souvenir pun tak beli sebab kebanyakannya gambar Pope je.

The Vatican City. Kalaulah cuaca semua tempat aku pergi ni sebaik cuaca di Rome ni.
Setelah hampir sejam lebih kat sini, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Colosseum, yang terletak di tengah-tengah kota Rome. Walau bagaimanapun, sebelum sampai ke sini, sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pelbagai tinggalan sejarah dari empayar Rome sehingga selepas Perang Dunia Kedua ni. Antaranya ialah Vittoriano (monumen yang dibina untuk menghormati Raja Vittorio Emanuele 2), Palazzo Venezia (yang di dalamnya ditemui secret bunker diktator Benito Mussolini yang dibina semasa WWII), Circo Massimo (tempat Benhur selalu berlatih), Roman Forum, Palatino dan banyak lagi. Dan one thing yang menarik perhatian aku adalah pokok-pokok di sekitar Rome ni nampak cantik. Aku tak sure jenis apa but aku memang belum pernah nampak lagi pokok-pokok camni.

Vittoriano.
Sisa runtuhan The Roman Forum.
Anyway, Colosseum merupakan sebuah amphitheatre yang dibina pada tahun 72 Masihi semasa pemerintahan Maharaja Vespasian. Ia adalah antara tinggalan Rome yang kekal sehingga ke hari yang berusia ribuan tahun. Macam tak percaya je bila tengok bangunan ni di depan mata. Dulu selalu tengok dari buku teks sejarah je kan. Memang gah bangunan ni. Masa kami datang ni pun sebahagiannya dalam proses restoration. Dan aku takdelah nak tawaf satu bangunan ni. Sekadar melihat di sekitar kawasan Arco di Costantino yang terletak di hadapan Colosseum ni. 

Colosseum dan di sebelah kirinya, Arco di Costantino.
** Tips: Benarlah apa yang aku baca kat blog, kat area ni memang ramai Bangladesh yang dok jual selfie stick bagai dan segala macam benda. Lagi satu, jangan terpedaya dengan pelawaan those yang pakai baju Gladiator/Trojan untuk bergambar. Sekali korang bergambar dengan derang ni, terus mereka mintak €20 (hampir RM100!). One of my friends here terkena sebab dia ingatkan free. After nego dia bayar €10 je (dekat RM50 juga la) kat mamat tu. So, jangan terpedayalah ya.  

See pokok-pokok yang aku cakapkan tu. Dan si sepanjang jalan ni ramai Bangla dok jual selfie stick dan souvenirs.
Kami di area Colosseum ni lebih kurang setengah jam. After that, kami pergi ke shopping district yang terkenal di Rome yang terletak di sekitar Trevi Fountain dan Spanish Steps ni. Kami sampai di sini sekitar jam 1.00 petang dan tempat yang pertama dituju adalah Trevi Fountain.

Trevi Fountain atau dalam bahasa Italinya, Fontana di Trevi adalah pancuran air bercirikan Baroque yang terkenal dan terbesar terletak di daerah Trevi yang direka oleh Italian architect Nicola Salvi dan disempurnakan oleh Pietro Bracci. Apa yang ada kat sini? Hanya facade yang dipenuhi dengan patung-patung yang tak berapa nak ada baju! Hahahaha. Tetapi sayangnya, masa kami datang waktu ni, Trevi Fountain ditutup untuk kerja-kerja baikpulih. So, kami hanya dapat merakam foto dari luar tembok penghadang sahaja.

Sesak walaupun tengah baikpulih.
Satu lagi, ritual lazim yang dilakukan oleh pengunjung di sini adalah membaling coins ke dalam fountain ni. Katannya siapa yang membaling coins ni akan berpeluang datang ke Rome ni lagi. Aku tak buat pun. Membazir duit je.. dah la Euro mahal hawau! By the way, katanya ribuan Euro dikutip setiap hari kat fountain hasil "derma" pengunjung di sini. Tapi for sure takdelah sampai 2.6 billion ya! Hahaha.

Detailing pada facade Trevi Fountain.
Selepas melawat Trevi Fountain, kami menyusuri lorong-lorong kedai di sini untuk ke Spanish Steps. Spanish Steps merupakan laluan 135 anak tangga yang terdapat di Piazza di Spagna, kawasan membeli-belah yang terkenal di Rome ni. Againnnnnn... masa datang sini, stairway ni ditutup untuk kerja-kerja baikpulih. So, setakat bergambar di luar je la. Takdan nak mendaki tangga-tangga ni. Cisss!!!! Tapi sebenarnya, takde apa pun sangat. Anak tangga je kot. So, selepas bergambar serba sedikit kat sini, kami terus merayap di sekitar area ni.

Spanish Steps - sini pun tutup juga. Puihhh!!!
Di sekitar Piazza di Spagna dan Via Condotti ni memang penuh dengan cafe-cafe serta kedai-kedai barangan berjenama yang terkenal. Memang heaven la untuk yang gile barangan branded ni. Butik-butik jenama seperti LV, Gucci, Prada, Furla dan segala macam mak nenek memang bersepah-sepah. So, sediakan je la duit berkepuk-kepuk atau credit card. Confirm rambang mata korang nak memilih. Aku tak shopping apapun kat sini. Pakcik tak kayoooo.. Setakat beli sikit-sikit je souvenirs untuk dibawa pulang.

Piazza di Spagna yang penuh dengan lautan manusia.
** Tips: Kalau nak beli souvenirs seperti keychain/fridge magnet, silalah beli di sini. Seketul dalam €1 (lebih kurang RM5.00). Dah kira murah la tu. Jangan jadi macam aku, ingatkan nak beli masa hala balik kat Milan hari tu, sekali bila tengok kat Milan, harganya 5 kali ganda. Satu fridge magnet/keychain €5 (dekat RM25!!!). Mahal nak mampus hawau. Terus aku tak jadi beli dan pulang ke Malaysia dengan seribu sesalan! Hahaha.

Hampir 2 jam kami berada di sini. Sebelum pulang, kami singgah di sebuah restoran halal yang terletak di celah deretan kedai kat sini. Jangan tanya aku di mana tempatnya. Tu pun sorang mamat Bangla yang bawa kami ke sini. Jumpa masa dia dok pass flyers kedai makan tu. One of the workers kat situ pernah 3 tahun bekerja di Bandar Baru Bangi. So bolehlah berborak dalam bahasa Melayu sikit-sikit. La ni dia dah 5 tahun mencari rezeki di Italy. Kelas abang Bangla ni! Anyway, aku dengan Erol just had this so called Mexican Rice dengan Peri Peri Chicken. Sekali lunch terbang €15 (+ RM75.00). Tabahlah nak!

Tak berapa nak Mexican sangat pun. Takpe janji kenyang.
Selesai makan, kami bergerak ke tempat penginaapan kami, Cascina Palace yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari kawasan ni. Sampai hotel, lepas checkin kami berehat sekejap menghilangkan kepenatan. Lega gila hawau dapat mandi setelah sehari lebih tak dan nak mandi.

Boleh tahan hulu juga hotel ni.
Nasib baik bilik dia bersih dan selesa.
Sekitar jam 5.30 petang, kami keluar semula untuk dinner. Makan di Ristorante Indiano Himalaya's Kashmir. Glemer ke idok namanya??? Hahahaha.. Menunya apa je, masakan India la. Nasi, kuah dal, kari and few others. Bedal je la janji kenyang. Nasib baik dia bagi cili. Dapat juga merasa pedas.

Kari, dal, kari, dal.. janji ada cili padi aku okay je.
Lepas makan, balik bilik dan rehat. Esoknya nak travel ke Florence pula. 

Day 3: Rome - Pisa - Florence

Aku bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap dan mengemas apa yang patut. Yelah, aku memang jenis suka settlekan benda awal-awal so takdelah nanti terhegeh-hegeh last minute. Lagipun, nak menunggu si Erol ni siap pun boleh tahan juga. So, bila aku dah settle, aku kejutkan Erol untuk turn dia siap pula. Then, jam 6.30 pagi, kami turun ke bawah untuk breakfast. One thing aku suka breakfast kat Italy ni ialah lambakan cheese. Nikmatnya rasa dapat makan cheese dengan roti panas-panas. Tapi aku seludup masuk juga tuna cili dalam tin tu. Barulah sedap ada pedas-pedas sikit. Hahahaha.

Selesai breakfast, kami checkout hotel at 7.30 pagi dan 15 minit kemudian bas kami bergerak menuju ke Pisa melalui Autostrada del Sole yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan perjalanan sejauh hampir 400 km. Sepanjang perjalanan melalui kawasan Tuscany ni, mata dihidangkan dengan pelbagai pemandangan landskap yang menarik serta keadaan cuaca yang berbeza. Separuh perjalanan kami melalui kawasan yang berkabus tebal ala-ala cerita mistik. Kemudian di separuh perjalanan lagi cuaca cerah dengan langit yang membiru. Dengan deretan pokok-pokok pine yang tirus, ladang-ladang anggur, olive dan buah peach yang terbentang luas. Memang cantik. Dan menariknya di Tuscany region ni, kebanyakan bangunan di sini menggunakan satu tona warna iaitu putih, kuning atau beige. Dengan warna tingkap hijau atau perang, jarang nak jumpa warna selain daripada warna-warna ni. That's why pemandangan landskapnya nampak seragam je sepertimana yang kita dapat lihat pada lukisan-lukisan pemandangan Italy ni.

Antara pemandangan di Tuscany region.
Setelah hampir 3 jam lebih perjalanan, kami berhenti seketika di Autogrill (serupa R&R di Malaysia) untuk "mengosongkan tangki" dan membeli kudap-kudapan untuk mengalas perut. Sekitar jam 12.30 tengahari kami sampai di kawasan parking bas untuk menunggu shuttlebus yang akan membawa kami masuk ke kawasan Leaning Tower Pisa. Di kawasan parking bas ni cuaca dah mula mendung. Maka berduyunlah mamat-mamat Afrika mengerumuni kami untuk menjual payung, baju hujan, beg dan segala macam benda. Naik rimas dibuatnya sebab derang ni jenis tak faham bahasa selagi kita tak beli. Yang derang tahu asyik cakap "murah-murah", dua.. tiga.. since dia tahu kita ni orang Malaysia. Tapi aku anggapkan derang ni transparent je la walaupun hakikatnya derang ni besar gedabak. Nak cakap banyak pun tak boleh sebab derang cari rezeki kan. Bukannya mencuri.

Dari tempat shuttlebus sampai ke entrance, ada je derang ni.
So, shuttlebus berhentikan kami di bahagian luar entrance Leaning Tower ni. Dan di sepanjang jalan memasuki kawasan menara, di kiri kanan penuh dengan gerai-gerai menjual beg dan cenderahati yang rata-ratanya didominasi oleh bangsa Afrika dan Bangla. And Bangla ni seperti biasalah, some of them mampu berbahasa Melayu sebab pernah bekerja di Malaysia. Harga souvenirs di sini pun boleh tahan murah dan boleh ditawar kalu nak beli. In fact, better beli di sini juga dan jangan tunggu nak beli kat Milan yang mahal gila tu. 

"Murah.. murah.." bak kata peniaga kat sini. Pilih je la. Macam-macam souvenirs.
Memasuki gerbang utama, mata sudah tertumpu pada ikon yang terkenal di seluruh dunia iaitu The Leaning Tower of Pisa. Tower of Pisa ni merupakan bell tower yang terletak di belakang cathedral di dalam kawasan Piazza del Duomo. Bangunan ni senget kerana keadaan struktur tanah yang lembut on one side untuk menanggung beban bangunan.

Macam tak percaya je Menara Pisa kat belakang tu.
Di dalam Piazza del Duomo ni juga terdapat Pisa Cathedral, Battistero di San Giovanni serta muzium. Kawasan piazza ni takdelah besar sangat, so kami spent lebih kurang sejam sehingga jam 2.00 petang untuk mengambil gambar di celah-celah bangunan, selain membeli sedikit souvenirs dan menapau halal kebab (€6 satu set, lebih kurang RM30.00) at this one shop di lorong masuk gerbang piazza ni.

Battistero di San Giovanni dan di belakangnya tu Pisa Cathedral serta Menara Pisa
Sekitar jam 2.30 petang, kami meneruskan perjalanan ke Florence sejauh 90 km yang mengambil masa lebih 1 jam. Dan kami berhenti lagi di Autogrill sekitar jam 3.20 petang untuk quick lunch (tapau kebab tadi) dan berehat selama 30 minit. Selesai semuanya, kami sambung semula perjalanan sebelum berhenti selama sejam di Pierotucci Leathers untuk melihat proses membuat beg, jacket, kasut dan barangan kulit asli di sini.

Mari cuci mata!
Semua produk di sini menggunakan kulit lembu asli tempatan dan barangannya sangat berkualiti. Dan harga pun sangat mampu tengok jugalah. But those yang minat dengan barangan kulit, memang sinilah tempatnya. Walaupun bukan jenama terkemuka tapi produk yang dikeluarkan sangat berkualiti dan in fact mereka juga mengeluarkan produk jenama terkemuka. Antara yang aku nampak adalah Micheal Kors dan some others yang aku tak ingat nama. Aku tak beli apapun.. setakat cuci-cuci mata je la.

Tekun pakcik ni memotong kulit lembu menjadi kepingan yang lebih kecil.
So, dah habis mencuci mata tengok leather products tu, kami meneruskan perjalanan ke Florence dan sebelum sampai ke hotel, kami singgah dinner di Ristorante Indiano Zafferano a.k.a Restoran India. Menu seperti biasalah.. nasi, kari dengan kuah dal and some other dishes.

Rombe nalerekek!
Bila perut dah berisi, kami terus ke West Florence Hotel yang terletak hampir setengah jam dari pusat bandar Florence. After checkin, masuk bilik, mandi dan terus memengsankan diri. Penat gila rasanya!

Day 4: Florence - Venice

Hari ni itinerarynya adalah Florence City Tour sebelum petangnya nanti bertolak ke Venice. Aku bangun awal seperti biasa seawal 6.00 pagi untuk mengemas dan bersiap-siap. Florence boleh tahan sejuk. Buka je tingkap, menderu udara sejuk masuk ke dalam bilik. Mujurlah ada water heater. Tapi one thing yang tak bestnya hotel ni ialah bantalnya yang leper tu. Bangun-bangun pagi, terus dapat stiff neck. Satu hal pulak aku nak berjalan dengan sakit leher pagi ni kan?

Pemandangan di sekitar Sungai Arno
So, lepas bersiap, kami turun ke bawah untuk breakfast sekitar jam 7.30 pagi dan bergerak menuju ke city centre setengah jam berikutnya. Perjalanan dari hotel ke city centre lebih kurang 30 minit, so kami sampai lebih kurang jam 8.30 pagi. Turun je dari bas di hadapan Hotel River yang berhadapan dengan Sungai Arno, hujan renyai-renyai dah mula turun. Adeh.. tak best betul nak buat tour time hujan-hujan camni. Lagilah aku dah penat set rambut bagai kan.. kena air hujan terus jadi leper.. hahahaha. Tabahlah Omar!

Semakin di depan katanya. Motor siapakah itu?
Bila tour guide kami dah sampai, landmark pertama yang kami tuju adalah Biblioteca Nazionale Centrale iaitu perpustakaan awam nasional yang terbesar di Italy dan antara perpustakaan yang terpenting di Eropah. Bangunan yang terletak di hadapan Sungai Arno ni ditubuhkan pada tahun 1714 iaitu lebih 300 tahun dahulu.

Biblioteca Nazionale Centrale.
Selepas itu, kami menyusuri celah-celah bangunan di sini untuk ke dataran Piazza di Santa Croce yang mana di hadapannya terdapat sebuah gereja Katolik, Frati Minori Conventuali. Kebanyakan bangunan di sini berwarna terracota/light brown dan nampak seragam. Kiranya menyerlahkan lagi imej klasik pada keseluruhan bandar Florence ni.

Frati Minori Conventuali.
Kemudian, kami menuju ke Piazza della Signoria, sebuah dataran di hadapan Palazzo Vecchio yang mana di sini terdapat banyak sculptures antaranya yang terkenal Fountain of Neptunes. Replika Statue of David ciptaan Michaelangelo yang famous tu aku takdan nak cari. Banyak nau patung bogel sampai berpinau biji mata aku!

Di hadapan Piazza della Signoria. Banyak sculptures kat sini.
Selesai meronda dan snap few pics kat area ni, kami meredah hujan melalui deretan kedai-kedai kat sini. Macam-macam kedai ada. Kebanyakannya butik-butik pakaian berjenama, cafe dan kedai-kedai menjual barangan kemas dan bermacam-macam lagi. Tak masuk pun sebab memang tahu harganya mahal. Hahahaha..

Mentang-mentang hujan, kemain ramai yang jual payung!
Jalan punya jalan, kami sampai pula di dataran yang terkenal iaitu Piazza del Duomo. Di sini terdapat sebuah gereja yang utama di Florence iaitu The Cattedrale di Santa Maria del Fiore. Gereja ini dibina pada tahun 1296 dengan senibina Gothic yang direka oleh Arnolfo di Cambio. Kubahnya pula direka oleh Filippo Brunelleschi. Di Piazza ni juga terdapat Giotto's Bell Tower setinggi 84.7 meter yang terletak bersebelahan gereja. Dan di hadapan bell tower ni terdapat sebuah bangunan berbentuk octogonal iaitu Baptistery of Saint John, antara bangunan yang tertua di bandar ini yang dibina di antara tahun 1059 hingga 1128 dengan gaya Florentine Romanesque.

Giotto's Bell Tower dan The Cattedrale di Santa Maria del Fiore di sebelahnya.
Dari Piazza del Duomo ni, kami berjalan lagi ke Piazza della Repubblica, sebuah lagi dataran yang di tengah-tengahnya terdapat sebuah carousel iaitu Carousel Antica Gisotra Toscana. Di situ juga terdapat sebuah gerbang atau arch yang digelar "Arcone", direka oleh Micheli, yang diilhamkan dari senibina Florentine Renaissance.

Berlatarbelakangkan gerbang "Arcone".
So, selepas snap few pics lagi kat sini, kami jalan straight melalui Via Camelia dan Via Por Santa Maria untuk pergi ke satu lagi landmark yang terkenal di Florence ni iaitu jambatan Ponte Vecchio yang merentasi Sungai Arno. Ia dipercayai dibina semasa zaman Rome menggunakan bongkah-bongkah batu.

Kedai-kedai di atas Ponte Vecchio.
Posing sat atas Ponte Vecchio.
Menariknya di sini, terdapat banyak kedai-kedai eksklusif yang menjual barang-barang kemas buatan Italy. Harga? Entah.. tak berani nak usha.. Hahaha. Dan di atas jambatan ni juga terdapat sebuah sculpture Benvenuto Cellini, seorang ahli seni ukir dan tukang emas yang terkenal di Florence ni.

Deretan kedai-kedai jewelry.
Entah bila la boleh datang lagi Florence ni kan?
Ponte Vecchio ni actually our last stop untuk city tour ni. Tak larat dah kaki nak berjalan ke sana ke sini. So, bila dah selesai mengambil gambar dan usha kedai-kedai kat sini and since hujan pun renyai-renyai, so aku ngan Erol decided pergi ke nearby cafe untuk merehatkan kaki. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai di Caffe' Maioli, yang terletak di seberang Sungai Arno. Kami pesan 2 hot latte (€4 secawan) dan memilih untuk duduk di balkoni tingkat atas bagi melihat aktiviti warga Florence buat seketika. Layan sungguh! Sambil-sambil ambil gambar dan menghirup hot latte, kami sempat berbual sekejap dengan pasangan ibu dan anak warga Britain. Nama aku tak tanya la plak.. yang aku ingat nama waitress yang peramah tu. Iris namanya. Siap suggest kami untuk pergi ke some other shops dan museum yang katanya worth visit. Tapi malaslah pakcik. Tak larat nak berjalan. Lagipun sat gi dah nak bergerak ke Venice pula.

Hujan camni pekena hot latte memang best!
Dengan kawan baru, bergambar dengan anaknya sementara maknya pi toilet. Haha.
Lama juga kami di Florence ni. Hampir 5 jam setengah. Kalau hari tak hujan sure lagi best dan lagi meriah gambar-gambarnya. Tapi nak buat camne.. takde rezeki. Macam kena datang lagi je.. hahaha.

** Tips: Silalah beli souvenirs kat sini like fridge magnet atau keychain. Masih lagi murah berbanding Milan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual paintings. Ada yang offer 3 keping for €20... boleh la kan?

Di tepi Sungai Arno.
Selesai minum dan membeli sedikit souvenirs, kami menuju semula ke tempat bas di hadapan Hotel River tu. Around 2.00 petang, kami memulakan perjalanan ke Venice. Ikut route mana? Entahlah aku tatau sebab aku macam terlelap-lelap dengan stiff neck bagai ni. Yang aku tahu, around 4.10 petang kami berhenti seketika di Autogrill selama setengah jam untuk buang air dan quick lunch. Apa je yang boleh nak makan kat Autogrill ni. Kami cuma order set Nutella croissant yang bersekali dengan cappucino dan freshly-squeezed orange juice. Harga untuk 2 set adalah €8 (+RM40.00).

Quick lunch di Autogrill ~ Nutella Crosisant dengan cappucino je.
Around 4.40 petang, kami sambung balik perjalanan ke Venice. Setelah 2 jam perjalanan, kami sampai ke Venice dan sebelum sampai ke hotel, kami singgah dinner di Ristorante Krisha Tradizionale Cucina Indiana. Masakan India lagi.. hahahaha. Lauk as usual lah. Malas nak cerita. Habis je makan, kami merayap ke kedai buah di hadapan restoran kejap untuk menapau buah-buahan. Takde la murah pun, but okaylah boleh makan buah sikit. I just bought 2 persimmons and 2 peaches dengan harga €4 (+20.00).

Kita beli buah dulu sebelum balik.
Lebih kurang jam 9.00 malam, kami sampai di Park Hotel Villa Fiorita, Venice. Amik kunci, masuk bilik, terus landing atas katil. Hahaha. Nasib baik bilik kali ni best sikit dan spacious. Lepas mandi, terus aktiviti berdengkur sebabnya kepenatan berjalan kat Florence tadi. Esok kita ke Venice pula!

Bersambung nanti di Part II. :)

0 Comments: