#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Monday, July 16, 2012

Iyeth Bustami

Iyeth Bustami, penyanyi yang berasal dari Riau ini, yang juga mendapat jolokan "Siti Nurhaliza Indonesia", aku tahu secara tidak sengaja menerusi stesen radio Klasik Nasional kira-kira 2 bulan yang lalu. Semasa dengar dia mendendangkan lagu "Laksamana Raja Di Laut", aku tertarik dengan kekuatan vokalnya dan cara dia menyampaikan lagu. Tambahan pula aku kan peminat lagu-lagu tradisional juga. Lenggoknya ada juga seakan-akan Zaleha Hamid (well... Kak Leha kan memang salah seorang penyanyi dangdut terbaik di Malaysia!). Oh! Tak lupa juga, lagu LRDL tu mengingatkan aku lagu Hari Raya dendangan Sharifah Aini.

Ni antara 3 lagu yang paling aku suka dendangan Iyeth.


0 Comments: