#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, July 28, 2012

Rutob atau kurma muda

Hakikatnya aku memang terlalu sukakan rutob atau kurma muda ni berbanding kurma biasa disebabkan ia rangup dan manis. Aku boleh makan buah ni tanpa henti sampai masa berbuka dengan Scabs kat Zanmai haritu, dia pegi tutup bekas tu sebab nak suruh aku berhenti! Hahaha.. tak baik tau Scabs!
Read More

Bagaimana?


Bagaimana harus
menempuh hari mendatang
Andai kau tahu
Kehilangan itu sudah pasti.

Bagaimana bisa
melafazkan kata cinta
Andai "roh"nya
telah lama tiada.

Bagaimana mungkin
senyuman terukir
Andai lubuk hati
bergolak tanpa henti.

Bagaimana ingin
meleraikan ikatan
Andai kasihnya
terlalu mendalam.

Bagaimana?

Nukilan: Bedak Nyonya
Read More

Tuesday, July 24, 2012

Gili Islands

Bila stress dengan hard disk ni, aku mulalah meng-google Gili Islands yang aku tengok kat Samantha Brown's Asia semalam. Makin stress pulak aku jadinya sebab melihatkan pantainya yang putih bersih dengan air lautnya yang crystal clear itu... Bagus! Boleh masuk dalam list untuk travel di masa akan datang. Kalau tak silap, nak ke sini boleh dari Lombok ataupun Bali. Mungkin kalau ke Bali nanti, boleh try diselit-selitkan untuk ke Gili Islands. Berangan je dulu, walaupun pitihnya nan hadooooo!!!! **Aku kan suka berangan**

P/S: Ini gambar bukan saya punya.. cilok dr google saje
Read More

Stressssssss!!!!

Time tengah bertungkus-lumus nak buat kerja... time tu la kau nak bermasalah wahai external hdd! Kasehanilah aku pacar yang hina ini.. Waaaaaaa.... Nak save, delete, copy, paste semua tak boleh. So now aku backup dulu semua data (kerja-kerja dan porn yang maha penting itu!). Ikut ajaran kat google tadi dia suruh edit system registry. Bila dah buat tadi, startup error plak masa Windows nak load. Nasib baik leh recover. So now bila dah habis backup data, aku try format je. Harap-harap boleh! Macam-macam halll...!!!
Read More

Saturday, July 21, 2012

Karipap & Bulan Puasa

Karipap dan bulan puasa memang tak boleh dipisahkan dari hidup aku. Setiap kali pergi pasar Ramadhan atau ke mana saja restoran, karipap lah yang menjadi pilihan aku especially karipap sardin. Aku suka juga karipap inti keledek & udang kering macam Baba buat dulu, tapi sekarang ni susah nak jumpa. Tatau kenapa aku suka sangat kuih karipap ni. Tapi apa yang pasti setiap kali lepas makan kurma dan teguk air, pekena karipap sardin akan membangkitkan rasa kepuasan yang amat sangat di hati ini. Hahaha..

Bulan puasa last year, aku dengan bersemangat try la nak buat sardin ni. Asyik beli je, nak la try buat skali kan? Tapi hasilnya tengok la gambar kat bawah tu. Karipap sardin barai!!! So tahun ni takyah la gedik nak buat okay. Beli je.
Inti sedap.. tapi presentation hauk!
Asyik terkangkang je karipapnya, sudahnya aku buat terus yang besar tuh. Senang!

Read More