#dreamer #music #food #nature #travel #photography #libra

Saturday, July 21, 2012

Jeju Oh Jeju!

Ahhh... sejak tengok dokumentari kat NatGeo hari tu, hati makin terpaut nak menjejakkan kaki ke Jeju Island, Korea. Hati sangat tertarik dengan keindahan alam semulajadi di pulau ini. Dari Halla-san, Daepo Coast hinggalah ke Folk Village-nya. Tak tahulah apa pandangan korang, tapi aku rasa bumi Korea ni memang sangat indah. Semuanya nampak segar, nyaman dan menarik. Tak sabar plak dengan trip akan datang ni.. Hehe.
 
 
 
 
Lagi satu yang buat aku tertarik adalah gaya hidup yang ringkas masyarakatnya terutama golongan "haenyo" ataupun penyelam wanita. Mereka adalah penyelam mahir yang mencari rezeki di dasar laut Jeju tanpa menggunakan sebarang bantuan alat pernafasan. Mereka boleh bertahan di dalam air selama 2 hingga 4 minit dengan kedalaman sehingga 30 meter! Hebat tak? Yang lebih mengagumkan, rata-rata golongan ini berumur lebih 50 tahun dan yang aku tengok dalam dokumentari tu, ada seorang yang berumur lebih 70 tahun! Tapi kudrat mengalahkan orang muda. Usia yang sepatutnya mereka dah duduk diam berehat, tapi hakikatnya masih kuat bekerja. Mungkin tubuh badan mereka sihat disebabkan pemakanan - semuanya fresh, daripada sayuran, daging sehingga seafood. Oh! Dan semestinya aku terliur tengok seafoodnya yang segar itu. Octopus, clam, abalone.... Warghhhhhh!!! Mentang-mentang lah bulan puasa kan?... macam-macam benda sedap terbayang..

 
 
Walaupun trip aku ke Korea akan datang ni tak sempat nak cover Jeju, tapi aku harap Insya-Allah ada rezeki lebih nanti aku mesti datang ke sini. Mahu explore setiap ceruk di pulau ni... =)

2 Comments:

scabbers said...

Demam Jeju dah ni. Cantik tempat nye, but Korea mcm doesn't appeal to me that much. Aku lagi tertarik tgk India. Hehehe.

Jgn lupa bawak balik Rain utk aku tau!

Omar Al-Attas said...

tengok camner aku pegi nanti.. tak jejak tak tahu kan.. tapi aku yakin mesti best!

india aku tahu ko sker sbb ko tgh mabuk saree kan??? heheh