#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Thursday, October 9, 2014

Penyangak Kad Kredit


Baru sat ni dapat call daripada Maybank Credit Card Monitoring bagitau yang ada cubaan menggunakan credit card aku untuk purchase online game.  First time dapat call tu aku tak angkat sebab biasalah aku kalau nombor tak kenal memang malas nak jawap. Then aku Google nak tahu nombor dari mana dan dapat info yang call tadi tu daripada Maybank. So bila 3rd time dia call tu aku pun jawap. Memula dia tanya aku ada buat transaction tak untuk beli from this one website. Aku cakap takde. Then dia kata ada pihak try buat transaction tapi tak berjaya sebab dah 3 kali cuba. So dia kata that's fraud dan dia akan batalkan card aku time-time tu juga. Aku macam blur-blur ayam sebab aku banyak dah dengar kisah itu dan ini, so dia kata jangan risau sebab dia takde minta detail apa bagai. And dia mintak aku call no Maybank belakang card tu dengan kadar segera.

Knowing that aku ni kekadang macam bengap gak, so aku rasa lebih selamat kalau aku pi Maybank terus. But on the way ke Maybank tu aku call la juga guna different number. Dan setelah verified everything memang dia kata card aku telah dibatalkan sebab info berkenaan card telah bocor dan ada pihak cuba nak guna. So, sebagai langkah keselamatan, Maybank telah batalkan card aku dan akan buat card replacement. Alhamdulillah... nasib baik takde apa-apa transaction berlaku. Terima kasih  Maybank kerana bertindak pantas.

After had a conversation dengan kawan-kawan aku, now aku terfikir sebagai langkah keselamatan, after this aku tak akan membiarkan credit or debit card aku diberikan begitu sahaja semasa membuat pembayaran terutamanya di restoran. Aku sendiri aku ke kaunter untuk buat pembayaran sebabnya kalau dibiarkan card itu pada individu, bimbang pihak tak bertanggungjwab akan salin semua maklumat atas card berserta dengan nombor CCV di belakang card. Walaupun Visa Maybank mempunyai sistem MSOS yang memerlukan kita masukkan nombor TAC untuk meneruskan transaksi, aku rasa tak salah kalau aku lebih berjaga-jaga... kan? Haizzzz... first time kena ni. Selalu dengar cerita je.

Dan kepada penyangak yang cuba membeli online game tu, aku doakan semoga kau mampus kehangusan dengan komputer-komputer kau sekali! **Mudah-mudahan makbul doa orang yang teraniaya.. haha**
Read More

Monday, September 29, 2014

It's great to be ME!


Sedar tak sedar dah mencecah angka 36 tahun aku pada tahun 2014 ni. Begitu cepat masa berlalu. Lagi 4 tahun, sampai pula ke 4-series. Takut pula bila memikirkannya. Tapi apapun, aku bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana sehingga hari ini aku dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan rezeki serta dijauhkan daripada sebarang bahaya dan bencana. Sungguh.. Allah Ta'ala Maha Pemurah, dengan aku yang kadang-kala perangai macam hauk ni, tetapi Dia masih sudi memberi nikmat kepada diri ini. Syukur atas kurniaan-Mu Ya Rabb.

So, what it feels like to be me?

Kat mana nak start? Apa kata kita mulakan dengan zaman kanak-kanak? Aku adalah anak sulung daripada 6 adik-beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak berapa nak senang. Ayah aku tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan ibuku pula seorang suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang nenek (ibu kepada ayah aku) yang sangat mengambil berat dan membantu kehidupan kami. Kesusahan semasa zaman kanak-kanak mengajar aku banyak perkara. Antara yang paling terkesan sehingga ke hari ini adalah jangan membazir makanan. Aku memang jenis tak boleh tengok makanan dibazirkan. Walau sekenyang mana sekalipun atau tidak sedap mana, aku akan cuba habiskan kerana bagi aku itu adalah rezeki kurniaan Allah kepada kita. Sedangkan umat manusia di pelusuk dunia yang lain kebuluran kerana kurang makanan, inikan pula kita dengan makanan yang tak sedap sikit terus kita nak buang. Kufur nikmat namanya. Lagilah nak mencerca kalau makanan tu tak sedap. Sebolehnya aku elakkan. Sebab mengingatkan sabda Nabi SAW, makanan jangan dicerca kalau tak suka atau tak sedap.

Selain daripada itu, kesusahan mengajar aku untuk lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang. Aku memang jenis tak suka nak berharap-harap ni. Nak something, usaha sendiri. Itu lebih memberi kepuasan dan takde la terasa diri ni teruk sangat kan?

Ada ketikanya bila aku ditimpa masalah atau berada dalam kesusahan, aku selalu terfikir alangkah beruntungnya menjadi si polan bin si polan. Hidup mewah, tak pernah merasa susah dan barangkali hidupnya jarang ditimpa masalah. Pernah juga bila aku berdepan dengan konflik dengan keluarga, aku rasa kenapalah aku dilahirkan dalam keluarga ini? Kenapa aku tidak dilahirkan dalam keluarga orang lain?

Dan dari segi rupa pun, apabila aku melihat seseorang kacak, hati selalu terdetik.. "bestnyerr klau jadi dia.." Selalunya aku jealous tengok those Kpop singers yang kulitnya putih mulus, hidung mancung dan kecil, bibirnya merah, rambutnya cantik.. tu semua boleh bikin aku stress. Kalau dulu, masa sekolah menengah, jenuh aku buat hair straightening semata-mata inginkan rambut yang lurus persis Aaron Kwok (zaman tu aku gila penyanyi Hong Kong nih). Tertekan je dengan rambut aku yang wavy ni. Lagi satu, hidung aku yang besar ni, dalam hati terdetik, kalaulah buat plastik surgeri semata-mata nak cantik tu tak haram (plus aku ada banyak duit) dah lama aku buat.

Tapi kan, apabila difikir balik, perlu ke aku nak merasa semua tu? Sepatutnya aku bersyukur kerana dikurniakan ayah dan ibu yang mengambil berat tentang perihal anak-anak. Walaupun ada ketikanya keperluan untuk anak-anak yang disediakan tidak sesempurna mana, tetapi sepanjang aku dibesarkan, aku merasa kasih sayang mereka, sakit pening aku mereka ambil berat, didikan yang diberikan cukup, makan pakai semua ada. Dan yang paling penting, doa mereka setiap masa untuk kami adik beradik. So, apa lagi yang aku nak?

Dan seiring dengan peningkatan usia, aku semakin menghargai apa yang Allah Ta'ala kurniakan pada aku ni. Dengan rambut wavy, hidung besar dan rupa bentuk fizikal aku yang ada ni, well I think I'm not that bad! Bila tengok gambar sendiri (time tengah kurus la.. kalau tengah berisi aku memang stress menengoknya!) cam okay la jugak. Takde la buruk mana kan? So bersyukurlah dengan apa yang Allah jadikan. Cukup, sempurna segala sifat.

Dari segi kerjaya pula, adakalanya aku terfikir, alangkah bagusnya kalau aku mempunyai pekerjaan yang lain daripada apa yang aku lakukan sekarang ini. Tapi this part is actually aku still fikir sampai la ni. Hakikatnya aku dah bosan dengan pekerjaan aku sekarang. I can consider myself dah tak kreatif lagi... susah untuk menjadi kreatif. Tapi apapun, kesalahan tetap kat diri sendiri. Aku yang malas nak belajar benda yang baru dalam bidang kerjaya aku ni. In terms of technology and stuff.. ntah la bila dah tak minat, kesungguhan pun takde la. Apa yang boleh aku katakan, sekarang ni aku bekerja semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bukannya atas dasar minat atau passion. Aku jealous dengan kawan-kawan aku yang menjadikan hobinya sebagai kerjaya. Terbaru, kawan aku Firr yang dalam proses memulakan kerjayanya sebagai pramugara. Sesuai la dengan minatnya yang suka travel tu. I wish kalau dahulu, masa awal-awal nak melangkah ke alam universiti, aku mengambil bidang kulineri sebab aku memang suka memasak. Nak jadi arkitek memang tak la. Aku setakat habiskan sampai diploma je. Pastu malas nak sambung. Entahlah.. sampai sekarang aku merasakan aku telah tersilap memilih course.

Akan tetapi, bila difikirkan lagi, jika aku memilih jalan selain daripada apa yang aku lalui sekarang, menarikkah kehidupan aku? Bagaimana pula jalan ceritanya? Sudah tentu berbeza dengan apa yang aku lalui sekarang ini. So, rasanya bahagiakah aku?

Jadi nak tak nak aku kena terima hakikat yang kehidupan ni tak semuanya indah, dan takde yang sempurna. Walaupun di sudut hati aku inginkan sesuatu yang perfect dan terbaik, tetapi aku kena berpijak di bumi yang nyata. Pandang sekeliling aku dan belajar menghargai apa yang aku ada sekarang ni.

Dengan erti kata lain, aku cukup bertuah kerana menjadi Omar  Al-Attas kerana:
  1. Dilimpahi nikmat yang tidak terhingga oleh Sang Pencipta, Al Rahman, Yang Maha Pemurah, syukur dengan kurniaan-Nya yang tak terhitung nilainya.
  2. Dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang menyayangi dan sentiasa mendoakan aku yang kadang-kala berperangai cap ayam ni. Doa walid dan umi tak putus-putus siang malam dan aku yakin sebab doa mereka inilah banyak urusan aku dipermudahkan.
  3. Sepanjang menjalani kehidupan ini, aku dipertemukan dengan insan-insan yang istimewa; keluarga, saudara-mara, sahabat dan kenalan yang sangat prihatin dan memahami. Tidak kira lah baru atau lama. Di dunia nyata atau di alam maya. Jika aku tidak menjadi diri aku ini, sungguh aku merasa kerugian kerana setiap dari mereka yang aku kenali ni sangat unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  4. Tak dinafikan along the way, I've bumped into few bunch of assholes, but hey.. no regret! Sebabnya, mereka-mereka inilah yang mengajar aku erti kehidupan dari satu sudut yang berbeza. Mengajar aku supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah berputus asa. Kalau kehidupan ni asyik indah macam fairy tales pun boring juga kan?
  5. Dipertemukan dengan insan/keluarga yang hebat tetapi tetap tawaddhu', yang banyak membantu aku dalam kerjaya serta peluang pekerjaan.
  6. Dipinjamkan serta diberi peluang menikmati rezeki serta kemudahan yang tidak disangka-sangka. Sungguh, aku tidak pernah terfikir semua ini, tetapi setiap aturan Allah Ta'ala itu di luar jangkaan aku. Syukur pada-Mu ya Allah.
  7. Diberikan kesempatan dan rezeki oleh Allah Ta'ala untuk melancong dan melihat negara orang. Sungguh, sedari zaman sekolah lagi aku suka berjalan. Tetapi kesusahan dahulu membataskan aku untuk melakukannya. Pernah masa sekolah dulu, nak menyertai lawatan sekolah ke Melaka berharga RM15.00 pun aku tak mampu. And that's why bila aku dah mula bekerja, aku tanamkan dalam hati aku, yang aku akan "qadha" semua yang aku tertinggal masa dulu. Aku nak travel sekerap yang mungkin mengikut kemampuan demi kepuasan diri sendiri. Tiada masa untuk memikirkan orang lain. Oh ya.. kesusahan masa lampau juga sedikit sebanyak membentuk aku menjadi manusia yang ada ketikanya bersifat mementingkan diri sendiri. 
  8. Dikurniakan kesihatan yang baik. Tapi aku kena kuatkan semangat untuk pergi gym!!!! Plissss la.. lama sangat dah berazam yang tinggal azam ni.
  9. Masih dikatakan muda dari usia sebenar. Hahahahahaha.. Serious la weh aku dah 36 tahun dah ni. Ngeri okay! 4 tahun je lagi nak cecah 40-an. Kena konsistenkan rutin menepek anti-aging tiap-tiap malam sebelum tido ni. Freckles dah mula kelihatan.. Huhuhu..
  10. Aku sangat beruntung kerana hanya aku, Omar Al-Attas yang berjaya memiliki hatinya. Though I have nothing, I'm glad that you accepted me as what I am. And I'm proud to be me!
Begitulah serba-sedikit coretan aku sempena hari jadi aku pada tahun ini. Walaupun aku tidak mampu untuk membayangkan masa depan aku, tapi setiap hari aku berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat aku. Dijauhkan hendaknya daripada bahaya dan bencana.

Semoga Allah Ta'ala mengampunkan dosa-dosa aku, semoga terus dikurniakan kesihatan dan nikmat yang berpanjangan dan semoga Dia mendengar rintihan aku untuk dibukakan pintu hatiku supaya menjadi seorang hamba yang taat dan dapat menjalani kehidupan yang diredhai oleh-Nya. Dan semoga insan-insan istimewa di sekelilingku juga dikurniakan pemberian sedemikian rupa supaya mereka dapat menjalani kehidupan ini bersama aku lantas melakar pengalaman baru untuk dimuatkan di dalam kisah hidup insan yang bernama Omar Al-Attas ini.

Amin Ya Rabb.
Read More

Tuesday, September 2, 2014

#ProudMalaysian


2014.. tahun ini genap 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pahlawan negara yang gigih berjuang demi membebaskan negara kita ini daripada terus dijajah. Dan aku sebagai anak merdeka sudah tentu merasa bangga menjadi salah seorang warga Malaysia.

Bercerita tentang kemerdekaan dan semangat patriostisme, aku akui aku bukanlah warganegara yang terlalu taksub dengan semangat kecintaan kepada negara. Maksud aku dari segi menghadiri acara sambutan kemerdekaan, menonton perlawanan sukan yang melibatkan negara dan yang seangkatan dengannya. Tetapi aku lebih beremosi kalau melihat perpaduan atau hubungan baik antara kaum. And being a Libra, semestinya aku sukakan suasana yang harmoni dan damai.

Ada beberapa situasi yang membuatkan aku merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Antaranya apabila melihat rakyat bersatu-padu di dalam sambutan Hari Kemerdekaan melalui kaca televisyen. And that's obvious la. Kalau siapa tak rasa apa-apa, there must be something wrong somewhere kan?

Selain daripada tu, pernah suatu ketika, semasa aku on the way ke tempat kerja dengan menaiki komuter dari Kajang ke KL Sentral, di sebelah seat aku duduk 4 orang; seorang lelaki dan seorang wanita Melayu, seorang wanita Cina dan seorang wanita India duduk berborak dengan rancak sekali dan ada ketikanya mereka ketawa kuat dengan sangat mesra. And at that moment, mata aku rasa panas, nak bergenang air mata sebab aku sangat gembira dan teruja dengan pemandangan sebegitu. Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka sangat mesra. And that's how Malaysian should be.

Beberapa hari yang lalu pun, semasa aku dinner dengan Bai kat Pelita Bangsar, di meja hadapan aku ada this one group, student rasanya; seorang lelaki dan gadis Cina dengan seorang lelaki Melayu. Rancak berbual and the best part that Chinese boy sangat fluent berbahasa Melayu dengan rojak English. Seronok aku tengok.

Untung menjadi rakyat Malaysia. Dengan pelbagai kaum yang ada, kita boleh mempelajari budaya dan adat resam masing-masing. And of course makanan derang juga kan? Siapa tak suka Nasi Daun Pisang atau Hainanese Chicken Rice  sebagai contoh. Sedap kot.

Dan walaupun aku bukanlah seorang yang mengambil berat pasal politik negara ataupun penyokong tegar kerajaan, tapi aku sedikit sebanyak menyokong pendekatan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Bagi aku konsep tu bagus. Menyatu-padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berteraskan nilai-nilai penting. Dan sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita perlu melihatnya dari sudut yang positif. Mana yang baik kita ambil, mana yang kurang kita perbaiki. Jangan terlalu nak negatif saja, susah jugak.

Tak salah nak memperjuangkan nasib bangsa masing-masing, tapi kalau keterlaluan sampai membawa mudarat pun tak bagus juga. Betul tak?

Aku pun sebenarnya tak suka dengan pendekatan ekstremis sesetengah wakil setiap kaum. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke atau India. Sekarang ni dah era globalisasi. Rasanya tiada ruang dah untuk terlalu bersifat perkauman atau racist. Kadang-kadang aku pelik dengan golongan sebegini. Derang ni tak pernah ke bergaul dengan kaum-kaum lain selain dari kaum sendiri? Ketika di sekolah rendah dari darjah 1 sehingga darjah 6, my bestfriend was a Chinese boy named Tan Swe Kok (but sadly ter-lost contact bila masing-masing masuk sekolah menengah. Dan bila di rumah, teman sepermainan aku adalah anak taukeh tadika sebelah rumah bernama Calvin, dan tak lupa 2 orang adik-beradik berbangsa Punjabi bernama Kawaljeet Kaur dan adiknya Babu (puas aku melayan derang ni main hantu-hantu, berlari sana-sini kat tadika tu). Dan semasa di sekolah menengah dulu I had good friends among Chinese and Indian, and of course Melayu sendiri. Seronok gile. And our Chinese friends dulu selalu tolong aku translate lagu-lagu Mandarin untuk aku hafal sebab masa sekolah menengah dulu aku gile lagu-lagu Cina especially dari Aaron Kwok! Hahaha. Pendek kata, banyak yang kami pelajari antara satu sama lain. Dan tak lupa, aku pernah jatuh cinta dengan seorang gadis Cina, teman sekelas aku. Comel! Hahaha.. But la ni dia dah kawin la dan beranak satu. ><"

Lagi satu yang aku tak suka apabila menyentuh soal perpaduan ni adalah sikap sesetengah daripada kita bila berhadapan dengan sesuatu isu sensitif di media sosial. Lazimnya kita suka dan excited je nak share benda-benda macam ni. Tu belum lagi melihat bahagian komen, naik pening membacanya. Dan adakalanya komen yang diberikan menyimpang daripada isu sebenar dan lebih bersifat perkauman. Bagi aku lah, aku personally suka share atau forward sesuatu yang positif rather than share benda-benda yang mengarut yang memburukkan keadaan. Tapi hari tu masa isu Kikilala tu aku share juga (but temporary je la). Not because she's being racist, tapi sebab bagi aku dia tiada adab dengan orang yang lebih tua. Memang pantang aku la bab-bab cam nih. Memalukan sungguh lagi-lagi la kita ni berbangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan.

Dan aku rasa juga, kita perlu buangkan jauh-jauh pandangan skeptikal yang Melayu ni bangsa pemalas, Cina ni penipu, India ni putar-belit dan macam-macam lagi negative remark yang kita letak pada satu-satu bangsa. For me, kejahatan dan kekurangan manusia tu terletak pada diri individu itu sendiri, bukannya bangsa. Aku pernah berjumpa dengan Indian man yang sangat baik hati, a very helpful and thoughtful Chinese lady dan aku pernah juga berjumpa dengan Melayu Muslim yang berperangai macam haprak yang kerjanya menipu je. In addition, aku juga ada seorang kawan Kadazan Kristian yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan semata-mata kerana dia seronok berbuka puasa bersama-sama dengan rakan Muslim yang lain. Dan aku juga pernah berhadapan dengan orang Melayu yang tanpa segan silu merokok dan meneguk air di siang bulan Ramadhan! So again, pada aku sikap negatif yang ada pada seseorang itu tidak ada kena mengena dengan bangsanya, tetapi pada diri individu itu sendiri. Dah sampai masa kita perlu buang label-label yang tak sepatutnya pada bangsa-bangsa tertentu.

Anyway, aku berharap sempena Hari Merdeka yang ke-57 ni, kita sebagai rakyat Malaysia hidup aman, bersatu-padu dan lebih memahami dan lebih mesra mengenali budaya dan adat resam masing-masing. Tak kenal maka tak cinta. Tak perlu kita terlalu bersifat perkauman dalam kehidupan seharian kita. Nak tak nak kita kena terima hakikat yang manusia ni diciptakan Allah berbangsa-bangsa untuk saling mengenali antara satu sama lain. Allah tidak ciptakan hanya bangsa Arab sahaja.. atau bangsa Melayu sahaja.. atau Cina, India dan lain-lain. So kalau kita masih nak menegakkan hakikat yang bumi Malaysia ini hanya untuk orang Melayu sahaja, tanya diri kita semula, berimankah kita dengan ketentuan Allah? (tu dia bahasa aku!.. but betul kan?)

And to all Malaysian, regardless of race, Selamat Hari Merdeka dan jadilah warganegara yang cemerlang!

I LOVE MALAYSIA!
Read More

Friday, August 29, 2014

The one and only... Saloma


Salam Jumaat yang penuh barkah semua.
Okay post kali ni aku nak sentuh berkenaan biopik Saloma yang disiarkan di Astro First bermula pada 28 Ogos yang lepas. Aku malas nak buat review berkenaan telemovie ni sebab aku yakin banyak pihak yang dah melakukannya hampir di semua media sosial atau laman web.
First of all, mari aku ceritakan tentang aku dan Saloma ni. Seingat aku, aku mula meminati Allahyarhamah sejak menonton Nostalgia Biduanita Saloma sekitar tahun 1990. Masa tu aku baru Darjah 6. Lepas daripada tu aku terus meminati Allahyarhamah dan Allahyarham P. Ramlee secara serius. Bayangkan budak sekolah rendah meminati lagu-lagu klasik dendangan mereka. Kalau ada duit lebih je (pemberian orang atau hasil simpanan duit sekolah sendiri) aku akan beli kaset-kaset mereka di pasar malam atau di kedai muzik di Johor Bahru. Seronok sangat. Dan koleksi aku pada masa tu sangat banyak dan still ada sampai hari ni. Antaranya adalah terbitan Warna (pengarah urusannya Allahyarham Nasir P. Ramlee) dan EMI Malaysia. Kalau filem pula, dulu setiap minggu ada teater P. Ramlee kat tv, aku akan record filem-filemnya dengan video tape VHS. Arwah Baba (nenek aku) yang selalu sponsor duit beli tape ni. Skrip filem jangan cakap la. Kalau sepanjang tengok filem-filemnya especially yang komedi.. memang aku hafal. In fact adik-beradik aku pun ingat skrip-skripnya. And masa sekolah dulu pun, kalau ada majalah-majalah yang menerbitkan cerita P. Ramlee dan Saloma memang aku akan beli. Dulu ada this one tabloid yang publish biografinya every week.. aku tak pernah miss beli okay. Begitulah gigihnya aku sebagai seorang diehard fan.. katanya. [Last post aku pasal P.Ramlee dan Saloma boleh baca kat sini.]
Okay.. enough about that. Berkenaan dengan biopik Saloma ni, aku memang puji usaha yang dilakukan oleh mereka yang terlibat terutamanya Melissa Saila selaku peneraju utama. Tahniah untuk semua yang terlibat. Dan aku kagum dengan watak Tompel yang dijayakan oleh Azhan Rani. Gaya, tutur katanya sangat mirip dengan bintang lagenda itu.
Cuma sayangnya bintang utama yang membawa watak Saloma iaitu Nabila Huda bagi aku kurang menjadi sedikit. I dunno.. aku rasa ada something yang kurang somewhere. Seolah-olah aura atau "roh" Saloma tu tiada dalam karektor yang dilakonkannya. Tak dinafikan memang susah untuk menjadi Saloma yang sebenar. Dan aku yakin Nabila telah melakukan yang terbaik. Cuma bagi aku dia perlu menjadi lebih "elegant and classy" untuk menjayakan watak tu. Bagi aku Saloma sangat unik. The one and only, tiada galang ganti. She's a fine lady. Body language-nya, liuk lentuk tubuhnya bila menyanyi dan berkata-kata, manja tetapi tidak "gedik".

Dan apabila menyanyi, postur kepala beliau selalunya akan sedikit mendongak. Sesekali, ketika mendendangkan lagu, gerak mulut dan bibirnya seakan mencebik apabila mengungkapkan patah perkataan, bahunya akan diangkat diikuti dengan sedikit gelengan atau goyangan kepala. Pergerakannya tidak agresif, hanya sekadar pergerakan yang minima tapi impak pada gayanya sangat besar. Itulah trademark Saloma. Dan ketika menari pun, gayanya sangat anggun.

Susah nak describe but kalau korang selalu menonton filem-filemnya korang sure faham apa yang aku maksudkan. Dan Nabila bagi aku masih sedikit "kasar" untuk menjadi Saloma. And easier said than done kan.. apapun tu cuma pendapat aku sahaja sebagai peminat Allahyarhamah.
Apapun, secara keseluruhannya, semua yang terlibat telah melakukan yang terbaik. Syabas untuk para pelakon, production team dan semua yang terlibat dalam menjayakan biopik ini.

Bagi yang belum menonton, saksikanlah naskah hebat ini di Astro First bermula 28 Ogos 2014.

p/s: Terima kasih kepada kawan aku, Nora, sebab setiap hari update aku countdown biopik ni. Cayang ko!!!
Read More

Monday, August 25, 2014

Bread Lasagna


Assalamualaikum semua.

Post kali ni aku nak share satu resepi yang simple dan sedap. Since ada pulak yang bertanya camne nak buat, so why not kita kongsi sama kan? But actually ni kali pertama aku buat bendalah ni. Masa nak buat open house hari tu, I was thinking nak buat bread pudding je. But then, kebetulan officemate aku bawa makanan ni ke office, terus terfikir, why not buat ni pula. Berdasarkan explaination dia, aku rasa tak la susah sangat nak buat ni.

Bread lasagna yang aku buat ni aku bakar dalam non-stick baking tray yang berbentuk segiempat, size kalau tak silap 24 cm x 24 cm. Kiranya bila korang susun tu, boleh muat 4 keping roti dalam satu layer. Lasagna yang aku buat ni mempunyai 2 layer inti daging.

So.. mari kita usha bahan-bahannya.

Bahan A
Untuk lapisan roti:
  • 12 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
Bahan B
Untuk inti:
  • 400 gm daging kisar ayam/lembu (guna jenama Ramly yg pek kecil tu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • setengah tin cendawan butang, dicincang halus (optional)
  • 5-6 sudu besar sos bolognaise Prego (aku pilih perasa mushroom)
  • 2 sudu besar sos tomato (kalau nak tambah)
  • sedikit blackpepper Ajishio
Bahan lain:
  • 8 keping keju (mana-mana brand pun okay)
  • grated cheese (untuk ditabur)
  • sedikit butter
  • olive oil untuk menumis
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
Membuat inti daging:
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan olive oil sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging kisar (basuh dan toskan dahulu) ke dalam kuali. Masak sehingga airnya kering sedikit.
  • Kemudian masukkan sos Prego, sos tomato, black pepper dan cendawan yang dicincang.
  • Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga hilang airnya.
Untuk lapisan roti:
  • Tuangkan susu cair ke dalam mangkuk besar.
  • Masukkan 2 biji telur dan pukul rata. Tambah sedikit garam kalau perlu. (tak payah pun takpe sebab inti tu dah masin)
  • Rendamkan roti sekeping demi sekeping dan susun di atas tray yang telah disapu butter.
  • Untuk tray bersaiz 24cm x 24 cm, satu layer memerlukan 4 keping roti.
  • Kalau tak cukup susu cairnya, boleh tambahkan sedikit susu segar. Janji roti-roti tersebut boleh direndam.
Cara membuat:
  • Untuk layer pertama susun 4 leping roti yang telah direndam dengan adunan susu cair.
  • Kemudian susunkan 4 keping kepingan keju.
  • Letakkan inti daging di atasnya.
  • Kemudian letakkan lagi satu lapisan roti, diikuti dengan lapisan keju dan inti daging.
  • Dan tutup lapisan kedua inti tersebut dengan lapisan roti yang terakhir.
  • Jika ada saki-baki susu cair tu, curahkan sahaja di atasnya, tapi jangan sampai banjir plak.
  • Last sekali, taburkan grated cheese secukupnya (lagi best kalau dapat cover semua roti tu).
  • Bakar dalam oven suhu 200°C selama 15 minit. (tengok-tengok juga la sampai cheese tu cair, jangan sampai hangus)
  • DONE! Boleh makan dengan cheese sauce dan sos cili dengan sedikit taburan blackpepper. Nikmat!!!
Selepas letak satu lapisan roti (base), masukkan satu lapisan inti daging.
Kemudian letakkan di atasnya kepingan keju. If cukup roti buat lagi satu lapisan yang sama.
Yang ni kes roti tak cukup.. so yang 2 keping tu aku hancurkan, then curah atas lapisan keju & daging tadi. Last taburkan grated cheese.
Ni rupa parasnya selepas dibakar.
*Actually kalau korang tak cukup roti (like in my case hari tu, ada 6 keping je tinggal) boleh juga buat. 4 keping korang jadikan base layer. Then lagi 2 keping tu, korang hancur-hancurkan dalam baki adunan susu cair tu but tambah sebiji lagi telur. So kiranya korang akan buat 1 layer inti je la. Maknanya, lepas lapisan base roti, korang letakkan kepingan keju, then masukkan semua inti, then masukkan kepingan keju lagi sebelum korang curah semua adunan roti hancur tu kat bahagian paling atas. Then tabur grated cheese di atasnya sebelum dibakar. Versi yang ni memang akan menjadi super cheesy dan lembut. Sedap gak. Ikut korang la suka yang mana.

Tips: In between layers tu kalau korang nak spinkle blackpepper, serbuk garlic or dried parsley pun boleh. Penambah perisa katanya. Actually macam-macam korang boleh masukkan untuk inti like frozen mixed vege, cincangan tomato, carrot atau celery or even capsicum. Ikut la citarasa masing-masing. Selalunya in my case, aku tengok apa je yang ada dalam fridge. But again, make sure inti tu korang masak sampai agak kering dan tak berair. Kalau tak nanti banjirlah lasagna korang.

Selamat mencuba!

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab di atas kesan kenaikan berat badan dan kolestrol para pembaca yang mencuba resepi ini. Hahaha..
Read More