#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, November 28, 2013

Malaysian Bloggers Assembly


Bloggers out there... don't forget to participate in this great event, khas untuk semua Bloggers Malaysia. Aku blogger cap ayam je.. segan nak join! Hahaha.. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Daripada booth, award untuk bloggers dan lain-lain. Korang pun boleh nominate blog mana yang korang suka, atau blog sendiri juga. Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.blogrrr.mySo Pizli.. Hafezh.. korangkan hebat menulis blog. Pi la masuk ya. =)
Read More

Monday, November 25, 2013

Secret Love


Seriously drama Korea ni memang best! Aku jarang nak melekat sangat depan TV.. lagi-lagi la melayan drama. Tapi drama ni berjaya menarik perhatian aku. Lakonan bintang-bintangnya memang mantap. Jalan ceritanya bagus... tak macam drama A Tale of Two Sisters tu yang sangat predictable. Hahaha.. stress je aku tengok drama tu. Nasib baik dah habis.

Aku suka lakonan Hwang Jung Eum sebagai Kang Yoo Jung dan Ji Sung aebagai Jo Min Hyuk. Percintaannya sangat menyeksakan tapi tak dinafikan terlalu sweet!!! Lagi sekali aku stress. Bae Soo Bin (sebagai Ahn Do Hoon) dan Lee Da Hee (sebagai Shin Se Yeon) memang berjaya membuat aku menyampah dan sakit hati. Tetiba aku jadi drama queen kan? Cener???

Tapi oleh kerana aku kadang-kadang terlepas siri ni.. so ini boleh masuk dalam list DVD untuk dibeli sebagai collection. Hidup Secret Love!!!
Read More

Sunday, November 24, 2013

Sanchon Temple Cooking @Insadong


Sanchon Temple Cooking adalah sebuah restoran yang diusahakan oleh Buddhist monk dengan menu yang 100% vegetarian. Ia antara restoran yang tersenarai dalam list ebook Halal food in South Korea. Terletak di kawasan Insadong yang merupakan cultural district di Seoul. 


Harga
Bagi set lunch, harga untuk seorang adalah 33,000 won (lebih kurang RM100 lebih). Mungkin agak mahal tetapi hidangan yang disediakan adalah sebanyak 4 course. Memang kenyang gila. Bagi aku, ia sangat berbaloi untuk dicuba sebab bukan senang nak rasa makanan authentic Korean berasaskan sayuran semata-mata. Antaranya adalah sayuran/tumbuhan dari gunung. Tapi untuk pengetahuan, mereka juga ada menghidangkan rice wine sebagai minuman selain daripada green tea. Memang la aku tak sentuh wine tu kan.. hahaha. 

Menu
Berikut adalah menu bagi set lunch yang aku try:
  1. Porridge of the season (appetizer)
  2. Watery plain kimchi
  3. Radish mushrooms, peppers and other vegetables, wrapped in thin vermicelli pancake
  4. Seven wild vegetables, each with its own seasonings
  5. Kimchi
  6. Seasoned fresh lettuce
  7. Cooked roots of baloon flowers & fern braken
  8. Fried kelp
  9. Steamed beancurd with burdock, mushrooms & carrots
  10. Jelly
  11. Small potatoes glazed with soy sauce and millet syrup
  12. Seasoned wild mountain roots
  13. Special chopsuey nade with various vegetables and mushrooms
  14. Seasonal Buddhist Monk's favorite vegetables
  15. Three kinds of fritters of fried seasonal vegetable
  16. Three kinds of pan fried seasonal vegetable pancakes
  17. Rice with beans, millet, etc.
  18. Soybean stew with mushrooms radish, red peppers, beancurs, etc.
  19. Tea
  20. Sticky rice pastry
Dari segi presentation, memang unik. Dari segi rasa pula, I would say not bad. Ada yang sedap tapi kebanyakannya adalah tawar atau dalam perkataan lain.. sangat sihat!!!

Lokasi
Untuk mencari restoran ni tak susah mana. Just cam landmark gambar-gambar kat bawah ni.

Aku tak sure apa nama kedai ni, tapi ia bersebelahan dengan Little India Cafe
Lorong nak masuk ke Sanchon opposite restoran ni
Nampak kedai ice-cream tu.. itulah lorongnya. Ada signboard
Entrance Sanchon
Kesimpulannya, worth to try. Nanti boleh jadi jakun macam aku kat gambar bawah ni.. hahaha


Read More